Drama Review | Bidaah (2025)

Sunday, 11 May 2025


Pengarah: Mohd Fazli Yahya 
Penulis Skrip: Eirma Fatima 
Pelakon: Faizal Hussein, Fattah Amin, Riena Diana, Marissa Yasmin, Vanida Imran, Hasnul Rahmat, Fazlina Ahmad Daud, Fathia Latiff, Malia Baby, Shazia Rozaini,  
Syarikat Produksi: Rumah Karya Citra Sdn Bhd
Penyiaran: VIU 
Genre: Agama / Drama 
Jumlah Episod: 15 Episod (42 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 06 Mac 2025 – 05 April 2025 
Trailer: 


Mencecah tontonan 2.6 billion di Malaysia hingga menjadi sebutan di negara jiran, Indonesia, drama Bidaah karya ciptaan Eirma Fatima mengetengahkan tema kultus ajaran sesat. Kumpulan Jihad Ummah ni lebih kurang sama dengan kumpulan Global Ikhwan atau Al-Arqam di Malaysia. Penyelewengan agama, penindasan terhadap wanita juga anak yatim dan lain-lain lagi.

Naskhah Bidaah arahan Mohd Fazli Yahya bermula dengan plot Baiduri (Riena Diana) menemani ibunya, Kalsum (Fazlina Ahmad Daud) ke sebuah kawasan terpencil untuk mendengar kuliah agama oleh Walid (Faizal Hussein). Terkejut dengan kelakuan pengikut Jihad Ummah bila mereka sanggup minum air basuhan kaki Walid untuk mengambil barakah Mursyid. 


Baiduri tekad ingin selamatkan ibunya dari terpesong lebih jauh dan juga pengikut Jihad Ummah yang lain. Dalam diam kemunculan Baiduri mencuri perhatian Abi Saifullah (Hasnul Rahmat) dan Walid sendiri untuk dijadikan isteri. Walid sudah mempunyai 4 orang isteri – Ummi Hafizah (Marissa Yasmin), Ummi Rabiatul (Vanida Imran), Masyitah (Fathia Latiff) dan yang paling muda ialah Habibah (Malia Baby). 

Tak lama kemudian anak sulung Abi Saifullah, Hambali (Fattah Amin) pulang ke Jihad Ummah setelah tamat belajar di Yaman. Sama seperti Baiduri, Hambali terkejut dengan ajaran dan amalan bidaah yang wujud di Jihad Ummah. Beberapa kali dia menegur Walid dan Abi tapi tidak diendahkan kerana kedua-dua orang kuat ajaran tersebut pandai bermain dengan kata-kata. 


Hambali bawa Baiduri berjumpa dengan ustaz dan rakannya untuk rujukan dan nasihat sebelum laporkan kegiatan Jihad Ummah kepada pihak berkuasa. Mereka berdua juga perlu berhati-hati supaya langkah mereka tidak dihidu oleh Walid dan ahli Jihad Ummah yang lain. 

‘Antara tanggungjawab utama sebagai seorang Muslim agar selamat dunia dan akhirat, bukan sahaja wajib melaksanakan Rukun Islam dan bukan sahaja wajib untuk meyakini Rukun Iman. Antara tanggungjawab utama sebagai seorang Muslim juga adalah mencapai maqam ihsan, iaitu apabila dia menyembah allah seolah-olah dia melihat-Nya.’ - Baiduri


Naskhah agama dari Eirma Fatima diambil dari pengalaman sebenarnya ketika mendalami ilmu agama dan mencetuskan ilham untuk menghasilkan drama bersiri Bidaah sepanjang 15 episod. Ramai yang puji kerana jalan cerita yang segar dan menarik ditambah dengan beberapa aksi panas oleh Walid dan ahli Jihad Ummah yang lain. Ada juga yang mempertikaikan kewujudan drama Bidaah. 

Sebagai penonton dan rakyat Malaysia, of course lah I happy sebab pihak produksi tempatan boleh bebas berkarya sejak streaming platform wujud. Terima sambutan yang positif pula dari luar negara walaupun cuma jiran seberang tapi sesuatu yang cukup besar maknanya. Sebelum ni Eirma Fatima sendiri pernah bersedih bila karya dia dihalang penyiaran hanya kerana ada babak yang mengguris hati satu pihak. Bila ada streaming platform ni dia dah tak perlu risau dengan keresahan hati orang sebab sekatan streaming platform tu tak strict sangat. 


