Pengarah: Umi Salwana Omar
Penulis Skrip: Rafidah Abdullah, Hadi M. Nor, Shamaine Othman, Suzanne Ong, Azhar Amirulhisyam
Pelakon: Siti Khadijah Halim, Sophia Albarakbah, Ikmal Amry, Fimie Don
Syarikat Produksi: Red Communications
Penyiaran: VIU, Astro Ria (Slot DramaVaganza)
Genre: Romantik / Komedi / Drama
Jumlah Episod: 10 Episod (25–30 minit minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 21 September 2023 – 14 November 2024
Trailer:
Kisah bermula dengan Karma (Siti Khadijah Halim) yang menipu untuk mendapatkan kerja sebagai pembantu peribadi pelakon terkenal, Bianca Rozario (Sophia Albarakbah) semasa berada di Saga, Jepun nanti. Kerana pandai mengambil hati Aunty Kathy (Vanidah Imran) semasa temuduga, Karma diterima bekerja dan diberi tugas untuk mengintip pergerakan Bianca dan videographer bernama Bob (Fimie Don).
Aunty Kathy syak anak perempuannya ada hubungan cinta dengan Bob tanpa pengetahuan dia sebab mereka berdua pergi dua hari lebih awal sebelum tarikh shooting di ladang teh di Saga. Karma yang teruja dapat bekerja dengan Bianca terus bersetuju dengan misi yang diberikan oleh Aunty Kathy.
Karma ada hajat untuk berkawan rapat dengan Bianca dan secara tak langsung engagement dia di media sosial akan melonjak naik. Bob juga bekerja dengan Bianca sebagai batu loncatan untuk kerjanya dikenali orang industri. Hanya dia seorang sahaja yang kenal luar dan dalam Bianca. Bob nasihatkan Karma supaya akur sahaja dengan permintaan Bianca dan itu cara dia survive selama dua tahun bekerja.
Masalahnya, Karma tak faham pun Bahasa Jepun dan penipuan dia terbongkar apabila bertemu dengan Sham (Ikmal Amry). Sepanjang berada di Jepun memang banyak sangat kesilapan yang Karma buat tapi dia cuba untuk selesaikan semua masalah yang ada. Disebabkan usaha Karma, Sham mula jatuh hati. Bianca pula suka dengan Sham sebab gentleman sedangkan Bob dah lama pendam perasaan pada Bianca.
Naskhah kisah cinta empat segi merupakan hasil sutradara Umi Salwana Omar yang popular dengan naskhah Gol dan Gincu Vol. 2 (2018), Sa Balik Baju (2021) dan Seribu Nina (2022). Perjalanan From Saga With Love menepati citarasa genre rom-com yang santai, komedi, romantik dan menghiburkan.
Watak Karma dalam drama sepanjang 10 episod ni tak lah disukai sangat tapi boleh diterima sebab dia buat masalah tapi dia berusaha juga selesaikan. Jadi boleh faham lah kenapa Sham boleh suka dengan keletah Karma walaupun karakter Sham jauh berbeza dengan Karma. Dia lebih tenang dan cuba untuk elak mencipta masalah tapi Sham pun ada masalah yang besar untuk dia selesaikan.
Sama juga dengan watak Bianca yang tak sebulu dengan Aunty Kathy. Ada saja perbalahan dari mereka berdua sebab masing-masing pun keras kepala. Betul lah macam Bob kata, Bianca tu okay je tapi bila dia stress dengan mak dia habis semua orang terkena tempias.
Watak Bianca pun solid juga sebab dia tahu apa dia nak dalam hidup. Cara dia mungkin mudah buatkan orang salah faham tapi macam dia bagitahu dekat Karma, kalau orang buat kerja okay, dia pun tak ada masalah. I memang tak boleh nak relate dengan watak Karma sebab I’m more to Bianca’s type tapi itu lah, kalau Karma tak buat hal mungkin banyak benda yang semua watak tak dapat belajar.
Yang seronoknya bila menonton From Saga With Love, bukan setakat tengok perjalanan kisah cinta empat segi tapi banyak juga pengajaran tentang kehidupan diselitkan. Baik dari watak utama mahupun watak sampingan. Gabungan penulis yang mempunyai chemistry dalam mewujudkan perjalanan cerita yang sebenarnya berat tapi terlihat santai dan mudah untuk diterima. I repeat 3 kali pun masih hasilkan reaksi dan emosi yang sama macam pertama kali menonton.
Sebelum ni terkejut tengok lakonan Sofia Albarakbah dalam drama Bisik Asmara (2025) sebab berbeza dengan naskhah yang lain tapi tak sangka dia memang boleh berlakon cuma salah pilih projek je. Dalam drama From Saga With Love pun tak nampak dia kekok tapi cemerlang sebagai Bianca Rozario. Nama dia a bit cringe tapi personaliti dia on top.
I know I’m a bit late sebab tunggu drama ni masuk iQiyi since dah subscribe dekat situ tapi thanks to Viu buat promo dengan harga lebih rendah. Malas nak subscribe banyak platform sebab buat masa sekarang I dah premiumkan Youtube, Netflix dan iQiyi tapi tak ada masa pun nak layan semua content dekat semua platform ni.
Keunikan From Saga With Love adalah terletak pada keindahan kota Saga yang jarang dipilih sebagai destinasi perlancongan. Selalunya orang akan pilih Osaka dan Tokyo tapi From Saga With Love tampilkan beberapa tempat menarik di Saga, Jepun. Ladang teh tempat Bianca shoot iklan teh hijau tu pun cantik. Seronok tengok Ikmal Amry buat pottery dekat bengkel Akiro Shishou.
Tak pasti berapa lama Ikmal ambil masa untuk belajar pottery tapi babak dia semuanya nampak real dan menenangkan. Mungkin cara Ikmal bercakap dalam Bahasa Jepun tak lah fasih sangat tapi not bad lah, better lah dari Karma yang arigatou, ari…gatou, ari gatou, arigatou. Ikmal pun ada mention yang dia cuma hafal skrip untuk semua dialog Jepun.
Wardrobe untuk semua watak pun sesuai dengan karakter setiap watak. Macam Bianca haruslah fashionista sebab dia adalah Bintang popular sejak kecil lagi. Karma lebih kepada pop colours tapi gabungan warna mengena. Cantik sangat masa dia pakai outfit oren terang dan biru. Ataupun overall dengan top warna kuning berbelang hitam. Sham pun nampak sesuai dengan personality dia yang selesa dalam berpakaian kemeja loose ala kimono.
Drama From Saga With Love ni rasanya kerjasama Menteri Perlancongan Jepun dengan Malaysia sebab bukan saja ada pelbagai budaya masyarakat Jepun, makanan dan cara hidup dipamerkan malah makanan tempatan Malaysia pun dimasukkan dalam drama. Terkejut tengok babak Sham dengan Bob makan dekat Malaysia sebab masa dekat Jepun, Sham makan onigiri dengan sandwich je tapi bila balik Malaysia memang bersungguh dia melantak sampai ke malam.
I have fun watching From Saga With Love dan tak sangka boleh suka dengan OST Cinta dari Amir Jahari sebab genre musik dia bukan taste tapi yang ni fun dan menarik liriknya.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.