Directors: Kookie Gulati, Robbie Grewal
Writers: David Logan, Sumit Arora
Cast: Saif Ali Khan, Jaideep Ahlawat, Nikita Dutta, Kunal Kapoor, Kulbhushan Kharbanda, Gagan Arora
Production Company: Marflix Pictures
Distributor: Netflix
Genre: Heist / Action
Running Time: 118 minutes
Release Date: 25 April 2025
Trailer:
Rajan Aulakh (Jaideep Ahlawat) merupakan businessman dan mempunyai minat mengumpul koleksi seni dan barangan antik. Dia mendapat tahu permata merah rubi bernama Red Sun milik Putera Gamunu dari Afrika akan datang ke Mumbai, India. Pameran Red Sun akan diadakan di galeri muzium di bandar tersebut.
Rajan menggunakan keluarga Rehan Roy (Saif Ali Khan) untuk memanggil ‘Jewel Thief’ tersebut pulang ke India selepas 3 tahun bersembunyi di Budapest. Adik Rehan, Avi (Gagan Arora) pergi ke Budapest untuk beritahu keadaan mereka diperas ugut oleh Rajan dan bila-bila masa sahaja pihak polis akan menangkap Dr. Jayant Roy (Kulbhushan Kharbanda) atas tuduhan cuci duit haram di klinik.
Hanya satu cara yang Rehan ada untuk selamatkan ayahnya dengan pulang ke India dan menurut saja arahan Rajan. Walaupun diekori oleh dua orang polis, Rehan berjaya menyelinap ke dalam kapal terbang untuk pulang ke India dengan selamat. Inspektor Vikram Patel (Kunal Kapoor) maklumkan kepada unitnya supaya bersedia dengan segala kemungkinan untuk menangkap Rehan. Banyak kali rancangan mereka gagal kerana Rehan seorang yang licik.
Sementara pihak polis merancang untuk menangkap Rehan, di rumah Rajan berlaku percaturan untuk mencuri Red Sun kemudiannya jual kepada Moosa (Loitongbam Dorendra Singh). Sekiranya rancangan tersebut gagal, Rajan dan Rehan sama-sama akan dibunuh oleh Moosa. Semasa tinggal di rumah Rajan, Rehan berkenalan dengan Farah (Nikita Dutta) yang berkahwin dengan gangster tersebut untuk kelansungan hidup.
Bukan pertama kali Saif Ali Khan berlakon dalam filem bertemakan heist selepas popular dengan franchise Race (2008) dan pernah menjadi pelakon utama sebagai perisik dalam Agent Vinod (2012). Untuk melakonkan watak berkarisma, charming dan licik bukan sesuatu yang sukar pun untuk Saif. Mungkin juga ciri-ciri tersebut dicari oleh pengarah duo - Kookie Gulati dan Robbie Grewal.
Filem Jewel Thief merupakan filem pertama dari produksi Marflix kepunyaan Siddharth Anand yang popular dengan filem Fighter (2024), Pathaan (2023) dan War (2019) untuk muncul di streaming platform Netflix. Kali pertama juga Marflix memberikan kepercayaan kepada pengarah baru untuk mengarah projek franchise yang mengangkat pencuri sebagai watak utama.
Mungkin watak Rajan Aulakh hanya muncul dalam instalment pertama sebab diorang all out watak Rajan sebagai antagonis dan musuh Rehan. Happy dapat tengok Jaideep tampil segak dan macho dalam filem Jewel Thief sebab selalunya watak yang dia dapat a bit messy dan kebapa-bapaan. Ada few expressions dia buatkan I teringat watak dia dalam filem An Action Hero (2022). Even fun bila Jaideep show off dancing skills dia dalam MV lagu Jaadu. Siapa yang come up dengan idea ni deserves a bonus sebab serlahkan sisi yang baru dari Jaideep.
Sembang pasal music album, Shezan Shaikh mungkin tak setanding dengan Vishal-Shekhar yang selalu bekerjasama dengan Sidharth Anand tapi signature Marflix masih ada. Tak banyak lagu yang dimasukkan dalam Jewel Thief tapi semuanya fun and catchy. Sesuai lah dengan style filem ni.
Penceritaan Jewel Thief bukan sesuatu yang baru atau di luar kotak pun sebab benda yang biasa tengok even dah boleh agak yang Rehan ada agenda tersendiri dan akan terlepas dari konflik ni. He gives off that vibe so I rasa Marflix nak perkenalkan watak Rehan, Farah dan Vikram saja pada instalment pertama ni. Strategi dia pun senang dah mudah dibaca, thriller dan saspens pun tak banyak.
Nothing much I can comment on Jewel Thief since template dia pun untuk tontonan Santai so I akan tunggu instalment kedua untuk Marflix kuatkan lagi watak Rehan dan Vikram. By the way sembang pasal Farah yang jadi pasu bunga dalam filem ni, dia nampak seakan-akan Vaani Kapoor and yes, dia memang tenggelam habis so nobody cares with her role. Since dia tak dimatikan, mungkin penulis akan kembangkan dalam next instalment. Better be good lah.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.5 = 6.2/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.