Drama Review | Delhi Crime Season 2 (2022)

Tuesday 6 September 2022


Director : Richie Mehta, Tanuj Chopra
Writer : Richie Mehta
Cast : Shefali Shah, Rasika Dugal, Adil Hussain, Rajesh Tailang, Tillotama Shome, Gopal Datt, Denzil Smith, Avijit Dutt, Yashaswini Dayama
Production Companies: Golden Karavan, Ivanhoe Productions, FilmKaravan, Poor Man's Productions
Distributor : Netflix
Genre : Crime / Drama
Running Episodes : 5 episodes (40 minutes per episode)
Release Date : 26 August 2022 
Trailer :


Lepas kejayaan Delhi Crime (2019) dengan membawa pulang anugerah Best Drama Series di International Emmy Awards 2020, Richie Mehta kembali dengan musim kedua yang berkisar tentang jenayah Chaddi Baniyan Gang. 

Deputy Commissioner of Police (DCP) Vartika Chaturvedi agak ragu-ragu dengan pembunuhan dua pasangan warga emas di kawasan elit Delhi kerana geng ni popular pada zaman 90-an. Tak mungkin geng ni muncul kembali tapi Bhupendra (Rajesh Tailang) keluarkan kemungkinan generasi baru atau copy cat sebab modus operandi mereka sama. 


Serang warga emas yang kaya, bunuh dengan kejam dan curi barang kemas kepunyaan mangsa. Badan mereka disapu minyak supaya tak ada sesiapa yang berjaya tangkap geng tersebut. Cara pakaian mereka juga sama, menggunakan singlet dan boxer dengan bahagian muka dan kepala ditutup dengan kain pelikat. 

Sebelum ni tak pernah dengar lagi pasal geng Chaddi Baniyan di Delhi sebab tak pernah diceritakan dalam mana-mana movie atau drama. Kalau ada dalam akhbar mungkin I terlepas pandang. Geng ni memang kejam sebab serang warga emas yang tak mampu nak lawan tenaga, dibunuh pula dengan kejam. Kalau dalam Delhi Crime semua watak kata geng ni terhenti di zaman 90-an tapi realitinya masih ada lagi sampai sekarang. Rasanya ni social awareness dari team Delhi Crime untuk bagitahu penduduk India supaya berhati-hati. 


Dalam drama geng jenayah ni mencari mangsa melalui watak Karishma (Tillotama Shome) yang bekerja sebagai beautician di salon mewah. Pelanggan yang datang rata-ratanya warga emas yang kaya. Sebab tu mudah untuk geng ni target siapa mangsa mereka. Orang perempuan kalau bercerita faham sendiri lah macam mana. Sama juga in real life, ketua geng akan menyamar sebagai tukang polish kasut atau pengemis supaya dapat cari mangsa.

Berbeza dengan musim pertama, Delhi Crime terbitan hasil kerjasama Golden Karavan, Ivanhoe Productions, FilmKaravan dan Poor Man's Productions hanya mempunyai 5 episod. Lebih pendek dari sebelumnya yang mempunyai 7 episod dengan durasi sepanjang 40 minit. Dalam musim pertama mungkin sebab kisah peribadi Vartika dipaparkan bersama, berbeza dengan musim kedua bila anak perempuan tunggal dia, Chandu (Yashaswini Dayama) belajar di Toronto. Ada dramanya juga tapi pendek je. 


Elemen drama lebih terarah pada IPS Neeti Singh (Rasika Dugal) bila mak mentua dia guna kereta kerajaan untuk pergi pasar atau beli barang. Sama juga dengan perangai suami dia yang susah nak faham kerjaya sebagai polis bahagian jenayah. Malam tak balik rumah sebab kena siasat kes. Cuti pun susah nak approve sebab banyak kes besar di Delhi. 

Sama seperti musim pertama, pengarah tak fokus pada babak ngeri walaupun jenayah pembunuhan tapi masa scene Vartika cuci kasut sebab terpijak cebisan kulit mangsa tu dah boleh agak keadaan mayat macam mana. Sama juga bila Karishma bunuh orang dengan tukul sebab reaksi muka dia memang tak ada belas langsung. Sound effect pun menguatkan lagi screenplay tersebut. 


Sinematografi masih lagi menggunakan khidmat Johan Heurlin Aidt cuma kali ni macam rimas sikit tengok sebab lighting terlampau malap padahal berlatarkan kawasan elit. Kalau kawasan kelas bawahan boleh faham lah kenapa suram je tona warna tu. Kalau kawasan elit Delhi rumah penuh dengan lampu sana-sini tapi suram je. Nak tengok bukti pun susah. 

Delhi Crime musim kedua mungkin tak sekuat musim pertama namun penceritaan masih lagi terikat dengan dunia nyata. Selain jenayah, pengarah paparkan juga diskriminasi terhadap kaum minoriti, salahguna kuasa dan rasuah dalam badan beranggota. Hopefully ada musim ketiga dengan jenayah lebih menggerunkan di Delhi. Kudos to Shefali Shah and Delhi Crime team. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.5/10

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.