Astro Melanjutkan Hak Penyiaran Selama 3 Tahun Bersama beIN SPORTS, Tawar Kandungan Sukan Premium kepada Rakyat Malaysia

Monday, 19 May 2025

Astro, peneraju kandungan dan hiburan di Malaysia, bersama beIN SPORTS, penyiar sukan global terkemuka, dengan bangganya mengumumkan pembaharuan kerjasama strategik mereka, melanjutkan kolaborasi sehingga Ogos 2027. Pembaharuan ini memastikan pelanggan Astro yang melanggan Pek Sports terus menikmati akses siaran langsung dan on-demand di saluran beIN SPORTS serta aplikasi beIN SPORTS CONNECT yang membawakan pelbagai acara dan perlawanan sukan berprestij dari seluruh dunia.

Menerusi perjanjian ini, pelanggan Pek Sports Astro akan menikmati akses berterusan kepada acara sukan antarabangsa bertaraf dunia seperti Formula 1, Liga Juara-Juara UEFA, LaLiga, Bundesliga, Australia Open, Roland-Garros dan ATP Tour, semuanya menerusi saluran beIN SPORTS dan aplikasi beIN SPORTS CONNECT.

Euan Smith, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Astro, berkata, “Kami berbangga untuk terus membawakan liputan eksklusif kejohanan dan liga antarabangsa yang paling dinantikan kepada pelanggan Astro bersama beIN SPORTS. Kerjasama ini penting dalam menunaikan janji kami untuk menyiarkan acara sukan terbesar dunia kepada peminat-peminat sukan. Dengan peningkatan dalam permintaan kandungan sukan, pembaharuan ini mengukuhkan lagi kedudukan Astro sebagai Home of Sports. Kerjasama ini bukan sekadar penyiaran, tetapi kami ingin mencipta pengalaman eksklusif yang tidak ternilai harganya untuk pelanggan setia kami bagi memperkukuh minat mereka terhadap dunia sukan.”

Mike Kerr, Pengarah Urusan, beIN Asia Pasifik, berkata, “Kami berbangga dapat meneruskan kerjasama yang kini sedekad lamanya bersama Astro, berteraskan visi bersama untuk membawa aksi sukan antarabangsa paling menarik secara lebih dekat kepada peminat sukan di Malaysia menerusi pelbagai skrin. Selama bertahun-tahun, kami bukan sahaja menyediakan liputan premium siaran langsung, malah telah bekerjasama bersama Astro dalam mencipta pengalaman tidak dapat dilupakan yang mengeratkan penglibatan peminat. Dengan kerjasama ini, kami kekal komited untuk meraikan semangat kesukanan dan memperkukuh hubungan kami dengan komuniti sukan Malaysia yang dinamik.”

Selama bertahun-tahun, beIN SPORTS telah menayangkan detik-detik ikonik dunia sukan seperti tendangan luar biasa Cristiano Ronaldo bersama Real Madrid pada tahun 2018, kemenangan Grand Slam terakhir Rafael Nadal pada tahun 2022, serta penampilan sulung Lewis Hamilton bersama Ferrari pada tahun ini. Kerjasama yang diperbaharui ini bertujuan untuk terus membawakan lebih banyak detik sukan yang mengujakan dalam dunia bola sepak, tenis, sukan permotoran dan pelbagai lagi kepada pelanggan Astro.

Pembaharuan ini turut memperkukuh kedudukan Astro sebagai hub hiburan sukan premium di Malaysia, di samping menyokong pertumbuhan strategik beIN SPORTS di rantau Asia. Kedua-dua jenama ini terus komited dalam menawarkan pengalaman tontonan yang lebih bermakna, dengan liputan menyeluruh dan akses mudah. Pelanggan Astro yang melanggan Pek Sports Astro One boleh menikmati semua kandungan beIN SPORTS sama ada di skrin televisyen atau penstriman pada bila-bila masa dan di mana sahaja menerusi aplikasi Astro GO dan beIN SPORTS CONNECT, perkhidmatan penstriman OTT premium beIN.

Para pelanggan Astro boleh mengubah suai pakej mereka dengan mudah melalui penambahan lebih 14 aplikasi penstriman popular termasuk Max, Prime Video, Netflix, Disney+ Hotstar, Viu, iQIYI, WeTV, Zee5, Simply South dan banyak lagi. Mereka juga boleh membuat perubahan kepada langganan mereka dengan mudah melalui aplikasi MyAstro, termasuk mengemas kini pakej, menukar antara penambahan dan perkhidmatan penstriman atau memilih yang baharu, pada bila-bila masa.

Langgan Pek Sports Astro One dengan hanya RM99.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Sports dengan hanya RM189.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9543 3838.

*Untuk pelanggan baharu sahaja. Tertakluk pada terma dan syarat.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.