Susulan pengumuman Tayangan Awal Peminat Ejen Ali The Movie 2 yang bakal berlangsung serentak di sembilan lokasi pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) terpilih pada 18 Mei 2025, sambutan luar biasa telah diterima apabila kebanyakan lokasi kini hampir penuh ditempah dalam tempoh kurang 24 jam!
Ini membuktikan betapa tingginya keterujaan para peminat yang telah sekian lama menantikan kemunculan semula Ejen Ali di layar perak. Ramai tidak mahu melepaskan peluang menjadi antara yang pertama menyaksikan misi terbaharu yang menjanjikan aksi yang mendebarkan dan kejutan emosi.
Ini bukan sekadar tayangan awal, fenomena ini adalah perhimpunan ejens dari pelbagai lokasi dan peringkat umur, barisan setia yang berdiri teguh menyokong Ejen Ali untuk menyahut panggilan misi membanjiri pawagam daripada HQ MATA.
Peringatan buat semua ejens yang berjaya mendapatkan tiket, khususnya peminat cosplay, HQ MATA menyeru anda untuk melapor diri dengan penuh gaya dalam gear MATA lengkap! Misi ini bukan misi biasa, sudah tiba masanya untuk kita tunjukkan bahawa animasi Malaysia adalah untuk semua, bukan hiburan buat kanak-kanak sahaja!
Sebuah filem animasi penuh aksi untuk semua lapisan umur! Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman menonton luar biasa Ejen Ali The Movie 2.
Animasi Mempesona, Meledakkan Emosi! Gunakan #EjenAliTheMovie2 #TayanganAwalPeminat #MisiPawagam #AksiAnimasi #EATM2 #AniMy untuk kongsikan pengalaman anda dan hangatkan lagi perbualan di media sosial!
Tu dia punya kuat aura dia... jgn kata budak2 ada juga mak pak yg excited hahahaaa
ReplyDelete