ASTRO SHAW PERKUKUH JALINAN SERANTAU MENERUSI KERJASAMA FILEM SERAM THAILAND, DILANCARKAN DI PASARAN FILEM ANTARABANGSA

Tuesday, 27 May 2025

ASTRO SHAW PERKUKUH JALINAN SERANTAU MENERUSI KERJASAMA FILEM SERAM THAILAND, DILANCARKAN DI PASARAN FILEM ANTARABANGSA | Filem ‘Delivery Man’ & ‘Fortune Seekers’ Dijangka Temui Penonton Tahun 2026

Astro Shaw terus memperkukuhkan pengaruh serantau dengan menjalin kerjasama strategik bersama penerbit filem dari Thailand, Night Edge Pictures untuk dua filem seram, Delivery Man dan Fortune Seekers. Kedua-dua filem itu mencuri tumpuan apabila dilancarkan di pasaran filem antarabangsa. 

Pelancaran filem Fortune Seekers diumumkan semasa Cannes Market, baru-baru ini dengan pengumuman penglibatan pelakon sensasi dan pemenang International Emmy Awards 2024, Aokbab Chutimon yang sinonim dengan filem Bad Genius dan Hunger.

Ia mengisahkan seorang pembantu klinik kecantikan yang dilahirkan malang, berubah nasib apabila menemui sebuah azimat misteri yang membolehkan dia ‘meminjam’ tuah orang lain. Tindakannya itu tanpa disedari telah membebaskan satu roh jahat. 

Sementara itu, Delivery Man lakonan pelakon popular Thailand, Bhumibhat Thavornsiri dan Ananda Everingham mengangkat kisah penghantar makanan yang obses kepada pelanggannya. Menggabungkan elemen suspens dengan penceritaan yang dekat dengan penonton Asia, penghasilan filem ini diumumkan semasa European Film Market di Berlin. 

Kerjasama ini merupakan satu lagi langkah proaktif Astro Shaw dalam memperkukuh kehadiran kandungan serantau yang berkualiti tinggi di pasaran antarabangsa. Ia juga mencerminkan komitmen berterusan dalam menyokong karya genre seram Asia Tenggara yang kini semakin mendapat tempat di pentas global.

Menurut Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata,"Kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada dua projek hebat ini yang bukan sahaja menampilkan naratif seram yang unik, malah menonjolkan budaya dan kepercayaan masyarakat Asia Tenggara. Ia seiring dengan misi kami untuk membawa kandungan tempatan dan serantau ke peringkat lebih tinggi.”

Astro Shaw bakal memainkan peranan penting dalam aspek pengedaran dan promosi di Malaysia, selain meneroka potensi tayangan platform penstriman.

Filem Delivery Man dijangka tayangan umum pada awal tahun 2026 dan filem Fortune Seekers yang kini dalam fasa pra-produksi bakal ditayangkan pada suku ketiga tahun 2026.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, sila ikuti akaun media sosial Astro Shaw menerusi Instagram, TikTok, Facebook dan X.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.