KETAKSUBAN & PENYESATAN DALAM ‘TALBIS IBLIS’, FILEM SERAM ARAHAN KABIR BHATIA DI PAWAGAM 20 OKTOBER

Friday 23 September 2022

KETAKSUBAN & PENYESATAN DALAM ‘TALBIS IBLIS’, FILEM SERAM ARAHAN KABIR BHATIA DI PAWAGAM 20 OKTOBER | Kemunculan Semula Nasha Aziz Di Layar Perak, Dengan Gandingan Mantap Azira Shafinaz, Zul Ariffin

Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31, Kabir Bhatia kembali dengan sentuhan terbaru menerusi filem genre seram Talbis Iblis, terbitan oleh gabungan penerbit hebat tanah air, Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Pictures (M), A Next Start Production dan MM2 Entertainment bermula 20 Oktober ini di seluruh pawagam Malaysia. Terdahulu, karya ini menjadi filem kedua dari Malaysia yang mengadakan Tayangan Perdana Dunia dan di senarai pendek  di Far East Film Festival  Ke-24 di Udine, Itali pada April lalu. Selain itu, filem ini turut mengadakan tayangan perdana di Bucheon International Fantastic Film Festival 2022 ke-26 dan Neuchâtel International Fantastic Film Festival 2022 ke-21. 


 ‘Talbis Iblis’ yang membawa maksud tipu daya serta perangkap yang di buat oleh iblis untuk menyesatkan manusia, cukup tepat menggambarkan tentang subjek utama yang diangkat dalam filem ini. Ia mengisahkan tentang seorang gadis, Hajar yang dihantar ke satu tempat jauh dari ibu kota bagi melahirkan bayinya secara rahsia. Seorang bidan, Mak Ju telah menjaga Hajar sebelum dan selepas bersalin, namun hakikatnya mempunyai agenda tersendiri. 

Hari ini berlangsungnya Sidang Media Filem Talbis Iblis bagi melancarkan treler, poster dan memperkenalkan barisan pelakon secara rasmi. Setiap adegan babak telah dijayakan oleh para pelakon hebat tempatan seperti Azira Shafinaz, Nasha Aziz, Zul Ariffin, Amir Nafis, Jay Iswazir, Sherie Merlis, Izzy Reef, Daniella Sya, Zaftfarrel Mikhael Felton dan Putri Syahadah Nurjannah. Ini juga merupakan kemunculan semula di layar perak oleh pelakon popular dan pemenang Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia ke 17 menerusi filem seram thriller saspens, Trauma (2004) iaitu Nasha Aziz. 



Menurut Penerbit Eksekutif Filem & Wakil Infinitus Gold Sdn Bhd, Gayatri Su-Lin Pillai berkata, “Filem Talbis Iblis mempunyai kekuatan tersendiri dengan menggabungkan semua aspek seperti pengarah yang hebat, pelakon yang cemerlang dan cerita yang berbeza. Seperti umum tahu, penonton tempatan sering dihidangkan dengan pelbagai filem seram dari barat, termasuklah dari negara Thailand, Indonesia dan Jepun. Jadi kami sebagai penerbit ingin mempersembahkan sesuatu yang unik dengan mengangkat budaya serta kepercayaan Melayu, termasuklah isu sosial yang amat dekat dengan masyarakat kita, di samping menonjolkan adegan serta makhluk seram ke dalam filem khusus buat peminat naskhah seram di luar sana.” 


Penerbit Eksekutif & Wakil Jazzy Pictures (M) Sdn Bhd, Joanne Goh menyatakan, “Penglibatan Jazzy Pictures (M) dalam filem Talbis Iblis selaku penerbit merupakan satu pengalaman baik buat kami kerana berpeluang bekerjasama dengan tenaga kreatif, para pelakon serta kru produksi yang hebat. Tambah mengujakan filem ini telah ditayangkan di beberapa festival filem antarabangsa sebelum tayangan rasminya di Malaysia. Justeru, kami harap ia mampu menjadi pemangkin buat karya-karya tempatan lain untuk dipamerkan kepada dunia. Kami juga menjanjikan filem ini mampu memberi kepuasan kepada penonton semasa menontonnya di layar perak kelak.”

Sementara itu, Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad mengulas tentang kerjasama menghasilkan filem ini, ia memberi ruang buat Astro Shaw untuk mengukuhkan lagi hubungan baik dengan penerbit-penerbit tempatan dengan bergabung idea untuk menghasilkan sebuah karya yang mantap. “Industri filem tempatan dilihat dalam prestasi dan momentum positif sekarang ini. Kehadiran Talbis Iblis pada Oktober hadapan adalah masa yang tepat untuk memeriahkan lagi pawagam dengan menawarkan genre berbeza berbanding filem-filem yang sedia ada di layar perak sekarang kepada penonton. Menariknya, Talbis Iblis membawakan subjek cerita yang amat dekat dengan penonton Malaysia serta diarahkan oleh pengarah cukup berkaliber yang sentiasa berjaya menyentuh perasaan penontonnya menerusi sentuhan magisnya. Jadi, nantikan kehadiran filem ini yang mampu memberikan nilai tontonan berbeza kepada penonton.”


