Bila update review untuk naskhah Bollywood mesti ada yang komen dah tak kenal pelakon Bollywood sekarang. Alang-alang pelakon baru tengah melonjak naik, why not update senarai pelakon baru Bollywood. Mana lah tahu nanti you guys boleh refer entry ni.
Senarai pelakon baru ni dari tahun 2023 hingga 2025 sebab dalam masa 3 tahun ni pun dah ramai yang berlumba nak jadi pelakon. Ada antara nama yang dikenali dan mungkin baru dikenali walaupun pernah menjadi tumpuan.
1. Agastya Nanda
Anak saudara Abhishek Bachchan dan cucu Amitabh Bachchan juga Jaya Bachchan menjadi tumpuan apabila namanya muncul sebagai debutante dalam filem The Archies (2023). Nama Agastya bukan sesuatu yang asing dalam dunia Bollywood kerana ibunya juga selalu membuat penampilan di hadapan media walaupun tidak berkecimpung dalam dunia hiburan.
Bukan saja berketurunan Bachchan, ayah Agastya merupakan anak kepada Ritu Kapoor iaitu anak pelakon lagenda Bollywood, Raj Kapoor. Agastya menyambung pelajaran di Seven Oaks School, London kemudian pulang ke India dan mulakan perjalanannya sebagai pelakon di Bollywood.
Agastya juga menjadi tumpuan pihak media kerana kisah cinta bersama anak perempuan tunggal Shah Rukh Khan, Suhana Khan.
2. Khushi Kapoor
Anak perempuan bongsu kepada SriDevi dan produser Boney Kapoor memilih untuk debut dalam filem arahan Zoya Akhtar bersama barisan pelakon baru yang lain. Kushi Kapoor seringkali menjadi perhatian media dan peminat kerana kecantikannya dan juga pertalian saudara dengan pelakon popular dari keturunan Kapoor.
Adik kepada Arjun Kapoor dan Janhvi Kapoor merupakan sepupu kepada Sonam Kapoor, Rhea Kapoor, Harshvardhan Kapoor dan Shanaya Kapoor. Khushi juga sering menjadi pilihan pereka fesyen terkenal di Bollywood kerana tubuh badannya yang tinggi lampai juga lansing. Selain perjalanan kerjayanya, nama Khushi sering menjadi perhatian kerana kisah cinta bersama pelakon kacak, Vedang Raina.
3. Vedang Raina
Sering menjadi perhatian sejak zaman kolej, Vedang yang mempunyai minat dalam muzik mendapat tawaran untuk debut dalam filem The Archies (2023). Berketurunan Kashmir dan membesar di Mumbai dan mempunyai Degree in Business Management di Narsee Monjee Institute of Management Studies (NMIMS). Vedang menjadi bualan hangat kerana ketampanan wajah dan gaya maskulinnya.
Vedang debut dalam filem komersial berjudul Jigra (2024) bersama Alia Bhatt dan mendapat peluang untuk tonjolkan suara lunaknya dalam lagu Phoolon Ka Taaro Ka. Vedang bakal muncul dalam filem arahan Imtiaz Ali dan bakal menjadi Prem terbaru dalam filem arahan Sooraj Barjatya.
4. Suhana Khan
Anak kedua kepada bintang terkenal Bollywood sentiasa menjadi bualan para peminat filem Hindi sama ada akan mengikut jejak langkah ayahnya atau sebaliknya. Suhana mula buat kemunculan setelah tamat belajar di Dhirubhai Ambani International School, Ardingly College, London dan major pembikinan filem di Tisch School of the Arts, New York.
Selain debut dalam filem The Archies (2023) arahan Zoya Akhtar, Suhana juga membuat penampilan dalam siri Fabulous Lives of Bollywood Wives kerana persahabatan akrabnya bersama Shanaya Kapoor dan Ananya Panday.
