Drama Review | Dahaad (2023)
Sunday, 25 May 2025
Directors: Reema Kagti, Ruchika Oberoi
Writers: Reema Kagti, Ritesh Shah, Zoya Akhtar, Jithin
Cast: Sonakshi Sinha, Gulshan Devaiah, Vijay Varma, Sohum Shah
Production Companies: Excel Entertainment, Tiger Baby Films
Distributor: Amazon Prime Video
Genre: Crime / Mystery / Thriller
Running Episodes: 8 episodes (minutes per episode)
Release Date: 12 May 2023
Trailer:
Di kampung kecil bernama Mandawa, Rajasthan, India, Inspektor Anjali Bhaati (Sonakshi Sinha) ditugaskan untuk menyiasat kehilangan seorang wanita dewasa. Siasatannya menemui kes kematian wanita-wanita lain dengan modus operandi yang sama. Kesemuanya dijumpai meninggal dunia di dalam tandas awam dengan pintu terkunci dari dalam. Mangsa juga memegang botol air mineral dan berpakaian pengantin. Punca kematian adalah racun cyanide.
Sebanyak 27 orang mangsa wanita dari kasta rendah dari pelbagai daerah dikonklusikan sebagai pembunuhan bersiri oleh seorang lelaki. Kebanyakan wanita berkasta rendah sukar mencari calon suami kerana miskin tegar sedangkan mereka perlu membayar wang hantaran kepada pihak lelaki semasa berkahwin. Tekanan dari keluarga dan masyarakat buatkan kesemua mangsa setuju untuk kahwin lari dengan pembunuh.
Dalam masa yang sama, Inspektor Anjali juga mengalami tekanan yang sama kerana dia juga lahir dalam keluarga berkasta rendah. Nasib dia baik bila ketua dia, Inspektor Devi Lal Singh (Gulshan Devaiah) selalu ambil berat dan permudahkan urusan kerja Anjali. Bukan kerana suka atau tertarik dengan Anjali, tapi cara kerja Anjali yang sentiasa maju beberapa langkah dari pegawai polis senior yang lain buatkan Inspektor Devi beri perhatian yang lebih.
Beberapa bukti dan alibi merujuk kepada Anand Swarnakar (Vijay Varma), seorang guru Hindi yang aktif melakukan kerja amal. Berselindung di sebalik pesona yang baik dan rendah diri, Anand tega membunuh tanpa belas akibat trauma zaman kanak-kanak.
Naskhah yang mengetengahkan masalah sosial di negara India ini mendapat tayangan perdana di Berlin International Film Festival pada tahun 2023. Mencipta sejarah sebagai web series pertama dari negara India yang mendapat pengiktirafan sebegitu.
Menggunakan kes jenayah Cyanide Mohan yang berlaku sekitar tahun 2003 hingga tahun 2009 di Karnataka, India, naskhah arahan Zoya Akhtar dan Reema Kagti tidak berteka-teki dengan si pelaku kerana kegiatannya didedahkan sejak episod pertama. Memandangkan Cyanide Mohan telah pun diberkas oleh pihak polis dan telah dijatuhkan hukuman kerana membunuh 20 orang gadis, tak ada masalah untuk penulis mengarang cerita berdasarkan jenayah yang dilakukan dan juga latar belakang penjenayah.
Mungkin sub-plot tentang pegawai polis yang terlibat dimasukkan untuk penonton kenal dengan beberapa watak protagonis dan budaya masyarakat di kawasan tersebut, namun penceritaan tersebut tidak mengganggu main plot malah mendukung cerita dengan lebih baik. Kadang bertindak sebagai relief dan kadang ianya bertindak sebagai penggerak cerita terutamanya pada episod-episod hujung di mana Inspektor Anjali dapat hint tentang aktiviti jenayah tersebut.
Kekuatan naskhah Dahaad bukan saja terletak pada lakonan dari barisan pelakon utama tapi pada kes jenayah yang dipaparkan. Tak susah pun untuk Anand pujuk mangsa-mangsa dia untuk lari dari rumah sebab watak Anand bukan seorang yang kacak atau charming. Dia cuma seorang lelaki biasa dan hanya menjadi pendengar setia kepada semua mangsa. Dia terlepas pun sebab keluarga mangsa tak buat laporan polis lepas mangsa lari dari rumah. Cuma satu kes sahaja bila si abang mencari adik perempuan dan buat laporan kepada Inspektor Anjali. Kalau si abang tu tak peduli pada si adik, mungkin Anand masih lagi bebas di luar.
Sebab tu drama Dahaad ni tak panjang pun, siasatan polis pun tak ambil masa yang lama sebab pembunuh bersiri tak bijak mana pun. Dia bernasib baik selama ni hanya kerana masalah kasta dalam masyarakat tersebut. Anand terlihat baik pun sebab isteri tak menyibuk sangat kegiatan dia di luar. Dah tentu lah, watak Anand tampak hidup dan mengerikan setiap kali perdayakan mangsa kerana lakonan Vijay Varma yang terkenal dengan watak antagonis dalam Darlings (2022) atau Pink (2016) tapi ada babak Anand tak mengganggu perempuan yang tak melayan atau berani marah si pelaku.
Naskhah Dahaad dah pun mendapat green light untuk sekuel even cast pun dah bagi hint tapi bila akan ditayangkan, itu belum diumumkan lagi. Harap Inspektor Anjali dipindahkan ke tempat baru supaya boleh fokus dengan jenayah baru. Dah nampak penulis cuba kembangkan love angle atara watak utama but I don’t think it’s necessary for this series.
Kalaupun Inspektor Anjali masih di balai yang sama, I would love to see dynamic of Anjali-Devi Lal as protagonist of the series. Nak watak wanita baru muncul juga supaya lebih banyak lagi women empowerment angle muncul since we have Reema and Zoya as writers and directors.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10