A Next Star Production Sdn Bhd, Megan Fong berkata, “Kami rasa amat teruja filem Talbis Iblis kini bersedia untuk temui penonton tidak lama lagi. Meskipun proses pos produksi filem ini dilakukan ketika dalam fasa pandemik Covid-19, namun ia berjaya disempurnakan. Ia membuktikan gabungan usaha sama bakat-bakat kreatif tempatan mampu menghasilkan sebuah karya terbaik untuk industri filem Malaysia.”

General Manager of MM2 Entertainment, Cik Angelin Ong berkata “Menerusi filem seram Talbis Iblis, penonton Malaysia dapat menyaksikan sebuah lagi filem yang mampu menyentuh perasaan dengan elemen seram, drama, berdebar, sedih dan banyak lagi. Kami rasa berbesar hati berpeluang bekerjasama sekali lagi dengan pasukan yang jayakan filem Sangkar dan Kabir Bhatia.”


OST bagi filem Talbis Iblis bertajuk ‘Harapan Penyambung Mimpi’ nyanyian Indah Ruhaila, hasil lirik oleh Habsah Hassan dan komposer Heidi Moru dan Lo Shi Seng.

Nantikan filem seram Talbis Iblis di pawagam seluruh tanah air bermula 20 Oktober depan. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak. 

****************

Tajuk  : Talbis Iblis
Genre  : Horror
Pengarah : Kabir Bhatia
Produksi : Infinitus Gold Sdn Bhd
Bahasa : Melayu
Durasi Filem : 97 Min
Jumlah Hari Penggambaran : 23 Hari
Tarikh Penggambaran : 28 Disember 2019
Lokasi Penggambaran : Pulau Carey Dan Apay Indah Wetlands
Tarikh Tayangan : 20 Oktober 2022

BARISAN PELAKON
Azira Shafinaz Sbg  Hajar
Nasha Aziz Sbg  Junaidah
Zul Ariffin Sbg Nasir
Amir Nafis Sbg Arshad
Jay Iswazir Sbg Zaini
Zaftfarrel Mikhael Felton Sbg Hazim
Sherie Merlis Sbg Bomoh
Izzy Reef  Sbg Nasir Muda
Daniella Sya Sbg Junaidah Muda
Putri Syahadah Nurjannah Sbg Hajar Muda


TUNGGAK UTAMA
Dipersembahkan oleh : Infinitus Gold Sdn Bhd, Astro Shaw Sdn Bhd, Jazzy Pictures (M) Sdn Bhd, A Next Star Production Sdn Bhd, Mm2 Entertainment Sd Bhd
Penerbit Eksekutif: Dato' Seri Robin Tan, Gayatri Su-Lin Pillai, T.P.  Lim, Raja Jastina Raja Arshad, Joanne Goh, Vicki Yeoh, Melvin Ang, Muhammad Fasya Daud
Penerbit: Gayatri Su-Lin Pillai
Penerbit Penyelaras: Syahrul Imran Shariffuddin
Penerbit Bersama: Megan Fong, Angelin Ong, Anuarul Zaid Suhut
Pengarah : Kabir Bhatia
Skrip: Ajami Hashim, Ashraf Modee Zain
Cerita Asal: Ajami Hashim
Lakon Layar: Kabir Bhatia
Pengurus Produksi: Mohamad Husairi Samsudin (Kuchai)
Penolong Pengarah: Mohd Herwan Hamzah (Wan. C)
Pengarah Fotografi: Norhanisham Muhamad (Labu)
Penyunting: Adilan Azemi, Kabir Bhatia
Pengarah Lagak Ngeri : Wong Choon Meng
Kesan Visual: Chain Fx Sdn Bhd
Muzik Skor: Ken Hor
Penata Bunyi: Supernova Media Sdn Bhd
Pengarah Seni: Mazalan  Zulkifli (Black)
Pereka Busana: Dzattie Yusoff
Penata Tatarias: Ella Sandera
Solekan Efx: Ella Sandera
Jurugambar: Mohd Afizi Mat Seman (Izzy)


OST
Lagu: Harapan Penyambung Mimpi 
Penyanyi: Indah Ruhaila
Lirik: Habsah Hassan
Komposer: Heidi Moru & Lo Shi Seng


Sinopsis

Mengisahkan tentang seorang gadis, Hajar yang dihantar ke satu tempat jauh dari ibu kota bagi melahirkan bayinya secara rahsia. Seorang bidan, Mak Ju telah menjaga Hajar sebelum dan selepas bersalin, namun hakikatnya mempunyai agenda tersendiri.

1 comment

  1. Tertengok sikit dia punya trailer.. Memang x mampulah nak tengok sampai habis walaupun trailer jer.. seram lah pula.. hahaha..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.