Movie Review | Guna-Guna Istri Muda (2024)

Monday, 12 May 2025


Pengarah: Razka Robby Ertanto   
Penulis Skrip: Ackyl Anwari, Alim Sudio, Titien Wattimena
Pelakon: Anjasmara, Lulu Tobing, Happy Salma, Carissa Perusset, Abidzar Al Ghifari, Elang El Gibran, Donny Damara
Syarikat Produksi: Falcon Black Pictures, Falcon Pictures  
Pengedar: Netflix
Genre: Seram
Durasi Tayangan: 98 minit
Tarikh Tayangan: 28 November 2024
Trailer:


Filem Guna-Guna Istri Muda mengisahkan tentang kehidupan Burhan (Anjasmara), seorang usahawan yang terkenal dan kaya mula berubah setelah berkahwin dengan isteri baru bernama Angel Basuki (Carissa Perusset). Awalnya Burhan berjanji dengan Vivian (Lulu Tobing), perkahwinan mereka akan aman-aman sahaja tapi kerana ketamakan Angel, seluruh keluarga menjadi porak-peranda. Anak-anak Vivian dah pujuk supaya Vivian tinggalkan Burhan dan Jalani hidup sendiri atau tinggal dengan mereka di luar negara tapi anaknya yang bongsu masih memerlukan bapa. 

Angel mengugut Sumi (Happy Salma) untuk menghantar santau kepada Burhan supaya harta kepuanyaan suaminya dimiliki sepenuhnya. Namun, kuasa ilmu hitam Sumi tidak dapat menembusi pendinding yang digunakan Vivian. Bukan saja menjaga solat, Vivian turut mempunyai Aki Kholil (Donny Damara) untuk mengawasi dan melindungi keluarga tersebut dari sebarang ilmu hitam. 

Naskhah seram arahan Razka Robby Ertanto merupakan remake kepada filem Guna-Guna Istri Muda (1977). Tak pasti kalau ada penambahbaikan atau perubahan pada mana-mana babak sebab filem asal pun dah lama sangat. Walaupun menggunakan genre seram sebagai genre utama tapi filem Guna-Guna Istri Muda tak menggunakan hantu atau makhluk ghaib langsung. Filem ini lebih banyak memaparkan dunia ilmu hitam. 

Dalam filem berdurasi 98 minit ni, ada dua watak dengan ilmu yang sama tapi menggunakannya pada jalan yang berbeza. Sumi guna ilmu dia ke arah jalan yang negatif dan membahayakan manusia manakala Aki Kholil menjadi manfaat kepada orang lain yang memerlukan pertolongan. Menarik juga lah idea filem Guna-Guna Istri Muda ni sebab menggunakan ilmu sihir ke arah yang baik. 

Dekat awal filem nampak menarik lah penceritaan Guna-Guna Istri Muda tapi bila Leo (Abidzar Al ‐ Ghifari) nak balas dendam dekat Angel sebab cederakan muka dia, jalan cerita dah mula merepek. Masa Kawan-kawan Angel patahkan jari Leo macam patahkan kayu tu macam tak boleh terima lah sebab tak real. Macam mana Leo boleh tanam bunjut sihir dekat perkarangan rumah Burhan pun questionable juga sebab dah dijaga oleh Akhi Kholil. 

Masa Vivian beria makan kek pandan dari stranger pun merepek sebab dia tak baca doa satu hal, tak syak langsung makanan tu ada sesuatu bila dihantar tanpa nama dan secara tiba-tiba. Patutnya watak dia perlu lebih berjaga-jaga lepas apa yang jadi dekat anak saudara dia, Roy (Elang El Gibran) yang diguna-guna oleh Angel lepas minum air. Jangankan Vivian, Roy pun tak ambil pengajaran lepas kejadian tu. 

Ambil masa juga lah untuk Sumi keluar dari pengaruh Angel, bukan sebab Angel licik tapi watak Sumi sendiri yang lambat bertindak sampai membuka ruang untuk Angel menggila. Penulis macam sengaja tone down watak Sumi supaya Angel boleh pergi jauh. Walaupun watak Angel dikembangkan dengan bagus sebagai antagonis tapi slowly jadi draggy. Menyampah tengok babak klimaks Vivian kena santau sebab tak ada sekali pun Vivian baca ayat Kursi ataupun 3 Qul untuk kurangkan gangguan. 

Sinematografi Guna-Guna Istri Muda not bad lah untuk filem seram and since filem ni tak ada hantu, lighting tak terlampau gelap. Cumanya kalau tak suka benda-benda yang menggelikan, better jangan tengok filem ni sebab ilmu santau yang dihantar agak yek. Santau dia kinda believable for me sebab tak melampau macam filem Santet Segoro Pitu (2024). Melampau means badan tak terbelah dua dengan gergaji. 

Kalau nak layan filem ni, layan atas risiko sendiri sebab jalan cerita dia tak lah bagus tapi tak lah teruk sangat. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.3 = 5/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.