SITI HARIESA, SHUKRI YAHAYA & AMERUL AFFENDI LANCAR BRU COFFEE SHOP!

Tuesday, 6 May 2025

SITI HARIESA, SHUKRI YAHAYA & AMERUL AFFENDI LANCAR BRU COFFEE SHOP! | Saksikan Drama Bersiri Bru, Karya Baharu Nik Amir Mustapha, Eksklusif Hanya Di Tonton!

Tiga bintang ternama tanah air, Shukri Yahaya, Amerul Affendi dan Siti Hariesa telah merasmikan pelancaran eksklusif BRU Coffee Shop, sebuah kedai kopi yang penuh dengan konsep kreatif. Majlis pelancaran yang diadakan pada 5 Mei 2025 (Isnin) di APW, Bangsar ini akan turut menyaksikan sesi ramah mesra bersama peminat, memberi peluang kepada mereka untuk bertemu dan berinteraksi dengan para selebriti kesayangan.

Pelancaran kedai kopi ini sebenarnya bersempena dengan tayangan drama terbaharu Tonton Original: Bru yang telah pun mula bersiaran di Tonton bermula pada 1 Mei 2025, setiap Isnin dan Khamis. Bru merupakan drama siri pertama arahan Nik Amir Mustapha. Dengan karya-karya berimpak seperti Kil, Terbaik Dari Langit, Rise Ini Kalilah, Seindah Kasih dan Imaginur, Nik Amir dikenali dengan sentuhan sinematografi yang unik dan estetik. Penglibatan beliau dalam projek istimewa ini menambahkan lagi keistimewaan keseluruhan projek Bru.

Dibarisi pelakon-pelakon hebat, Bru menampilkan Shukri Yahaya sebagai Shah, seorang yang begitu obses dengan kopi dan kejayaan. Siti Hariesa pula membawa watak Hani, seorang barista yang bukan sahaja berbakat tetapi juga anak kepada seorang Tan Sri yang mahukan kebebasan dalam mencipta perasa kopi. Amerul Affendi pula memainkan watak Ajan, sahabat setia yang menganggap Shah seperti adik sendiri.

Menariknya, setiap pelakon memperlihatkan sisi berbeza daripada imej yang biasa dilihat. Shukri Yahaya yang sedang popular menerusi watak Fadlan, seorang gangster dalam Blood Brothers, tampil lebih santai dan mempamerkan kemahiran beliau dalam penyediaan kopi, sesuatu yang juga merupakan minat peribadinya di luar dunia lakonan. 

Siti Hariesa pula membawa transformasi besar dalam karakter lakonannya, apabila beliau tampil lebih lasak dan garang dalam Bru, jauh berbeza daripada imej manis yang sinonim dengan dirinya sebelum ini. Sementara itu, Amerul Affendi, yang sebelum ini terkenal dengan watak komedi Kuping dalam 6 Jilake, kali ini membawakan watak lebih sensitif, menunjukkan versatiliti beliau sebagai pelakon berbakat besar yang pernah merangkul Pelakon Pembantu Terbaik AIFFA.

Majlis perasmian ini bukan sahaja meraikan pembukaan rasmi BRU Coffee Shop, malah turut mempertemukan para peminat dengan ketiga-tiga pelakon kesayangan mereka dalam suasana santai dan mesra menerusi sesi ramah mesra. Ini merupakan peluang istimewa bagi peminat dan pencinta kopi untuk menjadi sebahagian daripada detik indah ini, menyaksikan gabungan dunia seni dan dunia kopi dalam satu acara yang penuh bermakna.

Kepada semua penonton di luar sana, jangan lepaskan peluang untuk melihat Siti Hariesa, Shukri Yahaya, dan Amerul Affendi meraih kejayaan baharu dalam kerjaya mereka, kali ini dalam dunia perniagaan kopi! Saksikan drama bersiri Tonton Original: Bru, yang telah pun mula bersiaran di Tonton sejak 1 Mei 2025, setiap Isnin dan Khamis, eksklusif hanya di Tonton! Strim episod baharu melalui www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store. 

Untuk info lanjut tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Tonton di Facebook, Instagram dan Twitter di @TontonMY.

*****************************

Mengenai Tonton

Tonton adalah perkhidmatan penstriman video tempatan pertama dan terbesar di Malaysia dan telah dilancarkan pada tahun 2011. Nikmati kandungan tempatan terbaik dan acara LIVE eksklusif dalam definisi tinggi (HD) yang dibawakan secara tanpa had. Dengan peningkatan servis, alami pengalaman baru dalam menonton keseluruhan episod secara menerus. 

Visi Tonton adalah untuk menjadi platform hiburan video tempatan #1 untuk drama Malaysia yang terbaik dan terkini, acara LIVE eksklusif dan banyak lagi. Dapatkan maklumat terkini tentang perkhidmatan serta penambahbaikan melalui akaun rasmi media sosial di Facebook, Instagram, Twitter, TikTok @tontonmy.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.