Selami Dunia ‘The Last Of Us’ Musim Kedua Bersama Astro di Kwai Chai Hong

Saturday, 3 May 2025

Astro, peneraju kandungan dan hiburan utama Malaysia, bersama Max, perkhidmatan penstriman terkemuka dari Warner Bros. Discovery, membawakan satu pengalaman imersif buat semua di ibu kota. Kwai Chai Hong, lorong bersejarah di Chinatown Kuala Lumpur (Petaling Street), bakal diubah menjadi dunia pasca-apokaliptik yang diinspirasikan daripada siri terkenal HBO Original, The Last of Us musim kedua.

Direka untuk menarik perhatian para peminat serta pengunjung, Max dan Astro bekerjasama dengan artis tempatan, Akid One, bagi menghasilkan mural The Last of Us di Kwai Chai Hong. Lokasi ini turut menampilkan mural khas oleh Daphy yang bertujuan untuk menggambarkan tema-tema utama yang mendefinisikan The Last of Us musim kedua. Keseluruhan pengalaman ini dilengkapi dengan efek bunyi dan pencahayaan sinematik untuk mempelawa orang ramai menyelami dunia yang diinspirasikan daripada musim terbaru siri ini.

Sama ada anda peminat setia drama pemenang anugerah Emmy ini atau sedang mencari lokasi bergambar yang menarik untuk Instagram anda, pameran unik ini adalah destinasi wajib dikunjungi pada bulan Mei. Pameran ini terbuka sepanjang hari dari 1 hingga 11 Mei 2025. Selain itu, para pelanggan Astro turut berpeluang menebus barangan eksklusif The Last of Us musim kedua menerusi aplikasi MyAstro dan Astro dari 9 hingga 11 Mei 2025 di Kwai Chai Hong – selagi stok masih ada (tertakluk pada terma & syarat).

Musim kedua The Last of Us kembali selepas lima tahun sejak penerbitan musim pertamanya. Musim kedua mengisahkan Joel dan Ellie yang terperangkap dalam konflik antara satu sama lain, serta dunia yang jauh lebih berbahaya dan tidak dapat dijangka berbanding sebelumnya. Barisan pelakon yang kembali dalam musim terbaru ini termasuk Pedro Pascal sebagai Joel, Bella Ramsey sebagai Ellie, Gabriel Luna sebagai Tommy dan Rutina Wesley sebagai Maria. Barisan pelakon baharu pula terdiri daripada Kaitlyn Dever sebagai Abby, Isabela Merced sebagai Dina, Young Mazino sebagai Jesse, Ariela Barer sebagai Mel, Tati Gabrielle sebagai Nora, Spencer Lord sebagai Owen, Danny Ramirez sebagai Manny dan Jeffrey Wright sebagai Isaac. Catherine O’Hara turut muncul sebagai pelakon jemputan.

Siri ini boleh ditonton di Max, serta di TV melalui HBO (saluran 411) atau distrim menerusi On Demand. Episod baharu untuk musim kedua akan ditayangkan pada setiap hari Isnin dan episod akhir pada 26 Mei 2025. Mulai 24 Mei hingga 30 Jun 2025, para pelanggan Astro yang baru melanggan Max akan menikmati diskaun 50% daripada harga langganan tahunan biasa untuk pelan Max Standard atau Max Ultimate.

Para Para pelanggan Astro boleh mengubah suai pakej mereka dengan mudah melalui penambahan lebih 14 aplikasi penstriman popular termasuk Max, Prime Video, Netflix, Disney+ Hotstar, Viu, iQIYI, WeTV, Zee5, Simply South dan banyak lagi. Mereka juga boleh membuat perubahan langganan mereka dengan mudah melalui aplikasi MyAstro, sama ada untuk mengemas kini pakej, menukar antara penambahan dan perkhidmatan penstriman atau memilih yang baharu, pada bila-bila masa.

Langgani Pek Astro One dengan serendah RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti untuk seisi keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan menambah Astro Fibre 500Mbps bersama Pek Entertainment pada hanya RM129.99/bulan.

Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsAll 03 9542 3838.

*Untuk pelanggan baharu sahaja. Tertakluk pada terma dan syarat.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.