Drama Review | Seribu Nina (2022)

Friday, 12 December 2025


Pengarah: Umi Salwana Omar 
Penulis Skrip: Nazri Vovinski, June Tan, Azhar Amirulhisyam, Hazo Mahayuddin, Baizura Kahar
Pelakon: Adriana Adnan, Syafiq Kyle, Marsha Milan, Adlin Aman Ramlie, Fahmy Reza, Nadia Aqilah, Chelsia Ng, Riezman Khuzaimi, Arash Mohamad, Roniey Shahrul, Kimberly Chuah
Syarikat Produksi: Infinitus Entertainment 
Penyiaran: Viu, iQiyi
Genre: Romantik / Komedi / Sains Fiksyen
Jumlah Episod: 10 Episod (50-55 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 19 Mei 2022 – 16 Jun 2022
Trailer: 


‘Date dengan you rasa macam date dengan orang lain…. sebab masa you berputar lain sikit daripada orang.’ - Amar

Amar merupakan pensyarah muda dengan personaliti yang teliti dan sentiasa merancang untuk mengelakkan sebarang risiko terjadi dalam hidup sementara kekasihnya, Nina (Adriana Adnan) lebih bebas dan bersikap spontan. Amar sentiasa luangkan masa di Café Roman, kafe tempat Nina bekerja. Namun setelah 3 tahun bercinta, Amar masih teragak-agak untuk melamar Nina menjadi isteri.


‘Tiada yang sempurna, Amar. Manusia tak sempurna. That’s why they get together, couple, getting married supaya diorang boleh complete each other. Tahu tak Amar punya masalah apa? Masalah Amar ialah Amar melihat semua benda sebagai risiko. Sometimes, you just have to go for it.’ – Firdaus

Ketika Amar masih tercari-cari jawapan sama ada Nina adalah orang yang tepat sebagai pasangan hidup, Nina pula bertemu dengan Didi (Marsha Milan) yang berniat untuk bawa dia pulang ke dimensi asalnya. Nina berkeras tidak mahu ikut Didi hingga dia diburu oleh pemburu upahan yang ditugaskan oleh Orang Besar (Arash Mohamad). 


Penculikan Nina disaksikan oleh Amar sendiri hingga dia bekerjasama dengan Didi mencari Nina di beberapa dimensi. Didi menggunakan alat untuk lompat ke dimensi lain bersama Amar. Perjalanan Amar menyelamatkan Nina buatkan dia sedar apa yang telah dilakukan oleh Nina sejak mereka bertemu di Café Roman. 

Naskhah Seribu Nina arahan Umi Salwana Omar yang pernah mengarah filem Kami Histeria (2014), Gol & Gincu Vol. 2 (2018) dan Sa Balik Baju (2021) menggunakan genre romantik komedi untuk mengangkat kisah cinta berbeza personaliti antara Amar dan Nina. 


Uniknya, penceritaan Seribu Nina menggunakan konsep multiverse di mana setiap dimensi mempunyai perbezaan budaya dan gaya hidup jadi setiap Nina yang dijumpai oleh Amar mempunyai karakter yang tersendiri. Amar juga jumpa watak Amar dan Sado (Fahmy Reza) yang berlainan personaliti dan karakter cuma tak lah menjadi fokus sangat sebab naskhah ini lebih terarah pada Nina. 

Dimensi yang wujud ni juga macam dunia what if dari setiap manusia macam what if dunia ni tak ada lelaki jadi dimensi 890 mempunyai penduduk perempuan yang membesar tanpa lelaki. Dimensi 350 pula dimensi yang tiada peraturan dan banyak lagi. Tak sangka lah drama tempatan boleh mengangkat tema multiverse tanpa terlihat cringe atau dangkal sebaliknya menarik untuk ditonton. 


Walaupun Adriana Adnan baru pertama kali berlakon sebagai watak utama dan banyak lagi watak sampingan yang lain, lakonan dia sangat meyakinkan. Tajuk sahaja Seribu Nina tapi Nina yang muncul tak lah sebegitu ramai. Priyanka Chopra pun pernah berlakon untuk watak yang banyak dalam satu filem, What's Your Raashee? (2009) sampai tercalon sebagai Pelakon Wanita Terbaik. Tak pasti lah untuk Adriana macam mana but for me, she really did a great job as Nina. Bila dia sedih dan kecewa dengan tindakan Amar, I can feel it too. 


Chemistry Adriana dengan Syafiq Kyle menghidupkan lagi dunia romantik komedi Seribu Nina sampaikan 10 episod terasa pendek. Setiap perbincangan antara Amar dan Nina menarik dan mempunyai mesej yang tersendiri. I suka bila penulis masukkan rasa unik yang Amar rasa setiap kali Nina ada di sekitar dia buatkan kita yakin yang pasangan dalam naskhah ni akan dapat happy ending. 

Dinamik Syafiq dengan Marsha pun membantu pengembaraan antara dimensi terasa menghiburkan. Lakonan Marsha sebagai polis tempoh percubaan pun kelakar  bila dia bersahaja dengan mimik muka yang pelbagai. Watak Didi ekstra lah sikit sebab ada stunt action dan semuanya dilakonkan sendiri oleh Marsha kerana dia nak nampak real on camera. Usaha Marsha training lebih masa tu berbaloi lah walaupun tak banyak babak aksi dia. 


Dialog dari barisan penulis antara kekuatan siri Seribu Nina kerana menyokong genre utama. Selain kisah romantis, Seribu Nina juga mempunyai sub-plot tentang pemerkasaan wanita dan kehidupan. Banyak watak yang wujud untuk nasihatkan Amar malah Amar sendiri sedar yang sikap dia terlalu berjaga-jaga buatkan dia terlepas banyak benda dalam hidup dan bahayakan hubungan dia dengan Nina juga. 


Sinematografi dari Mohd Roslan Jalaluddin banyak membantu perjalanan Seribu Nina didukung pula dengan muzik latar yang menarik. Bila masuk babak romantis, pengarah masukkan musik latar yang soothing buatkan momen antara Amar dan Nina terlihat awwdorable. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.