Directors: Zach Lipovsky, Adam Stein
Writers: Guy Busick, Lori Evans Taylor, Jon Watts
Cast: Kaitlyn Santa Juana, Teo Briones, Richard Harmon, Owen Patrick Joyner, Rya Kihlstedt, Anna Lore, Brec Bassinger, Tony Todd
Production Companies: New Line Cinema, Practical Pictures, Freshman Year, Fireside Films
Distributor: Warner Bros. Pictures
Genre: Thriller / Horror
Running Time: 110 minutes
Release Date: 16 May 2025
Trailer:
Filem bermula dengan babak Iris Campbell (Brec Bassinger) bersama tunangnya, Paul (Max Lloyd-Jones) menghadiri majlis pembukaan Restoran Menara Skyview pada tahun 1968. Dari awal Iris berasa tidak sedap hati kerana restoran tersebut terlalu tinggi dan siap 5 bulan lebih awal dari yang dijadualkan. Iris juga ternampak kanak-kanak lelaki yang nakal dan mencuri syiling dari kolam. Pengawal tegur perkara buruk akan terjadi sekiranya syiling tersebut diambil.
Sebaik saja menjejak kaki di restoran tersebut, banyak perkara yang berlaku tapi Paul berjaya melamar Iris pada waktu senja. Ketika menari di lantai tarian kaca dengan dendangan lagu Shout dari Isley Brothers, restoran tersebut mula retak dan runtuh sedikit demi sedikit. Kesemua yang berada di restoran tersebut mati dengan tragis dan Iris bersama seorang kanak-kanak lelaki adalah yang terakhir jatuh ke bawah.
Sebaik saja tersedar dari bayangan tersebut, Iris selamatkan semua orang di dalam restoran dan Skyview ditutup sehingga sekarang. Bayangan Iris menjadi mimpi buruk cucunya, Stefanie Reyes (Kaitlyn Santa Juana) hingga hampir setiap malam dihantui. Prestasi Stefanie menurun kerana dia tidak mendapat tidur yang cukup lalu hilang fokus dalam kelas.
Rakan sebilik Stefanie cadangkan supaya dia pulang ke rumah dan cari tahu tentang Iris dan Skyview. Sebaik sahaja pulang, Stefanie berjumpa dengan Iris yang tinggal di dalam kabin, jauh terpencil di dalam hutan. Iris beritahu tentang Death dan bagaimana kesemua yang berada di dalam Skyview telah meninggal selepas berjaya selamatkan diri dari kematian ngeri. Iris serahkan buku tentang Death kepada Stefanie dan berharap supaya keturunan dia juga akan selamat dari Death.
Selepas 14 tahun, franchise Final Destination kembali ke panggung untuk menghidupkan kembali one of the major traumas for 90’s kids. Final Destination: Bloodlines berpatah balik ke tahun 1968 untuk memperbetulkan kesilapan Death bila ramai mangsa terselamat. Death menjejak satu-persatu mangsa yang terselamat untuk bunuh mereka kembali seperti format yang diceritakan sebelum ni.
Ada babak Stefanie baca balik semua keratan akhbar yang dikumpulkan oleh Iris semenjak Paul meninggal. Dekat situ boleh nampak beberapa watak dan kejadian besar yang berlaku macam kapal terbang meletup dalam Final Destination 1 (2000), Sam Lawton yang dijejaki oleh Death ketika jambatan runtuh Final Destination 5 (2011), dan banyak lagi.
Bila dah lama New Line Cinema tak terbitkan filem dari franchise popular ni, banyak juga homage dan tribute kepada instalment yang lain dimasukkan dalam kebanyakan babak. Yang pastinya watak J.B. (Tony Todd) adalah cameo yang special untuk peminat Final Destination sebab bukan sahaja Death mencari dia di dalam filem malah di dunia nyata juga bila dia tinggalkan mesej kepada fans sebelum meninggal kerana kanser kolon.
Masa tengok babak Erik (Richard Harmon) terkejut pemanggang api dia buat hal, dah start tak senang duduk sebab dalam Final Destination 1, pemanggang tu antara punca kematian. Mesin rumput di laman rumah Howard Campbell (Alex Zahara) pencetus trauma untuk babak perempuan mati akibat mesin rumput dalam The Final Destination (2009). Sama juga dengan lori balak yang jadi punca kematian ramai orang dalam Final Destination 2 (2003). Masa Darlene (Rya Kihlstedt) sebut nama hospital, dia tak sengaja mention Clear Rivers, nama watak dalam Final Destination (2000).
Mungkin ada banyak lagi reference yang diselitkan sebagai homage tapi sebab tak tengok sebelum tengok yang terbaru, tak ingat dah. Kalau nak pergi tengok Final Destination: Bloodlines, better tengok dulu Final Destination 1 sampai 5 supaya lebih faham dan rasa connect dengan references yang dimasukkan oleh pengarah Zach Lipovsky dan Adam Stein sebab both of them adalah peminat tegar kepada franchise Final Destination.
Boleh kata Final Destination: Bloodlines ni menggunakan konsep yang tak lari jauh dari format asal cuma tak ngeri sangat berbanding yang sebelum ni. Gore tu ada, kejutan dan saspens tu ada tapi kurang padu dari yang sebelumnya. Alur penceritaan Final Destination: Bloodlines dah menarik dengan plot di Skyview kemudiannya masuk ke latar masa sekarang di mana cucu-cucu Iris dah besar.
Lepas babak dekat hospital, klimaks macam lemah dan tergesa-gesa. Menyampah tengok Stefanie yang gagal keluar dari seat belt padahal dia boleh keluar dengan mudah tanpa perlu panik. Watak dia terus jadi lemah lepas jumpa dengan J.B. padahal dia boleh plan untuk cheat death macam Kimberly Corman buat dalam Final Destination 2 (2003) buat. Risky but worth to try kan? Thrill dan saspens tak sekuat The Final Destination bila watak Janet boleh terselamat. Dapat tengok babak Erik tersangkut dekat rantai besi lepastu dah tak ada dah.
Rasa tak puas bila perjalanan Iris muda hingga dibenci keluarga cuma disimpulkan dalam perbualan Howard bersama Stefanie. I harap New Line Cinema akan wujudkan beberapa instalment untuk ceritakan pengalaman Iris sepanjang tempoh tu. Kenapa penulis buat watak Iris jadi gila dalam tempoh yang lama sedangkan Death ada senarai yang panjang untuk dibunuh sebelum sampai turn Iris? Unless Iris jadi mental sebab anak-anak dia adalah keturunan Paul juga so ada possibility Howard dengan Darlene mati lebih awal. Sayang sangat sebab watak Stefanie, Charlie, Erik, Julia dan Bobby ada reference tapi ke tong sampah juga akhirnya. I prefer ending tu jadi permulaan perjalanan kepada instalment baru.
p/s: Masa keluar dari hall lepas habis tayangan, terdengar bunyi syiling bergolek dekat lantai. Kecut kitorang masa tu sebab trauma dari movie tak habis lagi. Bila tengok bunyi tu rupanya serpihan simen bukannya duit syiling. Kus semangat weh.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 7.7/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.