Movie Review | Malam Terlarang (2025)

Thursday, 30 October 2025


Pengarah: Nurhanisham Muhammad (Labu)
Penulis Skrip: Hazo Mahayuddin, Nazifdin Nasrudin, Haris M. Nor, Ariff Zulkarnain
Pelakon: Zul Ariffin, Shasha Abedul, Sofia Jane, Sabri Yunus, Normah Damanhuri, Hasnul Rahmat, Amir Nafis, Haneesya Hanee, Aila Azizul, Sadiq M. Jamil
Syarikat Produksi: Infinitus Gold Sdn. Bhd.
Pengedar: Astro Shaw
Genre: Seram / Misteri / Thriller
Durasi Tayangan: 110 minit
Tarikh Tayangan: 27 Oktober 2025 (Kemboja), 30 Oktober 2025 (Malaysia, Brunei)
Trailer:


Berlatarkan tahun 1980-an, filem Malam Terlarang mengisahkan tentang keluarga Mawar (Shasha Abedul) yang ditimpa musibah apabila mayat kakaknya, Safar (Aila Azizul) ditemui mati di kawasan paya bakau. Baru sahaja 7 bulan lepas, ibunya, Sarimah (Sofea Jane) ditimpa kemalangan lalu beransur pulih, khabar pemergian Safar buatkan keluarga mereka bergolak.

Omar (Zul Ariffin) yang terkesan dengan pemergian anak sulungnya, ingin menarik diri dari bertanding sebagai ahli politik di Kampung Pasir Larung. Namun keputusannya ditegah oleh Haji Mokhtar (Sabri Yunus) kerana ramai penaja akan tarik diri dari Parti Gerakan Negara sekiranya perkara tersebut berlaku. 


Kusut dengan hal politik dan keluarga, Mawar pula mengadu diganggu oleh roh Safar dan hantu yang menyeramkan. Haji Mokhtar sedar Omar tak percaya dengan perkara tahyul tapi pada musim bertanding, hal ghaib tak boleh dipandang ringan kerana Haji Wahid (Hasnul Rahmat) akan guna pelbagai cara untuk kalahkan Omar dalam pilihanraya. 

‘Om kalau tak percaya pasal tahyul sekalipun, perangai orang ni kita kenal kan macam mana.’- Haji Mokhtar


Filem Malam Terlarang arahan Nurhanisham Muhammad (Labu) mengangkat ritual pemujaan pantai yang pernah diamalkan pada tahun 80-an oleh mayarakat Nusantara – Malaysia, Indonesia, Siam dan lain-lain. Dalam nakshah Malam Terlarang juga menampilkan mitos legenda dewi laut Nusantara bernama Pamakbul. 

Penceritaan Malam Terlarang bersifat non-linear bila penulis masukkan babak flashbacks dan mimpi untuk elemen seram juga misteri. Dekat first half tertanya-tanya siapa pembunuh Safar kemudian penulis merungkai pula permusuhan antara Omar dan Haji Wahid. Rasa macam dah bijak sebab berjaya teka siapa teman lelaki Safar macam ditunjuk dalam trailer filem tapi bila masuk second half, jadi tak sanggup nak terima jawapan tu. 


Seronok layan filem Malam Terlarang sebab selama ni tengok penceritaan yang berunsurkan mitos legenda dalam naskhah-naskhah negara jiran tapi tak sangka Infinitus Gold Sdn. Bhd. dengan kerjasama Astro Shaw mengangkat naskhah yang sarat dengan budaya Nusantara dalam genre seram thriller. 

Selain latar budaya masyarakat yang memilih jalan gelap, budaya berpakaian masih belum dipengaruhi sepenuhnya oleh Barat dan fesyen moden. Walaupun Mawar lebih selesa dengan shirt dan seluar, tapi Sarimah tetap dengan kebaya, sesuai dengan gelarannya, Ratu Kebaya. 

Kudos to props and art department yang tanpa gagal menyuntik elemen 80-an dalam filem Malam Terlarang. Babak Mawar dengar kaset rakaman dia dan Safar nyanyi lagu Dua Insan Bercinta – Ella. Zaman Ratu Rock tengah mendunia. Gambar-gambar Safar penuh dengan elemen rock metal yang popular di era tersebut. Babak Omar mengamuk dengan Haji Wahid pula diselitkan dengan ulasan bola sepak zaman Mokhtar Dahari. 


Kagum dengan rumah keluarga Omar yang bersifat open concept, sesuai lah dengan karakter keluarga Omar yang selalu terima tetamu alam nyata dan alam ghaib. Tapi tak seram pula keluarga Omar ni duduk dekat situ sebab tak jauh dari bilik Omar ada kubur. Music score dari Monoloque menjadi sinergi kukuh kepada sinematografi dari Labu. 

Kekuatan utama filem Malam Terlarang adalah pada lakonan Shasha Abedul sebagai watak protagonis utama yang mempunyai prinsip dan cita-cita sendiri. Gandingan Shasha dan Zul Ariffin adalah gandingan yang tak pernah terbayang akan tampilkan dinamik yang kuat. Rasa connected dan invested bila layan perjalanan dua-beranak dalam situasi genting. 


Boleh nampak dari awal lagi Mawar adalah anak kesayangan Omar sebab impian dia untuk jadi wartawan disokong sepenuhnya. Sepanjang masa Mawar bawa kamera Olympus dia. Kalau nak kata Omar abaikan keluarga sebab nak berpolitik pun tak juga sebab jelas sangat Mawar rapat dengan Omar. Ketara perbezaannya bila Mawar dengan Omar dan bila Mawar dengan Sarimah. Dengan Sarimah, dia teragak-agak nak bercakap tapi bila dengan Omar, tentang boyfriend Safar, tentang hantu, tentang Aini atau tentang ‘sentuh’ semuanya dia bagitahu Omar. 

Walaupun Omar tak lah banyak bercakap dengan keluarga tapi comel tengok dia marah Mawar bila anak dia nak keluar cari petunjuk kematian Safar. Babak Omar suruh Mawar masuk bilik lepas kunci laci tu pun menjadi padahal guna gesture badan semata.  

Bak kata produser filem Babah (2024), filem yang tonjolkan kasih sayang anak perempuan dengan bapa tersangatlah jarang tapi dua tahun berturut-turut, ada filem tempatan yang mengangkat tema sama dengan cemerlang. 


For me, pace filem Malam Terlarang boleh dilajukan lagi atau pendekkan babak klimaks sebab babak Safar dengan Mak Noni (Normah Damanhuri) tu boleh kembangkan lagi. Lambat sikit nak faham macam mana Safar boleh minta tolong Mak Noni dan apa yang Mak Noni buat masa tu. Babak gangguan pun boleh ditambah lagi. 

Rasanya lepas filem seram Pusaka (2019), filem Malam Terlarang adalah filem seram yang mempunyai penceritaan yang kuat, sarat dengan mesej sosial dan konflik perasaan yang tinggi. Jijik bila tahu apa yang perlu dilalui oleh Safar dan Mawar hanya kerana untuk puaskan tamak haloba manusia. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.4/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.