3 Jam Pun Tak Puas Tengok Konsert Jubin Nautiyal | Thanks My Bolly Girls 💙

Saturday 3 September 2022


Kecoh Whatsapp group Bolly girls bila dapat tahu Jubin Nautiyal nak datang buat konsert dekat Plenary Hall, KLCC, Kuala Lumpur. Masa tu jugak terus decide nak beli tiket untuk seat mana sebab takut habis. Jubin Nautiyal mungkin tak famous dekat Malaysia sebab dia penyanyi generasi baru tapi dekat India sana, dia top 3 lah - Arijit Singh, Amaal Malik dan Jubin Nautiyal. Top 3 maksudnya kedudukan tu sentiasa berubah tapi pusing-pusing 3 orang tu lah haaa jangan marah tau. 


Memandangkan I bukan fans Jubin Nautiyal macam Kak Liya dengan Fizah jadi I decide nak ambil upper deck je tapi kak Liya kata join la diorang ambil bronze. I macam okay lah sebab kalau lepak sorang tak syok lah nanti. Kalau pergi konsert tak tahu lagu baik duduk sebelah member yang tahu. At least I pergi untuk spend time together dengan geng Bollywood. Semua urusan booking dan beli tiket, Kak Liya in charge sebab dia offer diri nak buat hshshs

Sebulan sebelum Jubin datang Kak Liya dah bagi playlist lagu Jubin Nautiyal dalam group. I tahu je lagu Jubin sebab semua lagu dia masuk dalam movie Hindustan yang high budget. Kalau low budget macam Sonali Cable tu pun, lagu dia tetap masuk carta. Cuma single track dia je lah yang I tak layan sangat sebab tu macam reluctant nak join konsert ni at first. 


Sehari sebelum pun I macam tak ada mood sangat nak pergi sebab takut Jubin nyanyi single track dia. Tapi just enjoy the moment lah, kalau dia nyanyi lagu yang I tak tahu, I update dekat IGstory je lah kan? Tak pun ambil gambar untuk update dekat blog haha

Hari kejadian I ambil half day sebab tak nak terlambat sampai tapi lambat jugak sebab salah naik tren satu hal lepastu tunggu adik habis kerja. Tapi tak lah lambat sangat sebab I sampai pukul 8 lebih pun masih ramai tak datang lagi. Penuh ye Plenary Hall dengan Indians dan Mamak. Semua tinggi besar belaka pastu Pana yang ketot ni dah macam kambing tersesat kandang. Nasib baik lah barisan Bronze tak panjang so dapat masuk dalam hall untuk duduk. 


Yang tak bestnya konsert dekat sini bila air tak boleh bawa masuk. Kalau beria menyanyi lepastu tekak dah kering tu nasib kau lah. Terkejut tengok ramai yang pakai mini dress sebab I expect hall ni sejuk sebab before this pernah join event dekat sini jugak. Baru duduk kejap dah sejuk. Nasib baik sepanjang 3 jam tu tak beku. 

Tengok dekat poster konsert mula jam 8 malam tapi Jubin pun sama jugak janji dicapati, pukul 9 malam baru start. Pukul 8.45 macam tu start tapi dua orang emcees berceloteh dulu sebelum Jubin start perform. 


Lagu pertama Jubin nyanyi malam tu, lagu Tum Hi Aana dari movie Marjaavaan (2019). Lagu pertama pun dah sendu, takut betul hujung konsert ada yang menangis. Kuat betul audience menjerit padahal sound system dalam hall ni dah kuat. Excited jumpa Jubin Nautiyal depan mata punya pasal. For the record, Malaysia adalah negara kedua Jubin buat persembahan antarabangsa. 

Lepastu Jubin perform lagu Kaabil Hoon Ya - Kaabil (2017) dengan rendition genre rock. Lagu ketiga dengan keempat I tak tahu so I banyak menyembang dengan Sabby sebab dia pun tahu tiga, empat je lagu Jubin. Masa awal-awal konsert ni geram jugak dengan staff organiser sebab asyik lalu-lalang mengacau pandangan orang. Lepas kena tegur baru reti duduk diam. 

Jubin kata dia tahu ramai yang tengah tunggu dia perform lagu Rataan Lambiyan - Shershaah (2021) dengan lagu Tujhe Kitna Chahne Lage - Kabir Singh (2019) tapi konsert masih panjang so jangan expect lagu best keluar dulu. I tak tunggu sangat dua lagu tu sebab tahu dia akan nyanyi. I tunggu lagu Ghazab Ka Hai Din - Junglee (2016), Ek Mulaqaat - Sonali Cable (2014) dengan Bawara Mann - Jolly LLB 2 (2018).


Dari seat bronze tu tak nampak sangat pun Jubin sebab jauh dari stage. Dah la hp Pana cap Huawei ja, zoom sampai 6x terus pecah. Aunty cantik kat depan tu pakai hp brand apa entah, steady je zoom tapi gambar clear kemain. Skrin yang Hitman Solutions provide membantu lah audience dekat seat belakang untuk tengok Jubin. Dia punya vt pun function teruk tapi tu lah, siapa nak tengok video aneh-aneh, orang nak tengok muka Jubin. 

Lagu keempat, Jubin perform Ek Mulaqaat eikksss! Lepastu sambung lagu Humnava Mere, one of single track Jubin yang famous. Syok tengok konsert Jubin ni sebab selain Jubin yang sentiasa high energy sampai ke hujung, musicians dia pun dapat spotlight untuk main instrument macam sitar, tabla, drummer, bass, guitar electric, seruling sebelum atau semasa Jubin nyanyi lagu. 


