Movie Review | Ceroboh (The Screaming Sky) (2022)

Wednesday 21 September 2022


Pengarah : Feisal Azizuddin
Penulis Skrip : Chong Keng Fatt
Pelakon : Mia Sara Shauki, Nia Atasha, Grace Ng, Sasidaran, Kent Tan, Syazani Zikry, Charles Roberts
Syarikat Produksi : Kuman Pictures
Pengedar : Netflix 
Genre : Sains Fiksyen / Misteri / Thriller
Durasi Tayangan : 88 minit
Tarikh Tayangan : 31 Ogos 2022
Trailer :


Naskhah misteri thriller arahan Feisal Azizuddin berlatarkan pasca apokalips di mana dunia telah ditakluk oleh makhluk asing. Mereka menggelarkan sebagai Penunggu Langit dengan kebolehan yang mampu mengawal minda manusia. Enam sahabat – Aisyah (Mia Sara Shauki), Yasmin (Nia Atasha), Dr. Wei Ling (Grace Ng), Darrell (Sasidaran), Zhen (Kent Tan) dan Ameer (Syazani Zikry) berlindung dalam sebuah apartment usang selepas Aisyah diserang. 

Selepas 3 bulan dari kejadian Aisyah diserang oleh lelaki asing di sebuah pasaraya ketika mereka mencari bekalan makanan, hidup Aisyah makin terseksa setiap kali Penunggu Langit keluar mencari mangsanya. Kepala dia pedih seperti nak meletup rasanya, telinga berdesing dan dia sendiri tak cukup tidur. 


Tak lama kemudian Darrell pula diserang hingga mengakibatkan kecederaan yang teruk. Yasmin tahu abang dia bukan lagi Darrell yang dia kenal. Setelah disahkan mati, Aisyah diserang oleh Darrell tapi sempat diselamatkan oleh Ameer. Wei Ling bertegas untuk simpan ‘Darrell’ untuk tahu apa kelemahan spesies alien tersebut tapi Zhen tak nak ambil risiko sebab mereka belum tahu sejauh mana kekuatan alien yang masuk dalam badan Darrell. Yasmin tak ambil peduli manakala Aisyah lebih banyak berdiam diri. 

Skrip Ceroboh oleh Chong Keng Fatt merupakan pemenang tempat pertama dalam pertandingan menulis skrip yang dianjurkan oleh Kuman Pictures. Mungkin dari segi idea asal dan penceritaan dalam skrip nampak unik dan menarik tapi bila dibikin dalam format skrin layer dan visual, ada banyak yang perlu diperbaiki. 


Selain jalan cerita yang terlampau ringkas untuk diceritakan, lakonan semua pelakon juga agak lemah terutamanya Kent Tan, Ameer dan juga Aisyah. Kenapa Penunggu Langit perlu menyerang bumi? Kenapa dia perlukan manusia dalam rancangan dia? Sejak bila enam sahabat ni perasan apa yang berlaku pada bumi semuanya tak diceritakan langsung. 88 minit hanya tunggu mana-mana watak untuk jelaskan tapi tiada langsung. 

Macam tak logik bila Zhen dengan Wei Ling bertengkar soal makanan kalau ramai manusia yang mati akibat pencerobohan alien tersebut. Patutnya pasaraya ada banyak stok makanan tin sebab orang Malaysia suka makan. Setakat stok makanan untuk 6 orang yang kurang makan bukan satu isu besar pun sampai nak bergaduh besar. 


Kenapa enam watak ni tak keluar dari apartment pun jadi tanda tanya sebab bekalan air tak banyak di apartment tu. Kenapa pilih apartment yang mereka tinggal sekarang pun tak pasti. Nampak macam baru pindah situ sebab mereka perlu sentiasa bergerak tapi dalam bilik Zhen sampai ada shelf drill dekat dinding? 

Ada satu babak Wei Ling tegur jangan bising takut Penunggu Langit dengar tapi Aisyah dok sakan menjerit sampai nak pecah telinga yang dengar. Jadi mereka sebenarnya sembunyi untuk apa? Kalau tengok apartment tu pun ditutup dari pandangan mata dan bukannya dari pendengaran bunyi. Dan disebabkan mereka semua bersembunyi, kebanyakan babak dalam suasana suram dan malap. Music score yang digunakan berjaya menghidupkan elemen misteri dan mendebarkan. 


Tak pasti kalau ada penjelasan lebih lanjut dalam sekuel nanti tapi harapnya pengarah ambil pelakon yang mantap lakonannya sebab babak emosi tak mampu dizahirkan dengan baik sampai I rasa elok je lah semua mati daripada hidup terseksa makan makanan tin setiap hari. Tak pasti juga semua watak ni hidup dengan tujuan atau harapan apa. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.3, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.2, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 =  4.3/10

2 comments

  1. Nampak macam nak tengok... Tapi dari review ni, macam tak menarik pulak nak tonton... Hehehe... Nanti confirm sama dengan LeYa... Tertanya-tanya apa yang berlaku

    ReplyDelete
  2. Lor.. Ada sekuel ke.. Tak minat filem yang gelap..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.