Movie Review | Kalut Nak Kahwin (2022)

Saturday 17 September 2022


Pengarah :  Yussuf Yunus
Penulis Skrip : Aloy Paradoks
Pelakon: Amerul Affendi, Kartina Aziz, Chelsia Ng, Anas Ridzuan, Salih Yaacob, Megat Sharizal, Dee Al-Hadi, Aloy Paradoks, Fudail Dayyan
Syarikat Produksi : CineMalaya Studios
Pengedar : Astro First 
Genre : Komedi
Durasi Tayangan : 90 minit
Tarikh Tayangan : 04 Ogos 2022
Trailer :


Bermula dengan pelamin yang tak siap pada waktu yang dijanjikan, Munirah (Dee Al-Hadi) mula meradang sehingga jerawat besar timbul di muka. Tak cukup dengan stress tersebut, beberapa kawasan di Lembah Klang putus bekalan air tanpa notis kerana Sungai Langat tercemar akibat bahan toksik yang dibuang dari kilang di kawasan berdekatan. 

'Haaaaa mak habaq dah. Ambik Tamrin. Tamrin tu punya la baguih, buat elok-elok. Semua puas hati. Dia nak ikut kepala dia, ketegaq!' - Mak Minah

Sudah lah pelamin tak siap, muka rabak, badan pula busuk sebab tak sempat nak mandi pagi. Serabut kepala Mak Minah (Kartina Aziz) kerana Pak Lang (Saleh Yaacob) membebel tak cukup air untuk masak. Anak sulungnya, Mustaqim (Amerul Affendi) pergi mencari air di kawasan sekitar bersama Buyut (Anas Ridzuan). 


Sementara kawan baik Munirah, Honey (Chelsia Ng) bantu solek dan siapkan pelamin seperti yang Munirah idamkan. Mak Minah minta Munirah bagitahu pengantin lelaki supaya datang lewat sikit dari rancangan asal sebab tak mahu jatuh air muka depan keluarga bakal besan. 

Tertarik dengan poster Kalut Nak Kahwin yang cantik dan tema yang berkait dengan kehidupan sebenar, not bad lah layan naskhah komedi dari Aloy Paradoks ni. Siapa yang duduk dekat Lembah Klang dah mula jadi annual event bila dapat tahu tak ada air gara-gara sungai tercemar. Kalau hari biasa boleh lah mandi macam P. Ramlee tapi kalau ada majlis kahwin, siapa tak menggelabah kan? 


Selain cerita komedi yang terjadi pada keluarga Mustaqim dan Munirah, penulis selitkan juga pengajaran tentang kehidupan bermasyarakat. Macam babak Pak Lang menyembang dengan Zaidi (Megat Sharizal) kenapa dia lebih gemar merewang dari tempah katering untuk majlis kahwin. Lagi kukuh pertalian antara jiran bila turut serta dalam aktiviti gotong-royong. Masa tu lah nak kenal semua orang dekat kawasan tu. Sayangnya ramai yang malas nak join.

Filem Kalut Nak Kahwin yang diterbitkan oleh CineMalaya Studios ni mempunyai idea yang menarik tapi ada juga lah beberapa part yang tak realistik macam Mak Minah minta Tok Kadi stay sedangkan jadual dia padat. Sebelum tu Mak Minah dah minta pengantin lelaki datang pukul 3, kenapa Mak Minah tak bagitau Tok Kadi datang balik lepas selesai akadkan untuk pengantin lepas Zohor tu? Kesian lah Tok Kadi nak stay dari pukul 12 tengahari sampai 3 petang. Itu belum sembang tetamu yang dah sampai jam 12 tengahari dan menunggu di dewan tapi Mak Minah atau Mustaqim tak peduli pun. 


Part Pak Lang memasak dekat belakang dewan tu pun pelik juga sebab dia macam masak santai untuk bagi makan jemputan 20 orang je. Ada 3 belanga besar dengan periuk besar untuk masak lauk kenduri tapi mana kawah untuk masak nasi? Pak Lang bising pasal nak basuh ayam je dari awal tapi tak sebut pun pasal masak nasi sedangkan air nak guna untuk basuh dan tanak nasi lagi banyak daripada menu lain. Pelik juga sebab tak ada sesiapa yang bancuh air?

Masa babak Munirah menjerit ada jerawat tu macam over betul sebab ada seketul je jarawat yang naik. Kenapa tak letak banyak lagi biar nampak betul stressnya? Mustaqim pun nampak santai sampai sempat jadi Romeo depan Honey. Loghat utagha yang digunakan dalam keluarga Mak Minah pula ada kalanya bertukar dengan slang KL. Mungkin pengarah guna watak orang utagha sebab perangai suka buat teruk. I orang utagha jugak naaaa, tau dah orang pandang kita lagu mana haha. 


Nasib baik lah babak antara Sulaiman dan Buyut mencari air satu Kuala Lumpur betul-betul kelakar sampai bersimpati dengan nasib mereka dua di hujung cerita. Tapi diorang pun memang jenis tak boleh diharap bak kata Pak Lang. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4  =  6/10

1 comment

  1. stress betul nak kawin kalau jadi macam ni. disebabkan air takde habis kacau semua benda.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.