5. Junaid Khan
Junaid seringkali mengelak apabila disoal tentang dunia lakonan namun kejutan dilakukan oleh anak sulung Aamir Khan dengan muncul dalam filem Maharaj (2024) tayangan rasmi Netflix. Lakonannya mendapat pujian sebagai watak utama di samping pelakon senior, Jaideep Ahlawat. Junaid kemudiannya debut dalam filem komersial berjudul Loveyapa (2025) bersama Khushi Kapoor dan bakal berlakon bersama Sai Pallavi.
Junaid belajar dalam bidang perniagaan kemudian melanjutkan pelajaran di New York untuk art major. Dia pernah mencari pengalaman dalam dunia perfileman dengan membantu Aamir Khan di set PK (2014).
6. Sharvari Wagh
Sebelum debut dalam filem Bunty Aur Babli 2 (2021) bersama Shiddhanth Chaturvedi, Saif Ali Khan dan Rani Mukherji di bawah terbitan YRF, Sharvari bekerja sebagai assitant director untuk filem-filem popular seperti Pyaar Ka Punchnama 2 (2015), Bajirao Mastani dan Sonu Ke Titu Ki Sweety (2018).
Walaupun debut dalam filem dengan nama-nama besar, di bawah terbitan YRF, nama Sharvari mula menjadi popular setelah menjadi heroin dalam filem Munjya (2024) bersama Abhay Verma dan dalam filem Maharaj (2024) bergandingan bersama Junaid Khan. Sharvari bakal digandingkan bersama Alia Bhatt dalam filem Alpha, instalment ketujuh untuk YRF Spy Universe.
7. Abhay Verma
Setelah gagal dalam bidang Sains dan BBA di universiti, Abhay mengikut jejak langkah abangnya, Abhishek Verma untuk mencari peluang dalam bidang lakonan. Abhay Verma mula mendapat perhatian untuk watak sampingan dalam drama bersiri The Family Man 2 (2021).
Abhay kemudiannya debut dalam filem Ae Watan Mere Watan bersama Sara Ali Khan namun menjadi popular setelah tayangan filem Munjya (2024) di samping Sharvari Wagh. Abhay Verma menjadi chocolate boy terbaru di Bollywood kerana senyuman menawannya.
Abhay bakal muncul dalam filem romantik bersama Rasha Tadani dalam filem Laikey Laikaa arahan Saurabh Gupta juga filem King bersama Shah Rukh Khan dan Deepika Padukone.
8. Ibrahim Ali Khan
Sejak anak sulung Saif Ali Khan dan Amrita Singh jadi perhatian dengan debutnya dalam filem Kedarnath (2018), ramai yang bertanya-tanya bila Ibrahim a.k.a Iggy akan debut di Bollywood juga. Sampai keluar blind item yang Iggy kena tamatkan pelajaran dulu baru Saif benarkan debut. Finally Ibrahim debut dalam filem Nadaaniyan (2025) terbitan Dharma Productions di Netflix kemudiannya muncul dalam filem Sarzameen (2025) bersama Kajol Devgn.
Walaupun menerima kritikan untuk lakonannya, Iggy tidak berpatah semangat untuk kekal berlakon di Bollywood dan mohon diberikan peluang sehingga dia berjaya buktikan kredibilitinya sebagai pelakon sama seperti ayah dan ibunya juga neneknya, Sharmila Tagore.
9. Pashmina Roshan
Sepupu Hrithik Roshan merupakan anak perempuan sulung kepada Rajesh Roshan dan pasangannya, Kanchan Roshan. Minat untuk menjadi pelakon muncul apabila sentiasa berada di set bersama pakciknya, Rakesh Roshan yang juga merupakan salah seorang pengarah filem ternama di Bollywood era 2000.
Pashmina melanjutkan pelajaran di UK dalam seni dan media kemudian pulang setelah menamatkan pelajaran di sana. Setelah menjalani beberapa ujibakat, Pashmina debut dalam filem Ishq Vishk Rebound (2024) bersama Rohit Saraf dan Jibraan Khan.
