Pengarah: Gopi Puthran, Manan Rawat
Penulis Skrip: Gabe Gabriel, Matt Graham, Avinash Dwivedi, Chirag Garg, Gopi Puthran
Pelakon: Vaani Kapoor, Vaibhav Raj Gupta, Surveen Chawla, Raghubir Yadav, Shriya Pilgaonkar, Monica Chaudhary
Syarikat Produksi: YRF Entertainment
Penyiaran: Netflix
Genre: Jenayah / Misteri / Thriller
Jumlah Episod: 8 Episod (39-49 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 25 Julai 2025
Trailer:
Penduduk kampung di Charandaspur, Uttar Pradesh, India dikejutkan dengan kematian ngeri seorang wartawan. Kaki dan tangannya dicantum pada bahagian kepala. Dahinya dicop simbol aneh. Wartawan tersebut berkongsi gerabak bersama Vikram Singh (Vaibhav Raj Gupta), inspektor polis yang digantung tugas di Delhi lalu pulang ke kampung untuk menemani ayahnya melakukan puja. 
Pembunuhan ngeri tersebut kembali menghantui Vikram kerana simbol yang sama pernah dilihat dalam gambar lama milik ibunya. Semakin kuat keinginannya untuk menyelesaikan misteri kehilangan Vasudha Singh (Ipshita Chakraborty Singh) sejak 20 tahun lepas. 
Di Charandaspur terdapat sebuah hutan tebal yang dipercayai menjadi kubu Aayastis yang menunggu kelahiran semula Tuhan mereka bernama Yast. Vikram percaya pembunuhan wartawan dan kehilangan ibunya ada hubung kait dengan cult tersebut. 
Ejen Crime Investigation Bureau (CBI), Rea Thomas (Vaani Kapoor) dihantar untuk menyiasat kes tersebut dan bekerjasama dengan Vikram juga Jimmy Khan (Jameel Khan) yang arif dalam menafsir mimpi dan alam spiritual. Mereka juga beberapa kali bertemu dengan Ananya Bhardwaj (Surveen Chawla), ahli politik di Charandaspur berkenaan Aayastis. Vikram juga ada hubungan erat dengan Ananya kerana Vikram adalah tunang kakaknya, Kavita Bhardwaj (Monica Chaudhary) yang kini koma di hospital. 
Pengarah dan pencipta siri Mandala Murders, Gopi Puthran pernah popular dengan franchise Mardaani (2015), antara salah sebuah franchise yang bermutu di bawah produksi YRF Entertainment. Menggunakan konsep yang sama, membawakan watak wanita sebagai protagonis utama di dalam pertembungan dunia moden dan keajaiban alam spiritual. 
Pemilihan Vaani Kapoor sebagai Rhea Thomas agak kurang bernas tapi kelemahan lakonan dia terlindung sebab banyak berkongsi skrin dengan watak-watak lain. Tenggelam sangat bila Vaani berjumpa dengan Surveen Chaula yang menyerlah sebagai ahli politik yang licik dan berani. Screen presence dia tak pernah gagal untuk membawakan watak ahli politik yang lahir dari keturunan diraja. Bila berucap tak nampak preachy but somehow influence orang untuk fokus dengan apa yang dia ucapkan.
But surprisingly, Vaani selesa dalam watak sebagai Nandini Pant yang bekerja sebagai particle physicist. Chemistry dia dengan Sunny Hinduja menghidupkan lagi dunia romantis dan bekerjaya pasangan tersebut. Patutnya biar Vaani berlakon sebagai Nandini Pant sahaja daripada biar dia berlakon double role tapi tak mampu nak carry kedua-duanya. Watak Rhea lebih kompleks tapi kebanyakan masanya termangu dengan misteri Yast. 
Vaibhav Raj Gupta mempunyai ruang yang banyak untuk paparkan pelbagai emosi dari pegawai polis yang jujur dan berintegriti sehingga putus asa bila kehilangan Kavita. Kemudiannya menyelesaikan misteri Mandala walaupun nyawa bakal terancam buat kali kedua. Jameel Khan juga mencuri perhatian dengan karakter yang sempoi dan kelakar. 
Penceritaan Mandala Murders mempunyai elemen misteri yang kuat jadi persoalan yang muncul hanya boleh dijawab apabila penulis bongkarkan sedikit demi sedikit. Dari tak percaya dengan keajaiban Yast, sedikit demi sedikit mula goyah. Macam mana sains nak buktikan apa yang dilakukan macam sekawan lebah yang selamatkan adik-beradik dari dibunuh atau jumpa anak yang telah lama hilang? 
Sebab keajaiban yang makbulkan permintaan mustahil ni yang buatkan Rukmini (Shriya Pilgaonkar), ketua Aayastis sejak 1950-an setia dengan Yast. Hopefully rahsia keajaiban cult yang ingin mengimbangi kosmos akan dibongkarkan dalam musim kedua nanti. 
Uniknya, Mandala Murders mempunyai input tersendiri tentang alam spiritual macam watak Kaivalya Shastri (Raghubir Yadav) yang mengkaji bayang. Tak pernah terfikir bayang kita ada makna yang tersendiri. Sama juga dengan kajian dan ilmu dari Jimmy Khan yang berkawan rapat dengan Kaivalya. I wonder if Malaysia also have this kind of group. 
‘Everyone has a spiritual shadow. Just like this shadow of yours looks like you, in the same way, your spiritual shadow looks exactly like you. Every death has different shadow. Today, the killer’s shadow was in my house. But it wasn’t alone. It brought along a speck from the last death.’ -  Kaivalya Shastri
Sinematografi Mandala Murders dihidupkan oleh Shaz Mohammed yang mewujudkan suasana ngeri di latar tempat fiksyen bernama Charandaspur. Moden dari segi teknologi dan cara hidup namun kaya dengan sejarah di satu sisi yang lain. Beberapa teknik kamera dan shot yang menarik yang digunakan dalam babak-babak tertentu juga buatkan saspen kuat terasa. Elemen kejutan yang dimasukkan tak menghampakan. Kedua-dua latar masa baik tahun 1950-an mahupun 2025 digambarkan dengan cemerlang bersama musik latar yang menggerunkan. 
Walaupun Mandala Murders menarik untuk ditonton namun latar masa yang sering bersilih ganti dan pace penceritaan yang perlahan akan mengganggu tontonan. Advisable to watch all episode in just one sitting.  
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.2/10
 
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.