Lagu keenam pula single track baru Jubin, Taaron Ke Shehar sebab lagu ni keluar tahun 2020. Syok jugak lagu ni walaupun lagu asal duet dengan Neha Kakkar. Lagu ketujuh tu single track jugak, lagu Wafaa Na Raas Aaaye tapi bukan original song sebab lagu zaman lama diberi nafas baru oleh Jubin. Lepastu Jubin nyanyi lagu Kinna Sona - Marjaavaan (2019) then Jubin buat tribute untuk lagu Chaiyya Chaiyya - Dil Se (1998). I dengan Sabby happy lah menyanyi sebab confirm la kitorang tau iconic songs Bollywood ni!

Sambung pula dengan lagu Mere Mehboob Qayamat Hogi. Menjerit sakan la masa tu sebab lagu ni lagu favorite I! Selama ni dengar SANAM nyanyi dekat Youtube tapi kali ni dapat dengar lagu ni dinyanyikan live depan mata, siapa tak happy. Rendition Jubin pun syok jugak sebab style Jubin sama dengan SANAM, more to rock genre. Habis je lagu ni terus sambung lagu favorite semua, Rataan Lambiyan. Masa tu meriah sangat sebab semua pakat nyanyi ramai-ramai siap jerit I love you Jubin. He looks so happy. Lagu tu pun vibe warm and happy so he should feel happy, hai na?


Selesai lagu Rataan Lambiyan emcees umumkan 15 minit break sebab Jubin nak tukar baju lepastu bagi laluan untuk audience nak pergi ke toilet ataupun minum. Nak keluar pergi minum jugak tapi tengok semua bersesak macam padat sangat je cafe dekat luar tu kena serbu. Nak beratur panjang satu hal, nanti nak masuk satu hal lagi. Sudahnya stay menyembang dengan Sabby dan Jiha. 

Happy teruk bila Jubin start perform second round sebab dia nyanyi lagu fav I, Bawara Mann! Muka Jubin berseri betul bila nyanyi lagu tu sebab lagu Bawara Mann lagu sweet romantik gittew. Lepastu sambung pulak lagu Ghazab Ka Hai Din pergghhh back to back lagu fav I. Memang kena lah dengan lagu - tum akele hum bhi akele, maza aa raha hai, kasam se! 


Lagu ketiga belas, lagu Pehla Nasha Pehla Khumar then sambung lagu Mitwa - Kabhi Alvida Na Kehna (2006). Lagu kelima belas, lagu Tum Ho - Rockstar (2007). antara lagu favorite dalam movie Rockstar sebab lirik dia menusuk. Tak dapat tengok Mohit Chauhan nyanyi live, dapat tengok Jubin perform live pun dah happy dah. Vibe dia sama gak, sendu sebabak. Sambung pulak lagu Tuhi Re - Bombay (1998). Tu hi re, tu hi re, tere bina mein kaisa jiyun?

Sebelum Jubin nyanyi lagu  Zindagi Kuch to Bata - Bajrangi Bhaijaan (2015), dia berpuisi dulu tapi dah ada yang jerit excited sebab tahu lagu apa Jubin nak nyanyi. Masa Jubin perform pun ada yang menari macam dalam clubbing dah. Nasib tak kena halau dengan organizer padahal dekat je dengan console. 


Lagu kelapan belas, lagu cover jugak Gulaabi Akhen. Lagu ni memang famous lah dari zaman 70-an sebab Mohammed Raffi nyanyi sampailah zaman sekarang. I tahu sebab SANAM buat cover lepastu ada komposer buat remake untuk movie Noor (2017). Then Jubin sambung nyanyi lagu Dheere Dheere Se Meri Zindagi Hai Aana. Before this I dengar Honey Singh buat cover, Jumaat lepas I dengar version Jubin pulak yang ubah kepada rock. Honey punya version lebih kepada hip-hop dan ada rap. Both version best nak layan. 

Dekat hujung konsert tu dah kena behave dah untuk record bagai sebab bateri dah low so I enjoy menyanyi je lah lagu Humma Humma rock version, Bewafa Tere Masoom Chehra, Lut Gaye, Dil Galti Kar Baitha Hai, Tamma Tamma, lagu untuk para ibu dengan lagu patriotik negara India. Lagu negara India tu lagu last lah itupun I macam tak percaya dah sampai ke hujung konsert. Jubin dah cakap terima kasih pun tak rasa nak balik lagi sebab tak puasss! 


Thanks to Kak Liya sebab book tiket seat best, thanks to Sabby sebab jadi seat buddy yang best and tumpangkan I balik rumah haha. Thanks to my Bolly girls sebab spend time dekat konsert ni especially Jiha yang datang dari Kemaman. Kak Liya kata Hitman Solutions dah tak nak bawa masuk penyanyi Hindustan dah lepas ni sebab nak beralih angin ke Kpop idols pulak so sebab tu lah Kak Liya beria ajak join jugak konsert ni. I harap Hitman Solutions tukar fikiran lah sebab dia tak bawa Arijit Singh datang lagi :(

Anyway thanks Jubin Nautiyal datang ke Kuala Lumpur jumpa fans dekat sini walaupun sebelah kaki je dia bawak turun dari stage lepastu bawak naik balik. Bagi harapan je ingatkan dia nak turun sapa fans sambil perform. Hopefully Jubin datang lagi ke Malaysia sebab konsert dia berbaloi duit tiket!  

1 comment

  1. Wah!! Best Farhana dapat layan konsert Jubin.. Walaupun first time dengar pasal Jubin ni..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.