Blog Performance August 2022

Thursday 1 September 2022


Poster untuk bulan ni kita guna poster bertemakan deserts sebab harini satu hari makan kek dengan makanan manis yang lain. Ini pun belum ada lagi yang termakan. Tak tahu lah apa akan jadi dengan bulan September ni tapi yang pastinya bulan September adalah my birthday month. Sebelum kita happy dengan celebration let's go through report card bulan Ogos 2022. 

1. PV


Kalau PV bulan Julai mengecewakan, pageview bulan ni mantap sampai mencecah 145k. Mungkin sebab ada banyak entry yang berkaitan dengan movie baru dan akan keluar untuk September nanti. Happy jugak bila tengok all time pageviews dah mencecah 3 juta. Kira laju jugak lah dari 2 juta ke 3 juta, approximately dalam 8 bulan sebab blog ni cecah pv 2 juta masa Januari 2022 tup tup bulan Ogos dah naik sampai 3 juta. 

Misi untuk cecah 4 juta tu belum plan lagi macam mana tapi dah nak masuk hujung tahun ni, I try untuk publish entry yang boleh tarik orang untuk baca. Tapi kalau orang tak tertarik, I baca je lah sorang-sorang di bucu katil haha.

2. Posts


Popular Post untuk bulan Ogos majoritinya movie atau drama review untuk filem dari pelbagai negara. Ada filem tempatan, Korea, Bollywood dan Hollywood. Semua movie yang accessible dekat Netflix dan streaming platform lain. Kiranya kena rajin update review movie dan drama baru lah ek? Okay, noted. 

3. Keywords


Meriah keyword untuk bulan Ogos sebab pelbagai satu hal, muncul keywords baru satu hal jugak. Dah nak masuk hujung tahun ni banyak lah company yang buat company trip atau event. Entry tahun 2020 pergi Desaru tu jadi rujukan orang hshshs. 

Baru je minggu lepas macam nak delete entry intisari rancangan tu lepas dah masuk bulan baru tapi bila tengok keywords ni ada pula yang cari ek. Tak jadi lah delete kalau macam tu. Dah nampak dah entry apa nak update untuk bulan September ni bila nampak keywords emart treasure menu keluar hehe

4. Bilangan Entri

Berkurang pula bilangan entri untuk bulan Ogos sebab malas nak update blog padahal banyak je pending entries. Bukan malas nak update sebab malas tapi banyak pula event bulan Ogos ni. Hopefully bulan September boleh blast sampai 80 entry :)

Terima kasih kepada semua pengunjung baik rakan blog, pembaca baru atau silent reader. Take care and have a nice month ahead. 

7 comments

  1. Wonderful engagement, give me a advice :)

    ReplyDelete
  2. Sy suka sgat baca performance blog Farhana.. Dari mula lagi selalu tgok dan memang nampak sgat2 perubahan.. Part buat entri byak tu sahaja yg aku memang tak dapat ikut.. Apapun keep it up sis! Semoga terus sukses!

    ReplyDelete
  3. ehhh entri tu sebab nurul ada 3 blog haha. niche entertainment kena rajin update lah lagipun taknak blog tenggelam dengan press release

    ReplyDelete
  4. Terbaiklah Farhana.. Semua entry cecah ribu view.. Teruskan usaha.. September pasti cemerlang..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.