ANNA JOBLING ANGKAT NAMA MALAYSIA DI SEOUL INTERNATIONAL DRAMA AWARDS 2025! | DINOBATKAN OUTSTANDING ASIAN STAR – MALAYSIA MENERUSI DRAMA ‘HAI CINTA, DENGARKANLAH!’
Kuala Lumpur, 2 Oktober 2025 - Malam bersejarah buat Anna Jobling tercipta apabila beliau dinobatkan sebagai penerima trofi Outstanding Asian Star – Malaysia di pentas berprestij Seoul International Drama Awards 2025 (SDA) yang berlangsung di Yeouido KBS Hall, Seoul, Korea Selatan. Majlis anugerah berprestij ini turut disiarkan secara langsung menerusi saluran SBS TV.
Kemenangan ini membuktikan kehebatan dan keupayaan Anna Jobling sebagai pelakon muda berbakat besar yang bukan sahaja memikat hati penonton Malaysia melalui persembahannya yang berkesan dalam drama ‘Hai Cinta, Dengarkanlah!’, malah turut menawan perhatian peminat antarabangsa. Dengan pengiktirafan ini, Anna kini berdiri sebaris dengan bintang-bintang Asia lain yang diiktiraf di pentas global menerusi SDA, salah satu anugerah drama paling berprestij di dunia.
“Saya benar-benar terharu dan amat bersyukur atas pengiktirafan ini. Terima kasih kepada Seoul International Drama Awards kerana membuka ruang untuk Malaysia bersinar di pentas antarabangsa. Kemenangan ini sangat bermakna kerana ia bukan sahaja untuk diri saya, tetapi untuk seluruh peminat, keluarga, serta pasukan produksi yang tidak pernah berhenti menyokong saya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Tonton dan TV3 kerana sentiasa menjadi sebahagian daripada perjalanan seni saya. Trofi ini adalah kebanggaan bersama, hadiah istimewa yang saya bawa pulang untuk Malaysia.” Anna meluahkan kata-kata dengan penuh terharu dan bangga.
Sempena kemenangan bersejarah Anna, Tonton meraikannya dengan melancarkan kod promo eksklusif “ANNAJOBLING” yang membolehkan peminat menikmati langganan 3 bulan Tonton pada harga istimewa RM20 bermula 25 September 2025. Dengan langganan ini, peminat bukan sahaja dapat menonton drama eksklusif atau filem terbaik, tetapi juga berpeluang menikmati Hai Cinta, Dengarkanlah! melalui koleksi khas “Koleksi Pujaan Hati” bersama drama popular Anna sebelum ini seperti Melur Untuk Firdaus, Terima Kasih Cinta dan Bella – Bila Cinta Bersatu.
Kejayaan ini membuka lembaran baharu buat Anna Jobling, yang terus mengorak langkah ke peringkat antarabangsa selepas mencipta nama di tanah air. Sebagai bintang muda yang sedang bersinar, Anna berazam untuk menjadi inspirasi kepada generasi baharu pelakon Malaysia agar berani bermimpi besar dan melangkah lebih jauh. Kemenangan ini bukan sekadar pengiktirafan peribadi, tetapi juga satu simbol bahawa dunia seni lakonan Malaysia semakin mendapat tempat di mata global. Anna kini berdiri megah sebagai salah seorang ikon hiburan Malaysia yang mampu mengangkat nama negara di pentas dunia.
Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang rancangan kegemaran anda, ikuti kami di Facebook, Twitter, TikTok, dan Instagram di @tontonmy.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.