Melabuhkan tirainya semalam, program ‘Kilauan Emas 2025’ menobatkan peserta Mazleen sebagai juara. Menjadi peserta wanita kedua merangkul gelaran juara di Kilauan Emas selepas Gie, Mazleen mendapat markah keseluruhan sebanyak 79.44% di pentas akhir.
Turut memberikan persembahan penuh bertenaga adalah naib juara Zekrai (78.58%), juga di tempat ketiga Nawary (73.12%), Zanie (72.37%), Ezan (71.40%) dan Majid (70.71%). Selain itu, Majid telah merangkul anugerah Emas Berkilau Of The Week, manakala Ezan pula telah memenangi Cabaran 30 Hari Nestle Omega Gold.
 |
Guest Performance - Tam Spider |
SENARAI LAGU
 |
Majid: Sehidup Semati (Duet Bersama Dina Nazir) - Juliana Banos & Indigo (70.71%) |
 |
Zekrai: Mendung Tak Bererti Hujan (Duet Bersama Ayu Damit) - Deddy Dores & Ella (78.58%) |
 |
Nawary: Jangan Khianati Aku - Azlan & The Typewriter (73.12%) |
 |
Zanie: Seri Langkat (Duet Bersama Idris Kilauan Emas 3) - Amelina & Jamal Abdillah (72.37%) |
 |
Mazleen: Bertamu Di Kalbu (Solo) - Jaclyn Victor (79.44%) |
 |
Majid: Mengerti - KRU (70.71%) |
 |
Ezan: Kita Insan Biasa (Duet Bersama Acong Sweetchild) - Dayangku Intan & Jay Jay (71.40%) |
 |
Nawary: Bintang Kehidupan (Duet Bersama Fuad Kilauan Emas 2) - Yantie Aryanto & Ronnie Sunday (73.12%) |
 |
Zekrai: Rembulan Kesangsian (Solo) - Razzi Rahman (78.58%) |
 |
Ezan: Hareudang (Solo) - Vita Alvia (71.40%) |
 |
Mazleen: Naluri Cinta (Duet Bersama Arip Kilauan Emas 4) - Rohana Jalil & To’ki (79.44%) |
 |
Zanie: Tiada Kepastian - Ziana Zain (72.37%) |
INFO ‘KILAUAN EMAS 2025’
• Seperti musim sebelumnya, persembahan setiap peserta menerusi Kilauan Emas 2025 akan diadili secara 70% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri professional, 20% daripada juri awam yang merangkumi markah para penonton undangan dan juga 10% daripada undian para penonton di rumah.
• Juara musim kali ini akan membawa pulang wang tunai bernilai RM30,000 beserta trofi sumbangan Astro.
• Para penonton dan peminat boleh mengundi peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan pada setiap minggu secara dalam talian menerusi laman web Astro Gempak.
• Penerbitan Kilauan Emas 2025 turut disinarkan dengan kolaborasi bersama Astro Gempak sebagai rakan digital, serta SINAR dan GEGAR sebagai rakan radio rasmi. Program ini boleh distrim secara On Demand di Astro GO dan sooka.
Saksikan Kilauan Emas 2025 di Astro Prima (Saluran 105), On Demand, Astro GO dan sooka.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.