SOKONGAN PENONTON PACU TAYANGAN TAMBAHAN 6 JILAKE

Tuesday, 6 May 2025

Filem aksi komedi 6 Jilake arahan pengarah prolifik, Aziz M. Osman, kini kembali mendapat nafas baharu selepas menerima sambutan yang semakin positif darpadai penonton. Filem ini juga menandakan comeback Aziz M. Osman ke layar perak dalam genre komedi aksi, sebuah nadi yang cukup sinonim dengan gaya pengarahan beliau yang cermat dan penuh gaya tersendiri.

Pada awal tayangan, 6 Jilake berdepan saingan hebat dan kekangan dari segi waktu tayangan di pawagam. Namun selepas beberapa pelakon utama seperti Saiful Apek, Amerul Affendi, Bell Ngasri dan barisan pelakon meluahkan rasa hati secara terbuka di media sosial mengenai isu kekurangan slot, suara mereka disambut baik oleh peminat. Ternyata, sokongan penonton menjadi pemangkin kepada pertambahan tayangan filem ini di beberapa pawagam utama seluruh negara.

“Terima kasih tak terhingga kepada rakyat Malaysia yang terus beri sokongan. Lepas kami dan barisan pelakon luahkan isi hati di media sosial, alhamdulillah sambutan makin bertambah dan sangat menggalakkan,” kata mereka mewakili barisan pelakon. Mereka turut turun padang ke lokasi promosi secara aktif, bertemu penonton dan menghidupkan semangat filem tempatan.

6 Jilake membawa gabungan pelakon generasi lama dan baharu dalam sebuah misi yang padat dengan elemen komedi ringan, aksi dan sindiran sosial yang relevan. Reaksi penonton juga rata-rata menyatakan mereka tidak menyangka filem ini begitu menghiburkan, malah ada yang menonton lebih darpadai sekali. Lawaknya tidak berlebihan, jalan cerita mudah diikuti, dan production value yang kemas menjadikan filem ini sebuah tontonan santai yang berkualiti.

Bagi pihak produksi, kejayaan ini ialah hasil gabungan kerja keras semua pihak, daripada tenaga belakang tabir, pengarah, penulis skrip, hingga ke para pelakon yang sepenuh hati mempromosikan filem ini. Ia juga bukti bahawa penonton Malaysia masih menghargai karya tempatan yang asli dan dibuat dengan sepenuh rasa cinta terhadap seni. Dengan pertambahan tayangan di pawagam,sinar harapan buat 6 Jilake kini kembali menyala. Filem ini bukan sekadar sebuah naskhah komedi aksi, tetapi juga simbol semangat juang dan kebangkitan filem tempatan.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.