“SAYA AKAN BAGITAHU SATU DUNIA THIS IS OUR MOVIE!” | Ceddy Ang Bangga Gila Dengan Ejen Ali The Movie 2
Filem animasi tempatan yang dinanti-nantikan, Ejen Ali The Movie 2 (EATM2), akhirnya membuka tirainya secara besar-besaran di 161 lokasi pawagam seluruh Malaysia dan Brunei dua hari lepas, menjadikannya tayangan filem animasi tempatan terbesar dalam sejarah industri filem negara.
Beberapa Key Opinion Leaders (KOL) tempatan turut berkongsi pandangan positif mengenai filem ini, termasuk pujian terhadap jalan cerita, visual, runut bunyi, dan babak aksi yang disampaikan dengan kemas. Ramai melihat EATM2 sebagai satu lagi langkah ke hadapan dalam perkembangan industri animasi tempatan, yang terus menunjukkan potensi untuk berkembang dan diterima secara lebih meluas.
Ceddy Ang, seorang pempengaruh media sosial berkata, “Kalau awak seorang gamer, awak akan appreciate this movie sebab fight scene sangat mantap, animasi tip top, soundtrack pun bagus, effect semua memang terbaik! Kita dah tahu Ejen Ali memang international level, tapi bila tengok fight scene tu, saya rasa amazed. Sebagai rakyat Malaysia, saya rasa sangat bangga. Saya akan bagitahu satu dunia yang ‘this is our movie’. Kita tak payah cakap pasal animasi luar dah, EATM2 memang mantap!”
Sementara itu, Risk Saidon, yang juga pempengaruh dan merupakan peminat tegar Ejen Ali, turut berkongsi pandangannya, “Sebelum tengok EATM2, saya dah ulang tengok filem pertama tiga kali. Dari segi animasi, yang kedua ni memang nampak kelainan, lebih halus dan lebih matang. Nampak betul effort animator. Watak pun nampak aging, berkembang ikut masa. Effect air pun memang menjadi. Filem pertama memang dah over the top, dan yang kedua ini still best, cuma kena fikir lebih sikit. Secara keseluruhan, best gila, saya bagi 10/10. Saya memang syorkan bawa anak-anak tengok!”
Dengan respons yang sangat positif daripada penonton dan penggiat media sosial, Ejen Ali The Movie 2 terbukti sebagai sebuah karya animasi tempatan yang perlu diberi perhatian umum.
Ejen Ali The Movie 2 kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara. Satria, Bangkit - Filem Aksi Animasi Mempesona, Meledakkan Emosi! Misi : Serbu Pawagam bermula, tempah tiket anda sekarang! Gunakan #EjenAliTheMovie2 #EATM2 #EjenAli #Letsplay #AniMY #SapotLokal #SaluteAnimatorTempatan untuk kongsikan pengalaman anda dan hangatkan lagi perbualan di media sosial!
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.