Movie Review | 11 Cinta Sebelum Kamu (2025)

Thursday, 30 October 2025


Pengarah: Harith Baharudin
Penulis Skrip: Harith Baharudin, Khairul Kassim
Pelakon: Fattah Amin, Liyana Jasmay, Maisarah Sufia, Afifah Nasir, Elizabeth Tan, Maria Farida, Megat Sharizal, Ahirine Ahirudin, Atoi Tohet, Miss Alvy, Shaza Bae, Nesa Idrus, Nita Gunawan, Avaa Vanja
Syarikat Produksi: ST Media Sdn Bhd
Pengedar: Sensasi Saluran 116 Unifi TV, Netflix
Genre: Romantik / Komedi
Durasi Tayangan: 110 minit
Tarikh Tayangan: 15 Februari 2025
Trailer:


Selepas 3 bulan Ray (Fattah Amin) mengenali Khadeeja (Maisarah Sufia), dia mengambil keputusan untuk melamar model cantik tersebut.  Namun untuk mendapatkan restu daripada ibu tunangnya, Dato' Shikin (Maria Farida), satu syarat perlu ditunaikan. 

Ray perlu berdepan dan meminta maaf kepada kesemua 11 bekas teman wanitanya, merakam setiap kemaafan yang diberikan kepada Ray, dan menghantarnya kepada Dato' Shikin dalam tempoh 30 hari. Dato’ Shikin sengaja menggunakan syarat tersebut untuk batalkan hasrat Ray untuk bernikah dengan anak tunggalnya. 

Ray bermula dengan Aisha (Liyana Jasmay), cinta pertamanya sejak zaman sekolah menengah. Kalau ikutkan mereka cuma berkawan tapi Ray (Johan Nazmeer) ada perasaan pada Aisha namun setelah terdengar perbualan Aisha (Nur Audadi Maisara) dan Farid (Hareez Azim), mereka putus kawan. Aisha gembira bila bertemu semula dengan Ray tapi sebaik saja tahu niat sebenar pertemuan tersebut, Aisha jadi beremosi. 

Ray pula teruskan saja berjumpa dengan Ikha (Nesa Idrus) yang bekerja di café Kopi Daun. Mudah sangat Ikha maafkan Ray dan begitu juga dengan cinta nombor tiganya, Suraya (Sharleen Sabrina). Yang menjadi masalah bila Ray bertemu dengan cinta keempat, Mona (Rara Azri) yang suka dengan benda-benda mistik. Mona masih lagi sakit hati dengan Ray setelah ditinggalkan lepas 3 tahun mereka bercinta. 

Melihatkan kesungguhan Ray untuk dapatkan semua permohonan maaf tersebut, Aisha bantu Ray sebelum tempoh 30 hari menjelma. 

Naskhah romantik komedi dari Unifi TV arahan dan penulisan Harith Baharudin tampil dengan filem yang santai. Chemistry antara Fattah dan Liyana Jasmay banyak membantu perjalanan filem 11 Cinta Sebelum Kamu walaupun baru pertama kali bergandingan bersama sebagai lead pairing. Ada babak yang tampak bersahaja walaupun ada masanya lakonan Liyana berlebihan. Kelakar tengok gallery kamera Ray sebab gambar Aisha yang tidak-tidak je dia ambil tapi yang itu juga dia belek lama sampai tak pandang Khadeeja yang cantik dekat depan. 

To be honest, 11 Cinta Sebelum Kamu bukanlah sesuatu yang segar pun sebab dah banyak naskhah yang menggunakan jalan cerita sama di bawah genre romantik komedi. Dialog yang digunakan pun cuma perbualan biasa. Patutnya penulis kurangkan cinta-cinta Ray supaya dapat develop lagi moment Ray dengan Aisha. Tak pun kurangkan babak Ray dengan Kamil sebab bosan. 

Perjalanan Ray untuk dapatkan kemaafan tu pun mudah sangat sebab semua bekas teman wanita dia dah lama move on. Mungkin masa bercinta dengan Ray pun dah banyak kali kena ghost ataupun sakit hati dengan perangai playboy dia. Kalau tengok pada umur semua watak yang terlibat, tempoh masa masing-masing bercinta dengan Ray tak lama pun. Sangkut pun mungkin sebab rebound. 

Ingatkan penulis akan kembangkan lagi babak Ray dengan Mawar tapi cuma ada satu babak sahaja padahal watak Ray terkesan dengan apa yang jadi pada Mawar. Masa Mona ambil rambut Ray untuk buat sihir tu ingatkan ada musibah akan jadi tapi setakat kena langgar dengan motor itupun sebab sendiri yang cuai. 

Filem ni ada banyak potential tapi tersia sebab ruang yang terhad. Ada elemen kejutan dan misteri tapi dah boleh agak dah apa dan siapa dari awal lagi. Mungkin kalau diolah dalam template drama, naskhah 11 Cinta Sebelum Kamu terbitan ST Media Sdn Bhd akan jadi lebih menarik. 

Hopefully lepas ni Liyana Jasmay dengan Fattah Amin dapat tawaran sebagai lead pairing dalam rom-com movie/drama dengan storyline yang lebih bagus dan menarik. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.4 = 5.7/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.