10. Jibraan Khan
Sejak kecil Jibraan sudah menjadi tumpuan ramai kerana lakonannya sebagai anak Rahul dalam filem Kabhi Kushi Kabhi Gham (2000). Namun perjalanan dalam dunia perfileman agak berliku kerana tidak mendapat peluang untuk debut dalam filem walaupun menyertai banyak ujibakat. Jibraan pernah bekerja sebagai pembantu pengarah untuk filem Brahmāstra: Part One – Shiva (2022).
Jibraan akhirnya mendapat peluang untuk debut dalam filem Ishq Vishk Rebound bersama Pashmina Roshan dan Rohit Saraf.
11. Lakshya
Talent baru dari Dharma Productions bernama Lakshya Lalwani antara nama yang percaya dengan usaha dan bakat lakonan. Lakshya memulakan karier lakonan dari siri TV sejak tahun 2015 kemudian mendapat tawaran berlakon dalam filem.
Sepatutnya Lakshya debut dalam filem Dostana 2, bergandingan dengan Kartik Aryaan dan Janhvi Kapoor pada tahun 2019 tapi projek ditunda kerana Covid. Kemudiannya plan untuk debut dalam filem Bedhadak bersama Shanaya Kapoor namun sekali lagi filem dibatalkan. Akhirnya Laskhya debut dalam filem Kill (2024) dengan genre aksi.
Nama Lakshya menjadi bualan ramai apabila menjadi pelakon utama dalam web series Ba***ds of Bollywood (2025) arahan Aryan Khan.
12. Nitanshi Goel
Menggondol anugerah setelah debut dalam filem Laapata Ladies (2024) dan mencuri perhatian dengan penampilannya yang bergaya di Cannes 2025, Nitanshi Goel menjadi salah seorang pelakon Gen Z berbakat di Bollywood. Sebelum berkecimpung dalam dunia lakonan, Nitanshi merupakan Miss Pantaloons Junior Fashion Icon pada tahun 2015.
Nitanshi bakal berlakon bersama Anand Deverakonda dalam filem arahan Ekta Kapoor kemudiannya bekerja dalam filem romantik komedi bersama Abhay Verma. Nitanshi juga dikahabarkan akan berlakon dalam filem sekuel Shaadi Mein Zaroor Aana (2017).
13. Sparsh Shrivastava
Sparsh memulakan perjalanan seninya ketika di usia muda dengan bakatnya dalam bidang tarian dan muncul dalam rancangan realiti TV, Chak Dhoom Dhoom. Sparsh membintangan beberapa drama bersiri kemudian melanjutkan pelajaran.
Setelah tamat pengajian, Sparsh belum yakin untuk kembali ke dunia lakonan namun mencuba nasib dalam web series lantas mendapat pujian dari penonton. Dia kemudiannya mendapat tawaran sebagai watak utama dalam filem Laapata Ladies (2024) setelah video ujibakatnya menarik perhatian Amir Khan.
14. Veer Pahariya
Cucu kepada bekas Chief Minister, Maharashtra Sushilkumar Shinde, juga anak bongsu kepada pasangan taikun bisnes India - Sanjay Pahariya dan Smruti Shinde mempunyai minat dalam bidang seni dan hiburan. Menyertai ujibakat lakonan lalu debut dalam filem Sky Force (2025) di samping Akshay Kumar lantas mendapat pujian dari peminat dan pengkritik filem.
Veer mempunyai ramai kenalan dalam kalangan artis baru kerana abangnya, Shikhar Pahariya bercinta dengan Janhvi Kapoor. Veer juga pernah bercinta dengan Sara Ali Khan kemudian putus dan sekarang sedang hangat bercinta bersama Tara Sutaria.
15. Rasha Tadani
Anak perempuan Raveena Tandon mewarisi kecantikan ibunya dan debut dalam filem Azaad (2025) lantas menjadi bualan hangat kerana screen presence yang kuat dan meninggalkan impak menerusi item song, Uyi Amma. Rasha yang mempunyai bakat lakonan dan nyanyian juga mempunyai tali pinggang hitam Taekwondo.
