Director: Hur Jin-ho
Writers: Park Eun-kyo, Park Joon-seok
Cast: Sul Kyung-gu, Jang Dong-gun, Kim Hee-ae, Claudia Kim
Production Companies: Hive Media Corp, Higround
Distributors: Hive Media Corp, Mindmark
Genre: Drama
Running Time: 116 minutes
Release Date: 14 September 2023 (Toronto International Film Festival), 9 October 2024 (South Korea)
Trailer:
A Normal Family bermula dengan insiden jalan raya di mana lelaki muda dengan sengaja melanggar pemandu lain hingga meninggal di tempat kejadian juga menyebabkan anak perempuan yang berusia 8 tahun cedera parah. Kes tersebut diberikan kepada Yang Jae-wan (Sul Kyung-gu), peguambela terkenal di Seoul.
Adiknya, Yang Jae-gyu (Jang Dong-gun) merupakan doktor pakar yang ditugaskan untuk merawat anak perempuan mangsa. Kerana keluarga mangsa baru saja kehilangan ketua keluarga, bil hospital ditanggung oleh Jae-gyu yang terkenal dengan aktiviti sukarelawan di dalam Korea Selatan mahupun di luar negara.
Mereka berdua mempunyai prinsip yang berbeza justeru mempunyai gaya hidup yang berbeza. Jae-gyu dan isterinya, Lee Yeon-kyung (Kim Hee-ae) menjaga ibu yang tua dan nyanyuk di rumah sementara Jae-wan hidup selesa bersama isteri barunya, Ji-su (Claudia Kim) yang baru saja melahirkan anak.
Anak sulung Jae-wan bernama Hye-yoon (Hong Ye-ji) selalu meluangkan masa di rumah Jae-gyu sebagai tutor kepada sepupunya, Yang Si-ho (Kim Jung-chul). Di hadapan ibu bapa masing-masing mereka merupakan anak contoh tapi bila berdua, mereka seronok melihat penganiayaan terhadap orang lain.
Satu lagi insiden berlaku apabila Hye-yoon dan Si-ho terakam dalam video kamera litar tertutup di mana mereka berdua membelasah seorang lelaki gelandangan sehingga koma. Jae-gyu minta Si-ho serah diri kepada pihak polis untuk menjaga maruah dan prinsip yang dipegang selama ini sementara Hye-yoon minta nasihat guaman dari ayahnya sendiri sebelum identitinya terbongkar.
Naskhah A Normal Family bermula dengan pengenalan watak yang tipikal dari sudut pandang masyarakat Asia di mana Yang Jae-wan tak ambil peduli dengan prinsip atau integrity seperti yang dipegang oleh adiknya. Dari awal lagi Jae-wan tunjuk macam mana dia selamatkan anak guam dengan loopholes sedia ada dalam setiap kes.
Babak Hye-yoon tengok buku ‘The Art of Innocence’ di meja pejabat ayah dia pun menguatkan lagi karakter Jae-wan. Menerusi watak Hye-yoon juga, dia melihat bagaimana bapa dan ibu saudara dia hidup sebagai petugas sukarelawan di negara daif. Selain menguatkan watak utama, point of view Hye-yoon juga sebenarnya merupakan strategi individu untuk keluar dari masalah yang dicipta sendiri.
Walaupun naskhah A Normal Family hasil sutradara Hur Jin-ho merupakan adaptasi dari novel The Dinner, karya nukilan Herman Koch yang diterbitkan pada tahun 2009 namun olahan yang menarik buatkan peralihan personaliti watak-watak utama terlihat padu dan meyakinkan. Belum tentu kita akan betul-betul kenal seseorang dan naskhah A Normal Family paparkan mesej sosial tersebut dengan bagus.
Kejutan yang dibawa oleh pengarah mungkin boleh dibaca sebab pengarah dah drop hints dekat first half dah pun. Namun persembahan yang diberikan oleh kesemua pelakon buatkan kita stay sehingga ke hujung cerita. Curious juga nak tahu sama ada tergamak ataupun tidak watak sekian sekian bertindak seperti yang kita jangka.
Babak Jae-gyu bawa Si-ho untuk serah diri dah nampak perubahan prinsip dia dan isteri tentang kes tersebut bila pengarah guna lighting berwarna merah pada kedua-dua wajah. Bila beralih ke babak Jae-wan dan Ji-su, pengarah guna tona yang lebih lembut dan heartwarming bila kedua-dua watak tenung Sa-rang yang sedang nyenyak tidur. Penggunaan baju berwarna biru pun dah tunjuk peralihan personaliti tersebut. Watak Ji-su lebih banyak mengenakan pakaian berona putih di mana pendirian dia lebih natural dan belum terikat dengan mana-mana watak. Watak dia sendiri masih baru dalam keluarga tersebut.
Menyampah tengok babak Yeon-kyung menangis sebak bila tengok nasib malang kanak-kanak di Afrika tapi tak peduli pun dengan keadaan Si-ho. Bila tahu anak dia kena buli pun tak ada perubahan yang dia buat. Memang patut Si-ho detach dari orang tua dan bertindak agresif. Makin menyampah dengan watak Yeon-kyung bila selalu sangat cari pasal tanpa sebab dengan Ji-su hanya semata ipar dia lebih muda dan hidup mewah. Jadi aktivis tak bermakna hati dia mulia sebab ada yang guna persona tersebut sebagai net value.
I dislike the ending sebab membuka lebih banyak persoalan instead menghukum watak yang benar-benar bersalah. Sebagai entertainment mungkin menarik lah tapi I prefer tak berakhir macam tu. Apapun tak hairan lah kalau naskhah A Normal Family mendapat tayangan perdana di beberapa festival filem terkenal. Naskhah wajib tonton.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.8/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.