Terpaling Juara | Happy Dapat Tengok Live Performance Misha Omar

Tuesday 20 September 2022


Dah masuk minggu ke-5 untuk rancangan Terpaling Juara, TV3 ni dan untuk minggu kelima ni, kitorang dapat seat dekat sebelah kanan pula barisan hadapan. Kali ni datang awal sikit jadi kena beratur dulu sebelum guard buka shutter. Jam 8.30 malam baru dapat masuk dan duduk dekat seat ikut kumpulan mana. Macam I team Aqeesh, duduk dekat seat yang ada tag nama Aqeesh. Sebaris di belakang tag nama Akim. 

Disebabkan dapat seat kedua dari depan, handphone dah get ready dekat tangan sebab boleh nampak Akim dan peserta lain perform atas stage. Macam sedih tak dapat tengok artis yang lalu dekat sebelah kiri set  tapi kak Liya kata minggu 3 tu je semua artis lalu dekat tepi tu. Memang betul rezeki masa tu je lah dapat jumpa semua peserta dan artis undangan. 

Akim Bieber

Selain artis undangan, ada juga tetamu jemputan yang diberi tempat duduk khas macam Aniq dan Siti Khadijah yang datang untuk promote drama baru diorang, Sekali Lagi Cinta Kembali. Memang handsome lah Aniq Suhair tu tapi tak sempat jumpa sebab both of them balik awal. Dekat depan seat I pun ada team influencer and one of them is Dr. Hafiz Zainal yang pernah join program Big Stage Musim 3. Ramah dan sopan orangnya, awal-awal lagi dia dah minta maaf kalau tak nampak sebab dia tinggi tapi kitorang okay je sebab ada ruang jugak untuk tengok. 

Minggu kelima dimulakan dengan persembahan dari penyanyi jemputan, Azlan and The Typewriter. Baru intro dah have fun dengan lagu persembahan lepastu bersambung pula dengan lagu Segalanya Ku Terima - ILLUSI dari Aqeesh. Powerful betul performance Aqeesh sampai kitorang semua menjerit happy. Dapat pula pujian dari juri bertambah seronok lah angkat banner. 


Shaz pula bawa lagu Kau Pun Sama - Syamel dengan konsep yang fun. Not bad lah lagu dia tapi macam tak menyengat sangat lah. Kemudian bersambung pula dengan lagu Janji Manismu - Aisyah dari Aqmal. Masa ni set sejuk betul sebab ada ais kering dekat stage. First time lah tengok stage penuh dengan ais ni. Selalu tengok dalam tv je, kali ni merasa sendiri. 


Masa jadi live audience ni banyak benda boleh tengok dekat set selain artis dan peserta. Macam kru TV3 yang kesana kemari setup props untuk persembahan seterusnya. Diorang kena buat dalam masa 5 minit supaya tak kacau jadual masa yang pihak produksi tetapkan. Kalau pakai props banyak memang terkejar lah semua nak setup. Dah habis performance kena kemas pula semua props dari stage. 


Kain putih tu untuk persembahan Hazami yang bawa lagu Adibah Noor, Terlalu Istimewa. Dah boleh agak mesti sedih bila dengar sebab tribute untuk arwah satu hal, I pula baru lepas tengok filem Juang (2022), penampilan terakhir Adibah Noor sebelum meninggal. Bukan Hazami je yang menangis atas stage, audience pun sedih. Dato' Hattan kata performance Hazami bagus sebab deliver emosi dalam cerita dan lagu dengan baik. 
 

Dah habis bersedih terus excited bila tengok kru setup props untuk persembahan seterusnya sebab Misha Omar nak keluar dah. Bila nampak bayang-bayang dari hujung stage dah ramai menjerit, apatah lagi bila Misha Omar get ready in position. Bukan audience je tau yang excited, Kapten Akim, Naim dengan Hael pun sama level je dekat seat diorang. Dr. Hafiz tu pun beria nyanyi sekali dengan artis favorite dia. 



Tengok dalam video ni boleh nampak para kapten masuk mode fanboy masa Misha Omar nyanyi lagu Pulangkan dengan Bunga-Bunga Cinta. Bila Misha Omar nak buat konsert eh? Suara dia macam telan CD, sikit pun tak ubah dari dulu sampai sekarang. Walaupun tak dapat jumpa lepas habis program tapi dapat dengar Misha nyanyi live pun dah happy teruk. Thanks TV3 for the experience! 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.