Subway Subang Bestari atau Subway Star Avenue?

Tuesday 13 September 2022

 

Rancak eh sekarang macam-macam franchise restaurant dan kedai serbaneka naik dekat kawasan ni padahal masa datang dulu punyalah sendu sampai nak makan pun susah. Sebelum ni kalau nak makan Subway, kena pergi Star Avenue yang sendu tu tapi sekarang dah ada second franchise dekat Subest!

Tak jauh pun Star Avenue dengan rumah dan tak jauh juga Subway Subest ni sebab rumah I dekat tengah-tengah. Actually Subway tak lah memainkan peranan penting dalam hidup Pana pun tapi saja update entry ni sebab Subway ni cantik. 







Subway Subang Bestari ni ada lebih ramai pekerja nak dibandingkan dengan Star Avenue so jadi menggelabah bila diorang buat kerja laju. Dekat Star Avenue boleh relax pilih ramuan yang kita nak tapi dekat Subway Subang Bestari ni memasing macam mata helang. Kalau dah cenggitu gaya memang pilih Subway B.L.T roti honey oat letak salad, pickles, pepper dengan tomato je lah. Tambah honey mustard sauce, mayonnaise dengan sos cili. Done! 


Tadaaaaaa!


Orang lain dah tayang merata wrapper Subway edisi Hari Kemerdekaan ni, kita baru nak up haha. Disebabkan ada seorang pekerja dia bosan tak buat apa, I order mac and cheese Subway hshshs tengah gaji kan, boleh lah berlagak order itu ini. Kalau time menanti hari gaji, makan biskut kering je. Mac and cheese Subway ni kosong dan sikit portion dia tapi cukup lah buat orang kenyang sebab cheese. Warna kuning dia cantik, bau cheese pun wangi semerbak. 




Masa kitorang pergi ni cookies dia memang freshly baked, baru angkat dari oven. Wangi betul bau double chocolate chip! 


Tengok gaya Subway ada banyak meja makan instead of single seats, rasanya diorang nak buat Subway Subang Bestari ni student friendly sebab ada HELP University dekat sebelah. Even interior dia pun aesthetic minimalist, masuk pun rasa santai je. McDonalds, CU dengan Family Mart pun memang jadi tempat discussion student uni dengan budak sekolah dekat sini. Baguslah kalau ada target customer sebab tak lah nampak sendu sangat macam dulu. 

4 comments

  1. Cantiknya.. Rasa best je masuk kalau macam ni..

    ReplyDelete
  2. lama tak makan subway macam best plak, nak pi beli lah satgi haha

    ReplyDelete
  3. Tiba-tiba rindu nak makan cookies Subway tu :)

    ReplyDelete
  4. besar & luas rest subway kat situ. selalunya subway kecik2 je & x byk meja sgt.. ni luas..selesa sgt

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.