MONSTA & ASTRO SHAW LANCAR FILEM TERBARU: PAPA ZOLA THE MOVIE

Friday, 2 May 2025


Monsta, penerbit tersohor di sebalik kejayaan filem animasi pecah panggung BoBoiBoy dan Mechamato dengan kerjasama Astro Shaw, kini secara rasmi melancarkan teaser bagi francais filem animasi keempat mereka yang dinanti-nantikan: Papa Zola The Movie. Teaser ini telah mencatat kejayaan luar biasa dengan meraih lebih 2 juta tontonan di seluruh platform digital dalam tempoh kurang daripada 24 jam selepas dilancarkan.

Papa Zola, watak kegemaran ramai sejak kemunculan pertamanya, telah berjaya menawan hati penonton dari Malaysia hingga ke Indonesia dengan gaya jenakanya yang tersendiri dan tagline ikonik "Kebenaran!". Menerusi meme tular, nasihat kekeluargaan dan video sketsa lucu, Papa Zola telah mencipta fenomena di platform media sosial dengan jumlah tontonan melebihi 3 billion.


Kini, Monsta membawa kehangatan watak popular ini dari alam maya ke layar perak. Papa Zola The Movie menjanjikan gabungan aksi, jenaka dan emosi dalam naratif serangan bergamifikasi yang penuh mendebarkan. Bertemakan kekeluargaan dan keberanian, filem ini disasarkan untuk tayangan pada Disember 2025, bertepatan dengan musim cuti akhir tahun.

“Ini merupakan penampilan ketiga Papa Zola di layar perak selepas BoBoiBoy The Movie (2016) dan BoBoiBoy Movie 2 (2019), tetapi buat pertama kalinya beliau menjadi teraju utama,” kata Nizam Abd Razak, Pengarah Papa Zola The Movie. “Papa Zola telah menjadi watak yang dekat di hati masyarakat Malaysia dan Indonesia dari pelbagai latar belakang. Filem ini akan mengupas kisah asal-usul Papa Zola dan menampilkan elemen aksi, drama kekeluargaan serta pencerobohan makhluk asing — satu hiburan yang sesuai untuk seisi keluarga.”


Filem ini menyertai gelombang kejayaan animasi tempatan yang semakin berkembang di bawah inisiatif #aniMY, serta disokong kuat oleh semangat #sapotlokal dalam kalangan penonton. Industri animasi Malaysia terus berkembang pesat, dan Monsta kekal sebagai peneraju dengan menyampaikan karya bertaraf dunia yang berakar kepada nilai tempatan.


Papa Zola The Movie dijangka menjadi antara acara sinematik paling dinantikan tahun ini — penuh dengan gelak tawa, aksi dan emosi. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Papa Zola The Movie bersama keluarga dan rakan-rakan di pawagam berhampiran anda mulai Disember ini!

******************************

Mengenai MONSTA:
MONSTA adalah syarikat hiburan yang pengalaman dan terkenal dengan penghasilan IP watak-watak fiksyen popular seperti BoBoiBoy, Mechamato, Papa Pipi dan Fly With Yaya. MONSTA berperanan untuk menghasilkan hiburan yang berkualiti tinggi serta bersesuaian untuk seisi keluarga. Pelbagai medium giat diceburi MONSTA seperti penghasilan kandungan video, buku komik, produk permainan dan permainan video dengan matlamat ingin memberikan pengalaman menyeluruh kepada para pengguna. Pelbagai IP MONSTA kini telah menembusi pasaran global di lebih 70 buah negara seluruh dunia melalui siaran seperti Netflix, Cartoon Network, Disney, Tencent Video dan banyak lagi.

Info lanjut: MONSTA website atau MONSTA Network.

Official Youtube:

Official Facebook Accounts:
 
Official Instagram Accounts:

Official X.com (Twitter) Accounts:

Official TikTok Accounts:

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.