Movie Review | KKN di Desa Penari (2022)

Saturday 17 September 2022


Pengarah : Awi Suryadi
Penulis Skrip : Lele Laila, Gerald Mamahit 
Pelakon :  Tissa Biani, Adinda Thomas, Achmad Megantara, Aghniny Haque, Calvin Jeremy, Fajar Nugraha 
Syarikat Produksi : MD Pictures, Pichouse Films
Pengedar : MD Pictures
Genre : Seram
Durasi Tayangan :121 minit
Tarikh Tayangan : 30 April 2022 (Indonesia), 12 Mei 2022 (Malaysia & Singapura)
Trailer :


Berlatarkan tahun 2009, Nur (Tissa Biani), Widya (Adinda Thomas), Ayu (Aghniny Haque), Bima (Achmad Megantara), Anton (Calvin Jeremy), dan Wahyu (Fajar Nugraha) melaksanakan kuliah kerja nyata (KKN) di sebuah desa terpencil. Projek mereka adalah untuk membina punca air kepada penduduk kampung. 

Kata Pak Prabu (Kiki Narendra), ketua kampung di situ pernah bilang jika sinden atau kamar mandi menjadi punca air untuk penduduk kampung disebabkan jarak sungai yang jauh. Kalau untuk mandi, yang lelaki mandi di sungai manakala yang perempuan mandi di kamar mandi yang dikhaskan. Kalau untuk buang air, gali lubang. Elektrik pun belum masuk dalam kawasan kampung tersebut. Rumah pula cuma diperbuat dari buluh atau kayu. 


Sejak awal lagi Widya mula diganggu dengan jelmaan penari di situ dan juga bunyi gamelan yang entah muncul dari mana. Bila Mbah Buyut (Diding Boneng Zeta) sediakan kopi juga Widya berjaya habiskan secawan walhal dia tak suka kopi. Sedangkan Ayu, Nur atau Wahyu tak mampu telan seteguk pun disebabkan pahit yang melampau. Kopi tersebut akan jadi manis sekiranya seseorang itu diganggu makhluk halus. 

Bima pula sentiasa hilang ketika mereka semua sibuk di tapak projek dan pulang dari hutan ketika lewat malam. Bila ada yang bertanya dia lebih selesa berdiam diri namun Widya dan Anton sering mendengar bunyi aneh dari bilik Bima. Makin lama gangguan yang dialami semakin teruk terutamanya terhadap Widya sehingga Nur bertindak untuk ajak mereka semua tamatkan projek di kampung tersebut. 


Kisah KKN di Desa Penari adalah kisah benar yang diceritakan sendiri oleh Nur dan Widya. Lepas thread SimpleMan viral di Twitter, penulis ambil keputusan untuk wujudkan naskhah seram sebagai pengajaran kepada semua. Tak pasti lah boleh jadi pengajaran ataupun tidak sebab makin cerita ni pergi jauh, makin ramai yang korek balik identiti sebenar Bima dan Ayu. Lagi parah kalau ada yang terima nasib yang sama, terkurung di Desa Penari dan meninggal dengan tragis?

Naskhah yang diadun dalam genre seram ni tak lah menampakkan makhluk yang mengganggu dengan seram cuma ada beebrapa jumpscare dari watak Mbak Doh, Badarawuhi (Aulia Sarah) dan hantu raya. Sound effect dan music score juga mainkan peranan yang kuat dalam menghidupkan suasana seram dan menakutkan. 


Sinematografi dari Ipung Rachmat Syaiful lebih bersifat malap untuk menambahkan lagi elemen seram di desa tersebut. Siang pun gerun nak mandi di kamar mandi yang disediakan walaupun ada beberapa lubang besar yang terhasil akibat bentuk kayu yang digunakan dalam binaan. Tak hairan pun kalau sinematografi yang dipaparkan kelihatan cantik sebab dihasilkan oleh sinematografer yang berpengalaman dan beberapa kali menang dalam majlis prestij. 

Dari segi lakonan pula Nur dan Widya mempunyai banyak screentime dari peran lain tapi kebanyakannya cuma berekspresi dengan riak wajah dan bahasa badan. Lenggok badan Aulia Sarah masa menari pun nampak cantik dan lembut. Sayangnya tak banyak babak tarian dia dipaparkan dalam movie ni. Pace filem ni agak slow juga lah. 


Lebih baik penulis tambahkan lagi babak gangguan dari Badarawuhi terhadap Ayu atau Bima. Nak komplen Wahyu dengan Anton tak banyak screentime pun tak boleh juga sebab watak mereka berdua kuatkan lagi dialog Nur yang tempat tu tak salah tapi perbuatan mereka yang salah. Kalau ikut cerita sebenar, ada dalam 20 orang pelajar universiti yang pergi ke kampung tersebut untuk KKN tapi yang diganggu cuma Nur, Widya, Bima dan Ayu. 

Tak ada langsung babak pelajar universiti ni bertegur sapa dengan penduduk kampung yang lain sepanjang mereka di sana. Tak banyak juga babak mereka berada di tapak projek sampai tertanya keadaan projek yang menjadi punca mereka berenam ke sana. 


Kenapa Nur bagi perhatian lebih terhadap Bima juga jadi tanda tanya sedangkan Widya dan Ayu juga rapat dengan dia. Kenapa Nur biarkan Widya mandi seorang diri sedangkan dia baru lepas diganggu pun jadi persoalan juga. 

Apa pun, KKN di Desa Penari agak menarik sebagai naskhah filem seram namun tak sesuai ditonton seisi keluarga kerana ada adegan intim. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.