TV Show Review | Koffee with Karan Season 7 : Episode 9 (2022)

Sunday 25 September 2022

Director : Karan Johar
Writer : Karan Johar
Cast : Karan Johar, Kriti Sanon, Tiger Shroff
Production Company : Dharmatic Entertainment
Distributor : Disney+ Hotstar India
Genre : Talk Show
Running Episodes : 13 episode (60 minutes per episode)
Release Date : 06 August 2022
Teaser : 


Episod 9 ni agak bosan sebab Kriti Sanon bukan aktres yang I minat sangat. Onscreen dengan offscreen agak bosan. Dia datang pula dengan Tiger Shroff yang memang introvert tapi friendship diorang comel lah sebab karakter berlawanan. Kriti jenis banyak mulut, Tiger pula jenis mendengar macam ayah dia. 

Awal lagi Kriti Sanon bagitahu audition dia kena reject untuk Student Of The Year 1 sampai KJo ada ooopss moment sebentar. Mungkin karma hitting him back bila Kriti tolak tawaran dia untuk berlakon dalam filem pendek Lust Stories (2018). Tapi kalau Kriti Sanon dapat watak Shanaya dalam SOTY 1 tu macam tak kena sangat lah sebab muka dia matang, muka Alia pulak babyface masa tu dengan petite figure so sesuai lah bila dia berdiri antara Varun dan Sid Malhotra. 


Bila KJo tanya Kriti dengan Tiger tak pernah bercinta ke sebab filem Heropanti (2015) ada romantic scenes dan chemistry diorang pun cantik, takkan lah taka da casual hookup, flirting dan seangkatan dengannya. Kriti straight away cakap tak sebab Tiger tersangatlah pemalu orangnya masa tu. Lepas Heropanti masing-masing sibuk dengan perjalanan karier masing-masing. 

Kalau ikutkan timeline, memang tak lah Tiger nak mengorat Kriti Sanon sebab dia tengah bercinta dengan Disha Patani. Lepas Heropanti hit, terus dia introduce Disha dalam MV Befikra sampai tenggelam terus chemistry dia dengan Kriti walaupun diorang ada berlakon lagi dalam MV Chal Wahaan Jaate Hain, lagu Arijit Singh. 


Tak sangka pula Tiger nak drop bombs dan bagitahu yang dia dah putus dengan Disha Patani lepas 6 tahun bercinta. Kriti dah bagi hint supaya Tiger make a move, KJo pun try kenenkan diorang berdua. Tapi kalau Kriti makin banyak appearances dengan Tiger lepas KWK pun sebab nak director approach untuk movie baru. But I’m willing to watch because they’re super cute in Heropanti. 

KJo : One reason why you would date one of the following and one reason why you wouldn't. Tiger Shroff
Kriti Sanon : One reason I would date him.....
Tiger Shroff : Only one reason. I'm relaxed.
Kriti Sanon : Because I think A) he's very hot. But I would give another, I have a very soft spot in my heart for him, honestly. One reason I wouldn't date him because he flips too much.
Tiger Shroff : WHAT?! That come across the wrong way! 


Kelakar masa KJo cerita Shanaya cakap dia tak boleh menyembang dengan Tiger dekat parti. Dah la age gap agak besar lepastu karakter tak sama, tak memasal Shanaya kena suruh pergi layan tetamu sebab Tiger datang awal ke parti Karan. Comel bila Tiger rasa bersalah lepas dengar cerita KJo. Hopefully dia jumpa Shanaya dan berkawan sebab family diorang kenal each other even Jaggu Dada ramah dengan Maheep. Mungkin Tiger-Shanaya looks good onscreen. I pun dah jadi macam KJo, try match siapa dengan siapa lol bezanya permintaan KJo termakbul meanwhile I have to wait like what, eternity?!

‘Tiger, you come just in time to open the door for the party. You came at 9pm for a 9pm invite. I don’t know who does that! I’ve tried to play match making at my party with Tiger and the next person who walked in was Shanaya Kapoor and I was like ‘talk to him!’ and Tiger and Shanaya at one point of time were standing on that bar stool and just looking at each other.’ – Karan Johar


By the way masa Kasam Ke Kahunga segment, KJo dah take note bila Tiger kata dia ada crush on Shraddha Kapoor. Mungkin Remo D’Souza ataupun Prabhu Deva nak buat movie ABCD4 dan cast Tiger dengan Shraddha atau Janhvi. Masa Tiger tanya ‘again, Ananya?!’ tu kemain KJo excited sebab ada teh tertumpah antara Tiger dengan Ananya. Nampak sangat muka Tiger dah jelak dengan drama Ananya dengan Sara. 

Walaupun episod ni agak slow tapi everytime KJo focus dekat Tiger mesti ada something dia dapat korek. Kriti lebih kepada play safe sebab parents dia tengok Koffee With Karan, banyak percubaan KJo untuk korek gossip secara public telah gagal. Tapi dia tahu je semua gossip Kriti sebab Kriti stay dekat party KJo sampai pukul 5 pagi. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.6, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.4/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.