Pengarah: Han Ji-won
Penulis Skrip: Kang Hyun-joo, Han Ji-won
Pelakon: Kim Tae-ri, Hong Kyung, Ahn Young-mi, Sharon Kwon, Kang Goo-han, Yoon A-young, David John Robbin
Syarikat Produksi: Climax Studio, Netflix Animation
Pengedar: Netflix
Genre: Romantik / Drama
Durasi Tayangan: 96 minit
Tarikh Tayangan: 30 Mei 2025
Trailer:
Mengisahkan Nan-young (Kim Tae-ri), angkasawan muda yang mengikut jejak langkah mendiang ibunya, Son Ji-young (Ahn Young-mi) bekerja di angkasa. Nan-young mempunyai rencana lain menjadi angkasawan kerana dia ingin menyiasat kehilangan ibunya setelah dihentam meteor. Walaupun dunia mengesahkan kematian ibunya tapi Nan-young percaya ibunya masih di luar sana menunggu untuk diselamatkan.
Ketika pulang bercuti di Korea seperti yang diarahkan oleh Kapten Jared (David John Robbin), ketua ekspedisi ke Marikh, Nan-young mencari kedai yang boleh membaiki vinyl player milik mendiang ibunya. Ramai yang menolak kerana vinyl player tersebut sudah lama dan tak lagi dijual jadi alat ganti mungkin sukar untuk dicari.
Di sana dia berjumpa dengan Jay (Hong Kyung), lelaki muda yang mempunyai bakat suara lunak namun pinggirkan impian tersebut. Kebetulan Jay adalah pencipta lagu yang diminati oleh Nan-young dan perkara tersebut buatkan mereka berdua dengan mudahnya mesra dan jatuh suka antara satu sama lain.
Naskhah romantik drama Lost in Starlight merupakan arahan dan penulisan Han Ji-won yang menggabungkan kisah sains fiksyen dan cinta. Filem Lost in Starlight merupakan filem animasi pertama yang diterbitkan oleh Netflix selepas peningkatan penonton di Asia.
Perjalanan kisah cinta Nan-young dan Jay diuji melangkaui jarak antara Seoul dan planet Marikh dan latar masa tahun 2050 digunakan untuk menghidupkan dunia berkonsepkan futuristik. Pelbagai teknologi dimasukkan untuk memaparkan kehidupan di masa hadapan yang bergantung penuh dengan AI dan robot. Macam babak Nan-young berbual dengan Rosa secara virtual dan Nan-young boleh mengawal saiz hologram Rosa (Sharon Kwon). Pengangkutan di Seoul juga bertambah melalui pengangkutan udara dengan penggunaan teksi dron.
Awalnya nak layan filem Lost in Starlight untuk hilangkan bosan tapi tak sangka jalan cerita antara Nan-young dengan Jay agak seronok untuk ditonton. Trauma yang dialami oleh kedua-dua watak buatkan personaliti watak-watak utama lebih meyakinkan dan kuat. Filem ni terarah sepenuhnya pada dua watak utama dan banyak perbualan bersama tapi seronok je layan momen romantik mereka berdua.
Mungkin juga jadi seronok sebab tona suara Kim Tae-ri dengan Hong Kyung berubah mengikut emosi dan suasana dalam babak-babak tertentu. Macam babak Jay dengan Nan-young berbual tentang minat awal Jay dalam musik, suara Tae-ri berubah jadi teruja dan comel. Sama juga bila Nan-young bawa Jay ke planetarium untuk tunjukkan sisi angkasawan kepada Jay. Tona suara dia lembut dan bahagia bila Jay ambil kisah tentang kerjaya dia.
Visual yang digunakan antara kekuatan filem Lost in Starlight dengan penggunaan warna yang menarik dan moden. Tapi ada masanya watak Nan-young dan Jay nampak tak kemas atau berubah-ubah. Susah nak describe sebab tak reti sangat bab animasi tapi visual dia tak cantik, kadang cengkung, kadang okay. Nampak creepy pun ya juga.
Kelemahan filem Lost in Starlight terletak pada babak klimaks yang berlaku apabila Nan-young terkandas di tempat asing. Mungkin sebab tak arif tentang angkasa atau program angkasawan so babak ni mengelirukan lah bila Nan-young terjumpa ladang bunga Amur Adonis dan sebagainya. Boleh jadi Nan-young berkhayal sebab hilang oksigen tapi ada sesuatu yang buatkan ianya tampak nyata.
Kalau ikutkan, pengarah boleh hasilkan filem sebenar tanpa latar masa atau latar tempat futuristik sebab kebanyakan momen Jay dan Nan-young berlatarkan bumi dan perbualan biasa tanpa melibatkan penggunaan teknologi canggih. Dia macam pergi jauh tapi sebenarnya tak mampu keluar dari zon biasa. But I appreciate the effort.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 7.7/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.