EJEN ALI THE MOVIE 2 BAWA PENONTON MENYELAMI FASILITI MATA DAN DUNIA CYBERAYA DENGAN LEBIH TERPERINCI!

Tuesday, 13 May 2025


Ejen Ali The Movie 2 bukan sekadar sekuel, ia adalah satu lonjakan dalam dunia animasi yang memperkenalkan seni visual CGI dan animasi tiga dimensi yang lebih canggih serta lebih terperinci. Filem ini mengambil inspirasi dari genre filem ‘spy-fi’ yang merangkumi elemen penyiasatan dari filem perisikan dan digabungkan dengan penerokaan teknologi masa hadapan. Setiap frame filem yang digambarkan oleh studio produksi WAU Animation penuh dengan elemen futuristik dan membawa penonton mengembara ke dalam dunia sains fiksyen Cyberaya.

Sekuel ini akan memperkenalkan dimensi baharu yang tidak wujud dalam filem pertama. Jika Ejen Ali The Movie yang pertama lebih tertumpu pada pengenalan bandaraya Cyberaya dan kesulitan yang dilalui golongan tersisih di Pinggiran, filem kedua pula bakal meneroka sisi lain agensi perisik rahsia MATA yang ditugaskan untuk melindung Cyberaya, seperti fasiliti teknologi dan struktur organisasi yang lebih kompleks.

Ia menggali pelbagai lapisan baharu, termasuk teknologi dan operasi yang sebelum ini hanya disentuh secara asas. Antara yang paling menonjol ialah pengenalan sut baharu Satria, dengan reka bentuk unik berdasarkan pakaian tradisional perwira Melayu, seperti ciri rekaan helmet berdasarkan bentuk tengkolok dan juga kedudukan logo di bahagian dada sut yang diolah seakan-akan butang baju Melayu. Pengenalan sut Satria merupakan ciptaan terbaharu MATA yang bakal meningkatkan efisiensi ejen-ejen dengan menggabungkan fungsi empat Teras MATA dalam satu operasi.


Berbeza dengan filem pertama yang kebanyakannya memperlihatkan kawasan pinggiran dan markas utama Dato' Bandar, kali ini, penonton dibawa menjelajah lebih banyak lokasi baharu yang belum pernah didedahkan. Sebuah babak yang paling mencabar dari segi produksi bakal membawa penonton mengikuti misi di kawasan laut dalam, bermula dari pesisir pantai dan menyelam ke dasar lautan. Babak ini boleh dikatakan kompleks dengan gabungan pergerakan watak-watak yang sedang bertempur dan diperkayakan lagi dengan efek simulasi pergerakan air yang bergolak dan terpercik seperti pergerakan natural.


Selain itu, penonton juga dikatakan bakal diperkenalkan kepada hab Teras Tekno, sebuah lokasi penting di mana semua ejen Tekno berkumpul untuk mereka gajet dan menjalankan eksperimen, manakala ejen-ejen lain datang untuk menaik taraf atau mendapatkan senjata baharu. Elemen ini bukan sahaja memperluas naratif, malah memperkaya visual dunia Ejen Ali dengan lebih menarik.


Dengan pendekatan yang lebih mendalam dan teliti, produksi kali ini memberikan tumpuan khusus kepada pembangunan tema serta rekaan visual yang membentuk suasana dan gaya penceritaan secara menyeluruh. Setiap elemen visual dirancang dengan terperinci bagi memastikan ia bukan sahaja menarik secara estetika, tetapi juga menyokong naratif dan memperkukuh emosi cerita. 

“Salah satu contohnya adalah tema fasiliti ibu pejabat MATA. Pada awalnya, kami masih tercari-cari arah visual yang sesuai untuk menggambarkan ruang ini. Hanya setelah masuk ke pertengahan proses produksi filem kedua barulah kami berjaya ‘lock’ konsep yang paling tepat, yang akhirnya membuatkan kami rasa, ‘Inilah MATA’” kata Safuan Shahril, Ketua Artis Aset & Penyelia Teknikal di WAU Animation.

Jangan sekadar mendengar cerita, alami sendiri evolusi epik dunia Ejen Ali di layar perak bermula  22 Mei 2025 ini! Sebuah filem animasi penuh aksi untuk semua lapisan umur! Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman menonton luar biasa Ejen Ali The Movie 2.

Tonton Treler Rasmi terbaharu Ejen Ali the Movie 2 di sini:


Filem Animasi Penuh Aksi Mempesona, Meledakkan Emosi! Gunakan #EjenAliTheMovie2 #TayanganAwalPeminat #MisiPawagam #AksiAnimasi #EATM2 #AniMy untuk kongsikan pengalaman anda dan hangatkan lagi perbualan di media sosial!

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.