Director: Abhishek Kapoor
Writers: Ritesh Shah, Suresh Nair, Chandan Arora
Cast: Ajay Devgn, Diana Penty, Aaman Devgan, Rasha Thadani
Production Companies: RSVP Movies, Guy In The Sky Pictures
Distributor: AA Films, Netflix
Genre: History / Action / Drama
Running Time: 145 minutes
Release Date: 17 January 2025
Trailer:
Berlatarkan tahun 1920-an, zaman penjajahan British, keluarga Rai Bahadur membantu pihak British dengan tunaikan segala permintaan mereka. Jika pegawai British inginkan tanah di kampung tersebut, Tej Bahadur (Mohit Malik) akan mengusir orang kampung tanpa belas. Jika Lord Cummings (Dylan Jones) inginkan beratus lelaki untuk dihantar bekerja di Afrika, Rai Bahadur (Piyush Mishra) dengan segera fikirkan jalan. Hanya Janaki Bahadur (Rasha Thadani) yang berdiam diri dan persiapkan diri untuk menjadi isteri kepada James Cummings (Andrew Crouch).
Tanpa disangka, dalam diam dia dibenci oleh Govind (Aaman Devgan) kerana salah sangka. Akibat insiden semasa perayaan Holi, Govind lari dari kampung lalu bertemu dengan Azaad. Govind terpesona dengan kecantikan Azaad yang hitam berkilat dan tinggi perkasa. Azaad merupakan kuda kepunyaan Vikram Singh (Ajay Devgn), pemberontak terkenal di kawasan tersebut.
Govind mengekori Vikram kerana ingin cuba menunggang Azaad tapi Azaad sendiri mengamuk bila Govind cuba dekat. Azaad hanya benarkan Vikram seorang sahaja yang menunggang sejak dia kecil lagi. Pelbagai cara digunakan Govind untuk berkawan dengan Azaad tapi kesemuanya gagal.
‘Humans can be tamed with bribes. But taming a horse requires bravery and devotion.’ – Vikram Singh
Filem Azaad yang bertemakan persahabatan dan kasih sayang terhadap binatang merupakan filem arahan Abhishek Kapoor yang terkenal dengan filem Chandigarh Kare Aashiqui (2021), Kedarnath (2018) dan Kai Po Che (2013). Filem Azaad juga menjadi launching pad kepada anak perempuan Raveena Tandon iaitu Rasha Thadani dan juga anak saudara Ajay Devgn sendiri – Aaman Devgan. Sebagai pendatang baru, mereka berdua sama-sama tonjolkan bakat lakonan yang bagus seiring dengan kehendak pengarah.
Patutnya Abhishek tak perlu wujudkan love angle antara dua pelakon baru ni sebab chemistry Rasha dan Aaman tak terasa. Lebih baik biarkan watak Janaki dan Govind menjadi rakan baik yang nak bantu Azaad move on dan menang dalam pertandingan supaya dapat bebaskan orang kampung dari terus dipijak oleh penjajah. Biar Azaad je bercinta dengan kuda betina sama baka dengan dia supaya boleh hasilkan waris bermutu.
Dekat first half penulis kenalkan siapa Vikram Singh dan bagaimana dia bertemu dengan Azaad lalu patah hati setelah Kesar (Diana Penty) dirampas oleh Tej Bahadur. Ruang juga diberikan kepada Govind untuk buka mata dan faham tentang pemberontak yang sentiasa membantu orang kampung mendapatkan keadilan. Dekat second half pula Govind diberi ruang untuk bersahabat dengan Azaad dan Janaki.
Abhishek Kapoor menggunakan genre drama sebagai salah satu genre dalam filem Azaad malangnya elemen tersebut tak kuat. Filem ni ada potential bila berlaku beberapa insiden menyedihkan sampai Azaad atau Govind menangis tapi pengarah tak fokus sangat dan beralih ke babak lain. Kesian tengok Azaad masa Tej kelar peha dia tapi tak ada pun yang bantu rawat luka Azaad. Balut lah dengan dupatta or something sebelum paksa dia berlumba. Tak logik betul biar dia luka macam tu, hilang terus tema belas ihsan kepada binatang yang penulis build up dari awal cerita.
Ajay Devgn, Diana Penty, Piyush Mishra semuanya deliver watak selayaknya dalam ruang yang diberikan sebagai watak sampingan. Sama juga dengan Mohit Malik sebagai Tej Bahadur yang hati kering terhadap mana-mana makhluk sekalipun. Dalam ruang yang terhad pun, lakonan dia menyerlah sampai tinggalkan impak yang kuat. Sebelum ni dia banyak berlakon TV series, filem Azaad adalah filem pertama dia. Hope to see more Mohit Malik in commercial movies after this. Join cast The Royals untuk musim 2 pun nice jugak.
Sinematografi dari Satyajit Pande memaparkan kehidupan masyarakat kampung di kawasan bergurun dan padang pasir. Kebanyakan landskap dipaparkan dalam tona sepia untuk wujudkan suasana hangat dan tandus, sesuai dengan kawasan yang dipilih sebagai latar utama. Ada beberapa babak yang menggunakan CGI tapi tak lah mengganggu sangat.
Music album dari Amit Trivedi antara kekuatan filem Azaad terutamanya lagu remake Uyi Amma yang menampilkan Rasha Thadani. Seronok tengok screen presence Rasha dalam lagu ni, sama kuat dengan ibu dia juga yang sentiasa popular dalam lagu Tip Tip Barsa Pani. Suka tengok kecomelan Azaad dalam lagu Azaad Hai Tu dendangan Arijit Singh.
Macam mana comelnya Azaad dalam filem ni, macam tu lah juga dia dekat luar sebab masa trailer launch filem Azaad, kuda hitam menawan ni ada buat kemunculan istimewa. Shoooo cute!
1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.6 = 7/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.