Movie Review | Racun Sangga: Santet Pemisah Rumah Tangga (2024)

Sunday, 18 May 2025


Pengarah: Rizal Mantovani 
Penulis Skrip: Gusti Gina
Pelakon: Frederika Cull, Fahad Haydra, Zidan El Hafiz, Julian Kunto, Elly D. Luthan  
Syarikat Produksi: Soraya Intercine Films 
Pengedar: Soraya Intercine Films 
Genre: Seram
Durasi Tayangan: 118 minit
Tarikh Tayangan: 12 Disember 2024 (Indonesia)
Trailer:


Maya (Frederika Cull) dan Duma (Wafda Saifan) selesai pengajian di universiti lalu Maya memberikan hint supaya Duma segera masuk meminang. Namun jawapan yang diberikan Duma kurang meyakinkan kerana Maya perlu menunggu paling kurang 3 tahun. Setelah bekerja, Maya dan Duma semakin kurang berkomunikasi hingga Maya menganggap Duma tidak lagi berminat terhadapnya.

Ketika menghadiri majlis ta’lim, Maya bertemu dengan Nilam (Gusti Gina) lalu rakannya menyampaikan hasrat kenalannya Andi (Fahad Haydra) untuk bertaa’ruf. Serasi bersama, Maya dan Andi bersetuju untuk berkahwin. Setelah mengetahui khabar Maya yang bakal berkahwin, Duma segera menghubungi wanita tersebut. Maya memujuk Duma supaya terima hakikat yang mereka tiada jodoh. 

Pernikahan Maya dan Andi berlangsung seperti yang dirancang walaupun cuaca hujan lebat merisaukan ramai tetamu yang hadir kerana memberi petanda tidak baik. Ketika Maya berpindah masuk ke rumah, Andi terpijak minyak di alas kaki kemudian menjumpai serpihan kaca bersama bunjut misteri. Sejak dari kejadian itu, Andi sering meracau dalam tidur atau ternampak entiti menyeramkan. Keseluruhan badannya juga mempunyai nanah dan bintik-bintik merah yang gatal. 

Bila dibawa berjumpa doktor, Andi tak ada apa-apa masalah kecuali jangkitan kuman. Masalah batuk yang teruk sehingga berdarah juga tidak menunjukkan sebarang tanda di bahagian paru-paru. Semuanya normal tapi luarannya Andi menderita hingga Maya bawa Andi berjumpa dengan kiai. Mereka berdua mendapat tahu Andi disantau namun racun sangga adalah santau yang berbahaya hingga menyebabkan kematian. 

Hanya dua cara untuk kembali pulih, sama ada mereka berdua minta maaf dengan si pelaku yang sakit hati dengan pernikahan mereka atau mereka berdua berubat dengan bomoh menggunakan ritual Baharagu. Apa pilihan Maya dan Andi kena layan sendiri lah dekat Netflix. 

Racun Sangga: Santet Pemisah Rumah Tangga arahan Rizal Mantovani diambil dari kisah benar yang berlaku pada pasangan di Kalimantan, Indonesia. Sesuatu yang baru tentang ilmu santau bila racun diambil dari tumbuhan yang jarang terdapat di negara Indonesia. Selalunya ilmu santau guna air liur, rambut atau gambar mangsa tapi ilmu santau racun sangga guna minyak yang dipijak oleh Andi. 

Pace penceritaan Racun Sangga: Santet Pemisah Rumah Tangga tak lah perlahan tapi kalau layan dengan actual speed memang terasa tambah pula babak seram yang dimasukkan agak minimal. Ada banyak babak yang boleh dikembangkan atau konflik boleh dimasukkan untuk mendukung jalan cerita utama. 

Tak banyak jumpscares dan hantu pun dalam filem ni cuma BGM seram yang berlebihan supaya penonton rasa seram dengan suasana yang sengaja dibikin suram dan kelam walaupun pada siang hari. Mungkin penulis rasa terbatas bila hanya boleh masukkan kisah dari point of view Maya sebab Andi selalu dalam keadaan tidak sedar macam babak dia sagat tangan di dapur ataupun dalam kamar mandi. But still, tak ada sekatan pun untuk masukkan babak fiksyen sebab ini filem bukannya dokumentari.

Lakonan Frederika Cull dan Fahad Haydra kurang berkesan untuk watak pasangan yang memerlukan pembawaan emosi yang kuat. Chemistry pun tak kuat mana. Mungkin dalam ramai pelakon yang pergi ujibakat, cuma Frederika dan Fahad yang fasih dengan dialek Kalimantan. Watak sampingan pun lebih kurang sama dengan pelakon utama, tak mampu nak deliver expression atau emosi yang kuat pun sampaikan kebanyakan babak terasa mendatar. 

Babak Andi curang pun macam tak boleh diterima akal sebab Maya masih lagi terlihat cantik walaupun kelihatan tua. Tak pasti lah keadaan sebenarnya macam mana tapi boleh sangat pengarah burukkan lagi muka Maya supaya babak curang tu meyakinkan. Watak Maya dengan Andi tak banyak berkomunikasi dalam filem ni so tak hairan lah kalau senang sangat kena game dengan setan. 

Filem Racun Sangga: Santet Pemisah Rumah Tangga mungkin lebih menarik kalau dilakonkan oleh pelakon yang berbakat dengan olahan yang lebih menarik. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 6.8/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.