TV Show Review | Koffee with Karan Season 7 : Episode 8 (2022)

Sunday 25 September 2022

Director : Karan Johar
Writer : Karan Johar
Cast : Karan Johar, Kiara Advani, Shahid Kapoor
Production Company : Dharmatic Entertainment
Distributor : Disney+ Hotstar India
Genre : Talk Show
Running Episodes : 13 episode (60 minutes per episode)
Release Date : 06 August 2022
Teaser : 


Lepas Sid Malhotra dating dalam Episod 7, kekasih hati dia Kiara Alia Advani pula dating bertemankan ex co-star dalam filem Kabir Singh, Shahid Kapoor pula dating ke set Koffee With Karan Musim 7. 

Of course, Karan dah tease dengan video Kiara shy shy cat sembang pasal majlis kahwin dia dengan Sid, makin ramai lah yang excited nak tengok Episod 8 terutamanya fans Sid dan Kiara. A Koffee debut juga untuk Kiara walaupun dia merupakan anak emas Dharma Productions sekarang. 


Dekat awal perbualan KJo dah tuang teh panas bila dia bagitahu Kiara sudi berlakon dalam movie pendek Lust Stories yang mengetengahkan keinginan seksual Wanita dalam perkahwinan. Kriti Sanon tolak tawaran tersebut sebab mak dia tak bagi berlakon bila ada babak orgasm depan satu keluarga. 

Dekat party Manish Malhotra, KJo Nampak Kiara kemudian dia setuju sebab Kiara nak berlakon dalam movie arahan KJo. Dari Lust Stories, Kiara dapat banyak tawaran berlakon termasuklah filem Kabir Singh (2019) yang lonjakkan nama Kiara sekaligus menempatkan dia dalam A-list actress. 

‘I knew her as Alia Advani. In fact, on my phone, till very recently, her name was fed as Alia Advani on my phone. Every time she used to call, so, Alias are in my destiny. In my fate.’ – Karan Johar


Kalau dekat Episod 1, boleh tengok friendship Alia Bhatt dengan Ranveer Singh, dalam Episod 8 friendship Shahid Kapoor dengan Kiara Advani pun comel sebab both of them jenis tenang dan supportive with each other. No ownder lah chemistry diorang menyerlah masa berlakon dalam Kabir Singh. I hope in future director will cast them again. 

Sama macam Vijay dalam Episod 4, KJo lontarkan juga soalan mengenai grey character seperti Kabir Singh/Arjun Reddy pada Shahid. Personally for me taka da actor yang boleh lawan portrayal Shahid sebagai Kabir. Dari start shooting, promoting even sampai sekarang Shahid tetap berpegang dengan prinsip dia lakonkan sesuatu watak sebagaimana yang telah dibentuk oleh penulis. 


‘For me, I had played the character with that dynamic, I never as an actor feel, that I need to play characters that are always being perfect, or being good or whatever, I think acting is about choosing characters, which are complexed, or which are challenging. And it is about representing lives as it is. We are not trying to say what is right and wrong, we are just trying to say this happens.’ – Shahid Kapoor

Masa game Koffee Bingo, Kiara bagitau dia geram dengan Shahid sampai bitchslapped dalam kepala dah gara-gara dia kena tunggu Shahid selesai berbincang dengan stylist dia selama 8 jam pasal kasut apa nak pakai dalam babak tu. Stylist suruh pakai selipar tapi Shahid kena tunggang motor pada musim sejuk sebab tu dia nak pakai boot. Kalau jadi Kiara pun bengang jugak sebab 8 jam kena tunggu! 8 jam tu dah boleh shoot babak lain ataupun makan, tidur, shopping, tanam pokok. 


Kiara terperangkap masa dalam Rapid Fire game sebab dia kata dia nak Alia Bhatt jadi bridemaids dia sebab Alia comel tapi KJo kata Alia tak mungkin akan datang sebab ada Sid Malhotra. But who knows, Sid dengan Alia dah berbaik since both of them dah ada life partner masing-masing. Anyway, Kiara cuma menyebut nama Alia sebab nak penuhkan requirement Koffee With Karan je. 

Comel bila Shahid pilih Yash sebagai current top actor selain Ranveer Singh. Tapi satu keajaiban lah kalua Shahid sebut nama orang yang dia tak suka. Nasib baik KJo tak menyucuk sangat sebab memang tahu Shahid menyampah benar even I assumed Shahid bitchslapped Ranveer masa main Koffee Bingo tu. Deserved!

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.