Berbalik kepada drama Bidaah, I truly enjoy the experience cuma jalan cerita di awal drama dah menarik sampai tertunggu-tunggu Baiduri dan Hambali beraksi. Bila masuk Episod 12 dah mula lemah dah watak Baiduri. Beria emosi bila ustaz minta mereka sendiri yang buat laporan polis tapi bila Hambali tanya apa langkah seterusnya, dia nak jadi hero pulak. Dah la lambat betul dia nak pick-up yang Walid nak dia jadi isteri padahal warna baju dah sama dah pun. 

Masuk Episod 13 makin emo bila dia tahu Mia, Dewi dengan remaja lain seronok belajar dengan Walid padahal Baiduri sebagai Srikandi selalu keluar dari kawasan perkampungan tu. Pelik bila Hambali hantar mesej kepada ustaz supaya segerakan laporan kepada JAKIM padahal dia yang patutnya buat laporan. Lepastu dia pula yang push ustaz tu supaya jangan lengahkan perkara. I macam tertanya lah apa effort Hambali dan Baiduri? Apa function watak Asyikin (Hanna Faresha) dengan Rizqi (Nafiz Muaz)?


Patutnya dekat episod hujung tu penulis kena masukkan watak polis undercover lepas Baiduri dan Hambali buat laporan polis sebab dekat episod akhir pihak polis bagitahu yang mereka dah lama mencari kumpulan Jihad Ummah ni. Bila penulis terlampau bebankan watak-watak utama, cerita jadi draggy. 

Sinematografi Bidaah dari Mahadi Said mewujudkan perkampungan Jihad Ummah yang cantik dan menarik, sesuai lah dengan visi Walid yang nak gabungkan Islam dengan Nusantara Melayu. Seronok tengok rumah Abi dengan rumah Walid. Tak pasti lah rumah setiap watak di satu tempat yang sama atau berbeza sebab shooting dekat banyak tempat – 101 Resort, Janda Baik, Tasik Widuri Adventure Park, Bukit Beruntung, Villa Helms Retreat, Hulu Langat, Kg. Rantau Panjang, Bt14 Hulu Langat, Laman Dayung, Kuang dan Gua Damai Extreme Park. Team busana pakaian semua watak pun perlu dipuji sebab pandai cari jubah Muslimah yang selesa. Ada purdah instant pulak tu sampai rasa nak beli sepasang lepas layan drama Bidaah ni. 


Music album drama Bidaah ada 5 lagu dengan lagu Masa – Daqmie sebagai lagu tema dan 4 buah lagu dari Eiga Music Publishing sebagai lagu sisipan. Chorus lagu Masa ni best tapi sesuai jadi pendukung babak emosi dalam drama sahaja. Kalau nak masuk dalam Spotify playlist macam terlampau perlahan but that’s just me. Mungkin orang lain dah buat add to Liked Playlist dah. 

Barisan pelakon deliver persembahan yang terbaik sama ada pelakon utama mahupun sampingan. Tak sangka influencers Malia Baby pandai berlakon walaupun screentime dia tak banyak tapi I rasa dah ramai yang nampak bakat lakonan Malia. Harapnya lepas ni ada tawaran dari produksi lain dengan watak yang berkualiti macam Bidaah. 


Lakonan Fattah sebagai Hambali mempunyai kekuatan tersendiri dan tak sedikit pun terlindung walaupun banyak berkongsi skrin dengan pelakon senior seperti Hasnul Rahmat dan Faizal Hussein. Ekspresi muka dia pun banyak main peranan terutama bila dia marah dan terkejut atau keliru bila berbahas tentang kegiatan bidaah Jihad Ummah. Sembang pasal Faizal Hussein, lepas ni entah boleh buang bayangan Walid lepas tengok performance dia dalam Bidaah. Melekat betul muka miang dia dalam gua tu. 

Kalau ada yang belum layan drama Bidaah lagi, just go watch it. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.7/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.