TEMPAH TIKET TAYANGAN AWAL EJEN ALI THE MOVIE 2 MULAI HARI INI! | FILEM ANIMASI TEMPATAN YANG TIDAK BOLEH DILEPASKAN DAN PALING DINANTI-NANTIKAN 2025
Filem animasi tempatan yang dinanti-nantikan, Ejen Ali The Movie 2 (EATM2), bakal menggegarkan pawagam seluruh negara bermula 22 Mei 2025. Menyedari sambutan luar biasa terhadap francais ini, dua rangkaian pawagam, Golden Screen Cinemas (GSC) dan TGV Cinemas (TGV) telah membuka tempahan awal tiket bermula 14 Mei 2025 di lebih 70 lokasi pawagam seluruh Malaysia.
Jualan tiket kini dibuka untuk Tayangan Awal EATM2 pada 20 dan 21 Mei 2025, memberi peluang kepada para peminat untuk menjadi antara yang terawal menyaksikan sekuel penuh aksi ini. Langkah ini juga membolehkan penonton merancang pengalaman menonton lebih selesa dan teratur, khususnya menjelang musim cuti sekolah yang sentiasa sibuk.
Langkah membuka tayangan lebih awal ini turut mencerminkan keyakinan tinggi terhadap kekuatan jenama Ejen Ali sebagai karya animasi tempatan yang bukan sahaja mencipta impak besar dalam industri hiburan, malah berjaya menambat hati penonton dari pelbagai lapisan usia daripada kanak-kanak hinggalah golongan dewasa yang membesar bersama dunia Ejen Ali.
EATM2 tampil sebagai sebuah naskhah animasi yang bukan sekadar memukau dari segi visual dan aksi, tetapi turut menawarkan naratif yang lebih matang serta menyentuh emosi. Penonton bakal menyaksikan perkembangan karakter Ali yang kini lengkap dengan sut perisai baharu, SATRIA, serta hubungan dinamik bersama Ejen Alicia yang menyuntik konflik dan dilema baharu dalam penceritaan. Gabungan elemen futuristik dan jalan cerita yang menyentuh jiwa menjadikan filem ini bukan sahaja menarik untuk kanak-kanak, tetapi juga sarat makna untuk tontonan seisi keluarga.
Menambah keterujaan, TGV turut memperkenalkan elemen interaktif baharu menerusi ikon avatar watak utama seperti Ejen Ali, Neonimus dan Satria yang dipaparkan pada laman web dan aplikasi tempahan tiket mereka. Setiap tempat duduk yang ditempah akan dihiasi dengan avatar watak-watak ini, menjadikan proses pembelian tiket satu pengalaman mesra peminat yang lebih menyeronokkan, imersif dan unik, seiring dengan semangat heroik yang dibawakan oleh filem ini.
Inisiatif kreatif ini adalah sebahagian daripada kempen ‘Home of Heroes’ oleh TGV, sebuah penghargaan terhadap karya-karya tempatan yang mengangkat martabat industri kreatif Malaysia. Dalam konteks ini, Ejen Ali menjadi simbol kejayaan animasi tempatan yang bukan sahaja berjaya menembusi layar perak, tetapi turut berdiri setanding sebagai lambang kebanggaan negara. Menariknya, peminat yang hadir dengan pakaian bertema Ejen Ali bermula 23 hingga 31 Mei di semua lokasi TGV berpeluang menikmati minuman percuma sempena tayangan di musim cuti sekolah.
Dengan tempahan awal kini dibuka, peminat digalakkan untuk mendapatkan tiket secepat mungkin bukan sahaja untuk menjadi antara yang pertama menyaksikan sambungan epik dunia Ejen Ali, tetapi juga untuk merasai sendiri pengalaman sinematik eksklusif hasil kolaborasi kreatif antara WAU Animation dan Primeworks Studios dengan kerjasama Komet Productions.
Jangan sekadar mendengar cerita, alami sendiri evolusi epik dunia Ejen Ali di layar perak bermula dengan tayangan awal pada 20 Mei 2025 ini! Sebuah filem animasi penuh aksi untuk semua lapisan umur! Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman menonton luar biasa Ejen Ali The Movie 2.
Tonton Treler Rasmi terbaharu Ejen Ali the Movie 2 di sini:
Filem Animasi Penuh Aksi Mempesona, Meledakkan Emosi! Gunakan #EjenAliTheMovie2 #EATM2 #AniMy #MisiPawagam #AksiAnimasi untuk kongsikan pengalaman anda dan hangatkan lagi perbualan di media sosial!
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.