Book Review | Sekali Lagi (2018)

Friday 16 September 2022

Penulis : Auni Zainal

Penerbit : IMAN Publication Sdn Bhd

Helaian : 333 mukasurat / 26 bab 1 epilog

Genre : Misteri / Fiksyen / Drama

Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama – April 2018, Cetakan Kedua – Jun 2018

Harga : RM 28.00 (Semenanjung Malaysia), RM 30.00 (Sabah & Sarawak)

Sinopsis:

"Walau apa pun niat kau, hasilnya takkan sama Nadiah. Takkan sama!"

***

Nadiah mula menulis apa saja yang ingin diluahkan perasaannya pada waktu itu. Tidak semena-mena, Nadiah terasa kepalanya berpusing. Semuanya menjadi gelap.

***

Nadiah membuka mata perlahan-lahan. Dia sedang terbaring di atas katil. Fikirnya, mesti Ilyani yang memapahnya. Dia tidak ingat apa yang berlaku sebelum itu, tiba-tiba semuanya gelap.

"Nad, pukul 6.15 pagi dah. Bangunlah. Dah empat kali aku kejut kau ni."

"Kenapa? Ada apa?" tanya Nadiah kebingungan.

"Bangun nak pergi sekolahlah. Kau mamai ek?"

"Sekolah?"

Review: 

Sinopsis membuatkan tertarik untuk baca kisah Nadiah yang merentas masa dan kembali ke zaman sekolah dia lantas dia berniat untuk ke Alam Shah untuk berjumpa suaminya, Khalis Effendi. Namun suaminya masih lagi lelaki yang tegas, skema dan garang orangnya. Sikit pun dia tak kenal Nadiah siapa. 

Nadiah yang sekarang kehilangan Khalis yang meninggal dalam kemalangan jalan raya, 8 bulan selepas kematian anak perempuan mereka, Tanis Yamnuska. Dek kerana saranan kawan baik dia, Dr. Ilyani, Nadiah menulis dalam sebuah diari merah supaya dapat kurangkan kemurungan yang dialami. Tanpa mereka sedar, diari merah tersebut mempunyai keajaiban dia tersendiri bila Nadiah balik ke masa lampau sebaik saja menulis tentang dirinya. 

Orang pertama yang dia jumpa adalah kawan baik dia di zaman sekarang, Ilyani tapi pada zaman sekolah, Ilyani bukanlah kawan baik dia. Bukan saja Ilyani malah semua orang menganggap Nadiah adalah pelajar yang gila. Kerana takut dan sunyi, Nadiah beranikan diri berterus-terang dengan Ilyani. Respon Ilyani, walaupun Nadiah dapat merentas masa tapi perjalanan hidup tak sama. Akibat perubahan pada zaman lampau maka berubah la juga di zaman dewasa Nadiah nanti. 

Menarik lah kisah Sekali Lagi karya penulisan Auni Zainal ni sebab jalan cerita fiksyen boleh diterima logik akal. Walaupun berlatarkan pelajar sekolah tapi watak utama ada sisi kematangan yang tinggi. Mungkin juga sebab pelajar sekolah pandai dan masing-masing ada tanggungjawab tersendiri. Macam Ilyani ada ibu yang sakit sementara Khalis pula galas tanggungjawab sebagai ketua pelajar SMITH. 

Masa baca novel Sekali Lagi ni tertarik dengan kisah cinta Nadiah dan Khalis tapi penulis banyak ketengahkan kisah mereka masa Nadiah merentas dan agak singkat diceritakan kisah sebenar mereka. Masa Nadiah merentas tu pun Khalis bukannya layan Nadiah sangat, pandang pun menyampah sampai kita yang baca pun jadi geram sebab tak tahu selama mana Nadiah boleh berada dalam dunia tu. Kisah Nadiah dengan Ilyani pun singkat sangat dan tamat secara mendadak. 

Kesian dengan watak Nadiah sebab diari merah tak bantu dia pun untuk hilangkan sunyi dan kemurungan. Makin bertambah murung adalah sebab dia tak ada kawan, tak ada siapa pun sudi dengar luahan hati dia yang rindukan suami dan anak. Dia pun tak boleh ubah apa-apa sebab akan bahayakan nyawa orang lain di sekeliling dia. Tinggi harga yang perlu dibayar hanya untuk berjumpa dengan Khalis dan belajar erti terima ketentuan juga ujian Tuhan dengan hati terbuka. 

Cumanya macam over jugak lah bila penulis masukkan angle gangster yang berdendam dengan Khalis tu sebab pengusaha makanan je pun, kemain beria berdendam. Mungkin lagi kena kalau masukkan watak antagonis dengan wujudkan geng buli. But that’s just my 2 cents. 

Plot twist usahawan tu pun macam singkat sangat dan tergesa nak habis. Mungkin penulis akan panjangkan lagi dekat sekuel kot. Tak sabar nak baca dunia Khalis yang berubah kerana diari merah pula dalam Sedetik Lagi. 

p/s: Terima kasih Perpustakaan Anggerik Mokara MBSA sebab sediakan bahan bacaan menarik ni!

1. Author +1, 2. Plot +0.6, 3. Genre +0.7, 4. Social Message +1, 5. Personal Thought +0.7 = 4/5

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.