Movie Review | Juang (2022)

Thursday 22 September 2022


Pengarah : Aziz M. Osman, Datuk Yusry Abdul Halim, Matt Lai, Kabir Bhatia, Osman Ali
Penulis Skrip : Matt Lai, Yoon Yee Teh
Pelakon : Zul Ariffin, Zizan Razak, Janna Nick, Izzue Islam, Jack Lim, Sangeeta Krishnasamy, Vanidah Imran, dian P. Ramlee, Choo Hao Ren, Chew Kin Wah, Azri Sabri, Angeline Tan, Fahrin Ahmad, Lisdawati, Adibah Noor
Syarikat Produksi : Asia Tropical Films, The Film Engine, Astro Shaw, Web TV Asia, FilmForce, Suhan Movies & Trading
Pengedar : N/A
Genre : Drama / Dokumentari
Durasi Tayangan : 119 minit
Tarikh Tayangan : 08 September 2022
Trailer :


Naskhah yang diiktiraf sebagai Karyawan Paling Ramai Terbabit Dalam Satu Naskhah oleh The Malaysia Book of Records mengangkat kisah benar yang berlaku semasa Malaysia dilanda pandemik Covid-19. Seramai 5 orang pengarah - Aziz M. Osman, Datuk Yusry Abdul Halim, Matt Lai, Kabir Bhatia, Osman Ali terlibat dalam menjayakan filem Juang dan diketuai oleh Matt Lai. 

Juang mempunyai 5 kisah berasingan tapi bergerak sekali dalam satu cerita. Ada kisah yang digarap oleh seorang pengarah dan ada pula bergabung dengan pengarah lain. Tak pasti siapa arahkan yang mana sebab tak ada details lanjut dari team production. Yang pastinya Kabir Bhatia buat babak di lapangan terbang yang melibatkan usaha NADMA bawa pulang 113 orang rakyat Malaysia dari Wuhan, China. Datuk Yusry pula untuk kisah konstabel polis, Hafiq (Zizan Razak) dan Zaki (Izzue Islam) yang berjaga di sekatan jalan raya semasa pandemik. 


Selain dua kisah ini, ada kisah yang melibatkan pengorbanan dan perjuangan pihak medik diketuai oleh Dr. Johan (Zul Ariffin) bersama jururawat Hanna (Janna Nick) di pusat kuarantin. Kisah keempat pula mengenai Santhia (Sangeeta Krishnasamy) sebagai rider Pantas yang perlu bekerja keras untuk tampung perbelanjaan keluarga setelah suaminya dibuang kerja kerana pandemik. 

Filem ini diperkuatkan dengan lagu tema Wira Hatiku dendangan Datuk Sheila Majid bersama iringan muzik daripada Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO). Turut terbabit menyumbangkan suara untuk lagu tema ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi Sama-Sama. Bait lirik dalam kedua-dua lagu ni menambahkan mood dan menguatkan genre yang diketengahkan. 



Banyak kali juga menangis masa layan Juang sebab pengalaman yang dipaparkan tu terasa dekat sangat di hati. Bila tengok balik teringat apa yang semua rakyat Malaysia perlu tempuh untuk lawan ‘raksasa’ yang tak nampak di pandangan mata. Yang dibuang kerja kerana pandemik, tak dapat jumpa keluarga, frontliners hampir putus asa sebab kawan dan kenalan pun ramai yang bekerja di bahagian perubatan. 

Rasa semangat nak tengok movie Juang sebab ada nama pengarah yang dah tahu hasil kerja memang terbaik dan betul lah instinct tu, dia tetap hasilkan yang terbaik antara semua. Kisah Zaki dan Hafiq cukup rencah baik dari elemen komedi mahupun drama. Berdebar juga bila tengok mereka berdua berusaha untuk selamatkan pendatang asing. Cuma dekat hujung cerita lah macam meleret bila Hafiq nak tolak kereta untuk bagi laluan pada bomba. Patutnya buang part dia melangut sebelum bantu mangsa kemalangan sebab emosi tak sampai.


Kisah Santhia pun sama bila dia pergi dekat motor untuk pakai baju hujan untuk elakkan dia dari terkena virus sedangkan dia dah terdedah dah pun. Kesian uncle tu lama betul tahan sakit semata nak bagi laluan kepada watak Santhia. 

Sementara kisah Dr. Johan dengan Jururawat Hanna tu patutnya banyakkan lagi sebab mereka yang paling berisiko terdedah dengan virus. Personally I rasa penulis dan pengarah boleh masukkan lagi konflik di pusat rawatan. Tak faham kenapa Hanna call parents Arianna datang tapi diorang tak boleh masuk pun. Baik dia video call dari awal je. 


Kalaupun nak bagi watak Fahrin dengan Lisdawati, baik masukkan diorang dalam babak medical team buka keputusan covid test masing-masing. Sayang lah dekat situ ambil pelakon extra tapi tak mampu nak deliver perasaan dengan bagus. Babak Dr. Johan balik jumpa anak dia tu sedih lah sebab ada depan mata tapi tak boleh pegang sebab takut berjangkit. Faham je lah kalau anak rindu ayah dia macam mana, mesti lah nak minta peluk. 

Walaupun naskhah Juang yang diterbitkan oleh Web TV Asia ni ada kekurangannya tapi sebagai filem bergenre drama dan sebagai jurnal sejarah Malaysia, Juang berbaloi ditonton oleh semua. Mesej yang dipaparkan sama ada tersirat mahupun tersurat akan beri pengajaran yang besar dalam hidup kita sebagai sebuah masyarakat yang bersatu-padu walaupun berbeza bangsa, warna kulit dan agama. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8/10

2 comments

  1. Setuju... Filem ni membangkitkan semangat bila ingat kembali detik 2 tahun lalu itu. Cuma memang ada sedikit bosan sedikit tetapi perlu diberi paparan istimewa kerana bukan mudah ye utk frontliners semua tu berJUANG.

    ReplyDelete
  2. Jalan cerita dia menarik tapikan ada pelakon yang tak diminati terus rasa macam nantilah tengok.. Huhuhuhu..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.