RAIH 1,500,000 TONTONAN DALAM MASA 12 JAM SAHAJA! | EJEN ALI BERSEDIA MENANTI ANDA 22 MEI 2025 INI!
Satria Bangkit! Sejak tayangan pertama Ejen Ali The Movie, penantian para peminat setianya untuk lanjutan misi Ejen Ali semakin memuncak dan kini berakhir dengan kepuasan! Pelancaran treler sekuelnya semalam mendapat sambutan memberangsangkan apabila berjaya meraih 1.5 juta tontonan dalam tempoh hanya 12 jam di pelbagai platform digital. Pengaruh Ejen Ali ternyata masih mengagumkan dengan semangat peminat semakin membara untuk menyaksikan misi terbaharu yang lebih mendebarkan!
Peminat setia Ejen Ali membanjiri media sosial dengan pujian terhadap visual animasi yang semakin memukau serta jalan cerita yang semakin matang dan menyentuh emosi. Antara reaksi yang dijumpai, ‘Tak sabar weh, serius! Aku umur 24 pun masih minat,’ ‘Meremang bulu roma tengok trailer ni!’ dan ‘Bangganya as Malaysian jadi saksi kemajuan AniMY ni, boleh hasilkan animation yang hampir sama dengan kualiti antarabangsa…’. Rata-rata peminat jelas tidak sabar menyaksikan perjalanan baharu Ali dengan sut Satria, sambil berteka-teki tentang kejutan yang akan menanti mereka di layar besar nanti.
Kembalinya Ali ke arena perisikan MATA kali ini bakal menyaksikan konflik yang lebih kompleks dengan kuasa teknologi baharu dan musuh yang lebih mengancam. Treler berdurasi 2 minit 45 saat itu bukan sahaja memperlihat peningkatan grafik yang mengagumkan, tetapi turut memberi petunjuk kepada misteri dan cabaran baharu yang menanti Ali.
Animasi Mempesona, Meledakkan Emosi! Itulah yang menanti peminat menerusi Ejen Ali The Movie 2, sekuel yang dinanti-nantikan hasil kerjasama Primeworks Studios, WAU Animation dan Komet Productions. Sebagai kesinambungan daripada kejayaan terdahulu, filem ini bukan sekadar sebuah sekuel, tetapi sebagai simbol janji untuk mempersembahkan karya animasi bertaraf dunia. Dengan kualiti produksi yang dipertingkat dan olahan jalan cerita yang menyentuh jiwa, filem ini bukan sahaja dijangka memecahkan panggung, malah menjadi karya animasi tempatan yang wajib disaksikan oleh semua lapisan penonton!
Tonton Treler Rasmi #2 di:
YouTube: www.youtube.com/ejenali
TikTok: www.tiktok.com/@officialejenali
Facebook: www.facebook.com/ejenali
Instagram: www.instagram.com/ejen_ali
Twitter: www.twitter.com/ejen_ali
Bersiap sedia, Ejens! Misi diteruskan!
#EjenAli #EjenAliTheMovie2 #EATM2 #AniMY
Tak sabar nak tunggu dia keluar..
ReplyDelete