Ramai yang tertanya-tanya langkah untuk bercerai atau apa yang perlu dilakukan sekiranya telah berlakunya lafaz cerai. Memandangkan ramai yang telefon Pesuruhjaya Sumpah untuk rujukan langkah awal untuk bercerai, disenaraikan langkah-langkah awal sebelum menuju ke Mahkamah Syariah bagi mendaftar kes penceraian anda.
1. Download Borang Tuntutan Cerai
Pergi ke laman web Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dan download borang tuntutan cerai di situ. Guna ruangan cari dengan taip kod 055 seperti dalam gambar di bawah. Ada dua dokumen sama ada dalam format Word atau PDF tersedia untuk dimuat turun.
2. Isi Butiran Peribadi
Langkah kedua ialah isi butiran peribadi anda sebagai pemohon dan Plaintif serta butiran peribadi pasangan sebagai Defendan selengkapnya secara bertulis dengan jelas dan mudah dibaca untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.
3. Sediakan Dokumen Sokongan
Langkah ketiga, sediakan semua dokumen sokongan yang diperlukan mengikut keperluan Mahkamah Syariah Selangor:
i. Borang Akuan (1 set asal, 2 set salinan)
- perlu ditandangani di hadapan Hakim Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen, hadapan Pesuruhjaya Sumpah atau Notari Awam yang beragama Islam sahaja.
- Paling mudah berurusan dengan Pesuruhjaya Sumpah yang berdekatan dengan Mahkamah Syariah. Untuk Mahkamah Syariah Petaling, boleh hubungi Pn. Nikmatul Fariha yang beralamat di 36-2, 1st Floor, Jalan Nova K U5/K, Subang Bestari, dengan nombor telefon 018-3701802, waktu pejabat dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
- Harga bayaran untuk Borang Akuan ialah RM10.00 per set, boleh dibayar secara tunai, QR atau T&G selepas selesai berurusan.
- Hanya Pemohon/Plaintif sahaja perlu hadir di hadapan Pesuruhjaya Sumpah dan bawa kad pengenalan atau pasport fizikal untuk tujuan pengesahan.
i. Bahawa saya *Nama Pemohon/Plaintif* Kad Pengenalan bernombor *No. K/P Pemohon/Plaintif* beralamat di *alamat terkini Pemohon/Plaintif* dengan sesugguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa:
ii. Saya yang bernama
*Nama Pemohon/Plaintif* No. K/P / Pasport: *No. K/P Pemohon/Plaintif* adalah Plaintif di dalam kes ini yang kini tinggal di *alamat terkini Pemohon/Plaintif* dan merupakan *isteri/suami* kepada Defendan serta bekerja sebagai *jawatan pekerjaan Pemohon/Plaintif* pendapatan sebanyak RM ...... sebulan.
iii. Defendan bernama *Nama Pasangan/Defendan* No. K/P / Pasport: *No. K/P Pasangan/Defendan* adalah merupakan suami/isteri (potong yang tidak berkenaan) Plaintif yang sah di sisi Hukum Syarak beralamat di *alamat terkini Pasangan/Defendan* bekerja sebagai *jawatan pekerjaan Pasangan/Defendan* pendapatan sebanyak RM ...... sebulan.
iv. Saya dan Defendan telah bernikah pada tarikh *tarikh mengikut Sijil Nikah* di *tempat nikah mengikut Sijil Nikah*
v. Saya dan Defendan *pernah/ tidak pernah bercerai (potong yang tidak berkenaan) pada tarikh …………….… dengan talaq …………. dan telah *ruju’/ nikah (potong yang tidak berkenaan) semula pada tarikh …………………
vi. Hasil perkahwinan tersebut, Plaintif dan Defendan telah dikurniakan …… orang anak:
vi. Saya ingin memohon cerai atas alasan-alasan seperti berikut:
- nyatakan alasan untuk bercerai seperti tidak sehaluan, tidak sekufu, berlaku penderaan fizikal atau lisan dan sebagainya.
- sekiranya alasan melebihi ruang yang disediakan, gunakan lampiran dan sertakan di helaian kedua Borang Akuan.
vii. Langkah-langkah yang telah diambil untuk mencapai perdamaian (jika ada):
- nyatakan langkah-langkah berdamai sekiranya ada.
- nyatakan tiada sekiranya tiada.
- sekiranya langkah-langkah melebihi ruang yang disediakan, gunakan lampiran dan sertakan di helaian kedua Borang Akuan.
ii. Borang Maklumat Diri (1 set)
- untuk diisi oleh Pemohon/Plaintif dan diisi menggunakan
HURUF BESAR.
iii. Salinan Kad Pengenalan Pemohon (1 salinan)
- salinan kad pengenalan / pasport dalam saiz asal yang jelas dan mudah dibaca.
iv. Borang Pengesahan Pemastautinan (1 set asal, 2 set salinan)
- Jika alamat di dalam kad pengenalan bukan dalam bidangkuasa daerah tersebut, isi Borang Pengesahan Pemastautinan atau bawa bil elektrik atau bil air atas nama Plaintif/Defendan.
v. Salinan Surat Perakuan Nikah/ Ruju’ (1 salinan)
vi. Salinan Sijil Kelahiran Anak/ Kad Pengenalan Anak (1 salinan)
vi. Laporan KAGAT sekiranya salah satu pihak Plaintif/Defendan ialah anggota tentera. (1 salinan)
vii. Laporan Pejabat Agama Islam (Jika ada) (1 salinan)
viii. Dokumen-dokumen lain yang berkaitan (jika ada) (1 salinan)
Selepas lengkap semua dokumen diisi dan dicop oleh pihak sepatutnya baru boleh daftar di Mahkamah Syariah. Waktu berurusan dengan Mahkamah Syariah sebaiknya pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengahari.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.