GELOMBANG FAMILI SERBU PAWAGAM! | WAYANG JADI PORT WAJIB CUTI SEKOLAH IBU BAPA & ANAK BERSANTAI DENGAN EJEN ALI THE MOVIE 2!
Cuti sekolah baru sahaja bermula hari ini dan suasana di pawagam sudah semakin meriah — terutama sekali dengan kehadiran ramai Ejens yang tidak sabar menonton Ejen Ali The Movie 2 (EATM2). Dari pintu masuk hingga ke dalam panggung, tempat duduk hampir penuh, menyebabkan ramai terpaksa mencari pawagam alternatif kerana tiket habis terjual di lokasi terdekat. Tidak hairanlah, aktiviti menonton wayang sekeluarga terus menjadi pilihan utama sepanjang cuti kali ini.
.jpg)




“Terima kasih kepada semua Ejens yang hadir atas sambutan yang melebihi jangkaan kami. Pawagam penuh sana sini, memang membuatkan kami berasa amat dihargai sebagai pengkarya. Kalau sebelum ni pun dah padat, kali ni saya lihat lagi dahsyat. Saya diberitahu pawagam GSC IOI City Mall Putrajaya, GSC Aman Central Kedah, GSC Amanjaya Mall Sg Petani, GSC Kuantan City Mall, GSC Sunway Carnival Pulau Pinang, TGV Central I-City Shah Alam, TGV Toppen Johor Bahru, TGV Tebrau City Johor Bahru, TGV Seremban 2 dan TGV Klebang Ipoh semuanya penuh sejak awal pagi tayangan. Memang luar biasa!
Kami betul-betul hargai sokongan daripada ibu bapa yang sanggup bawa anak-anak tengok Ejen Ali. Teruskan momentum ni, sebab filem ini memang kami hasilkan untuk satu famili enjoy!” kata Usamah Zaid Yasin, Pengarah EATM2.
Dari tinjauan komen bersama para ibu bapa di beberapa lokasi pawagam, ramai yang memuji mesej positif yang dilihat dalam perwatakan Ejen Ali seperti keberanian menghadapi cabaran, kesetiaan kepada rakan dan keluarga, serta semangat juang yang tidak mudah mengalah. Para ibu bapa turut menghargai nilai kejujuran, semangat kerja berpasukan dan rasa tanggungjawab yang dipersembahkan dalam jalan cerita filem ini. Tema persahabatan sejati antara Ejen Ali dan Ejen Alicia turut diangkat sepanjang filem, diserlahkan lagi dengan lagu tema ‘Teman Sejati’ oleh Nidji.
Kepada ibu bapa yang masih tercari-cari filem yang sesuai untuk tontonan sekeluarga, EATM2 sememangnya pilihan terbaik musim ini. Filem animasi tempatan ini bukan sahaja menampilkan visual dan grafik yang memukau, tetapi turut menyampaikan pelbagai nilai murni.
Menonton EATM2 bersama keluarga bukan sekadar hiburan semata-mata, tetapi juga satu peluang berharga untuk mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak. Saat-saat sederhana seperti duduk bersama di pawagam, berkongsi tawa dan berbual selepas tayangan akan menjadi kenangan indah yang terus dikenang. Filem ini juga membuka ruang untuk perbincangan tentang nilai kehidupan, membolehkan ibu bapa dan anak-anak belajar dan berinteraksi bersama.
Perhatian Ejens, khususnya ibu bapa!
Misi cuti sekolah kini bermula — jangan lepaskan peluang untuk menghabiskan masa berkualiti bersama insan tersayang! Pawagam-pawagam kini sudah mula dipenuhi, lebih-lebih lagi dengan adanya pelbagai aktiviti tambahan seperti pertandingan mewarna, penampilan maskot serta koleksi barangan terhad di lokasi terpilih. Jadi pastikan anda tidak ketinggalan! Bawa anak anda ke pawagam terdekat dan alami sendiri keseronokan serta pengajaran bermakna yang dibawa oleh filem ini.
Satria, Bangkit - Filem Aksi Animasi Mempesona, Meledakkan Emosi!
Dapatkan tiket anda sekarang dan jadikan cuti sekolah ini penuh dengan kenangan istimewa bersama keluarga. Bertindak segera!
Gunakan #EjenAliTheMovie2 #EATM2 #EjenAli #Letsplay #AniMY #SapotLokal #SaluteAnimatorTempatan untuk kongsikan pengalaman anda dan hangatkan lagi perbualan di media sosial!
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.