Selain dikenali sebagai anak sulung Raveena Tandon yang terkenal pada era 80-an hingga 90-an, ayah Rasha, Anil Thadani merupakan pemilik kepada AA Films, salah sebuah syarikat pengedar filem yang terkenal di India.
Sebaik saja tamat pengajiannya di Dhirubhai Ambani International School, Rasha bakal berlakon dalam dua projek bersama Abhay Verma berjudul Laikey Laikaa di bawah arahan Saurabh Gupta, kemudian debut di filem Telugu bersama anak saudara Mahesh Babu iaitu Jaya Krishna berjudul Srinivasa Mangapuram.
16. Aaman Devgan
Anak saudara Ajay Devgn menempah nama sebagai pelakon Bollywood dalam filem Azaad (2025) bersama anak perempuan Raveena Tandon iaitu Rasha Tadani. Aaman berkecimpung dalam sukan gimnastik ketika zaman persekolahan dan aktif bersukan juga membantu ibunya dalam perniagaan.
17. Ahaan Panday
Abang sepupu kepada Ananya Panday, anak saudara Chunky Panday baru saja debut di Bollywood bersama Aneet Padda dalam filem Saiyaara (2025). Sebelum ni Ahaan sudah pun dikenali apabila sering menemani Ananya ke majlis-majlis besar di Bollywood. Ahaan juga rapat dengan Aryan Khan, anak sulung SRK, Ibrahim Khan dan beberapa pelakon muda di Bollywood.
18. Aneet Padda
Aneet pernah muncul sebagai watak sampingan dalam filem Salaam Venky (2022) kemudiannya berlakon dalam siri Big Girl Don't Cry. Kerana bakat lakonannya, Aneet ditawarkan untuk berlakon sebagai heroin filem Saiyaara (2025) bersama Ahaan Panday. Selain bakat, Mohit Suri juga mencari heroin filem yang mempunyai kecantikan asli sejak lahir.
Menjadi popular dengan lakonannya sebagai Vaani Batra dan memenangi beberapa anugerah, Aneet ditawarkan menjadi heroin untuk filem Shakti Shalini, instalment keenam Maddock Horror Comedy Universe di samping Lakshya Lalwani.
19. Shanaya Kapoor
Sejak tahun 2018, Shanaya mula mencuri perhatian kerana kecantikannya semasa hadir ke majlis perkahwinan Sonam Kapoor. Kemudian Shanaya menjadi bualan kerana debut di le Bal des Debutantes di Paris bersama ayahnya Sanjay Kapoor. Memori tersebut dirakam dalam siri The Fabulous Life of Bollywood Wives untuk screentime ibunya, Maheep Kapoor.
Kerana covid, projek debut Shanaya tertangguh dan beberapa projek juga ditunda kemudian akhirnya debut dalam filem Aankhon Ki Gustaakhiyan (2025) bersama Vikrant Massey dan bakal muncul dalam filem thriller Tu Yaa Main bersama Adarsh Gourav.
Menjadi bualan hangat ketika Sara Arjun muncul di trailer launch filem debutnya, Dhurandhar kerana mempunyai jarak umur sebanyak 20 tahun bersama Ranveer Singh. Sara Arjun merupakan anak perempuan kepada Raj Arjun, pelakon terkenal industri Tamil. Sebelum debut di Bollywood, Sara berkecimpung dalam dunia lakonan sebagai pelakon kanak-kanak sejak berumur 5 tahun lagi.
Kebanyakan dalam senarai adalah anak kepada bintang ternama di Bollywood dan industri lain. Hopefully, pelakon-pelakon muda ni akan meneruskan legasi keluarga sebagai pelakon dan bakal mewarnai dunia lakonan Bollywood dengan lebih rancak lagi.


















Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.