ABANG LONG FADIL 3 RAIH KUTIPAN RM 3 JUTA DI HARI PERTAMA TAYANGAN

Friday 9 September 2022


Filem terbitan Skop Productions dan Astro Shaw, Abang Long Fadil 3 yang memulakan tayangan rasminya semalam terlah berjaya meraih kutipan RM3 juta. Filem ini ditayangkan menerusi 159 buah pawagam Malaysia, Brunei dan Singapura. 

Pengarah dan Idea Asal Abang Long Fadil 3, Syafiq Yusof berkata, “Alhamdulillah, ia menyaksikan permulaan yang baik buat Abang Long Fadil menerusi sambutan yang memberangsangkan ini dan terima kasih kepada semua penonton yang telah menonton Abang Long Fadil 3 di pawagam. Saya mengharapkan filem ini mampu menepati cita rasa penonton dan buat yang belum menonton, saya sarankan apa kata ajak rakan-rakan atau keluarga dengan luangkan masa bersama dan menikmati komedi dan aksi yang dipersembahkan. Saya juga ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan buat pihak media dan pemamer dalam memberi sokongan padu pada Abang Long Fadil 3.”


Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaru yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu. 

Saksikan filem daripada francais komedi aksi no 1 Malaysia, Abang Long Fadil 3, kini di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura. Gunakan #AbangLongFadil3 dan #ALF3 di platform media sosial bagi berkongsi reaksi anda mengenai filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.

4 comments

  1. Semoga dapat menyaingi kutipan filem mat kilau

    ReplyDelete
  2. Lama tak tengok wayang nih. Nak cari masa juga la tengok nanti.

    ReplyDelete
  3. ada jugak nampak trailer cerita ni..macam best jugak..nanti kalo ada masa, nak pergi juga support..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.