Raya 2025 | Raya Hari Pertama

Saturday, 10 May 2025

Setiap tahun ada pengalaman raya yang berbeza, macam tahun lepas kitorang satu family beraya di Kedah dan Perak tapi tahun ni beraya di Sabak. Selalunya raya pertama raya dengan family lepastu beraya rumah jiran terdekat. 

Tak ada isu pun kalau beraya dengan jiran atau rumah kenalan umi sebab memang dah selalunya macam tu. Rumah yang kitorang pergi pun yang memang anak-anak atau saudara-mara datang kemudian. Tahun ni Gen Z up status minta normalize jangan kacau family orang nak beraya masa first day tapi tertakluk pada family dia je lah kot. 


Sebelum salam raya kitorang pergi ke Surau Ar-Raudhah dulu untuk Solat Sunat Aidilfitri kemudian dengar khutbah. Masa bersalaman tu lah sesi jemput-menjemput ke rumah. Dekat taman ni masing-masing lebih kurang dah tahu lah schedule kebanyakan rumah. 

Balik dari surau, bersiap untuk salam raya tapi tahun ni ambik masa sikit lah nak ambil gambar sebab bluetooth tripod hilang. Macam tercicir jatuh dekat mana-mana. Dah set-up semua baru perasan nak tekan tak ada button. Struggle lah ambil gambar guna timer sebab dah terbiasa guna button bluetooth tu je. 




Tahun ni macam seronok sikit sebab berjaya keluar dari belenggu cat coklat pink. Masa puasa haritu dah cat rumah warna sand. Rumah nampak lagi luas, nak match dengan langsir, dengan sofa pun senang. Ikutkan hati nak tukar jugak sofa tu sebab makan ruang padahal ruang tamu bukannya besar mana pun. Tapi sebab tuan rumah taknak so kita guna je lah sampai rabak dulu. 








Sesi salam raya dalam family ni ambil masa juga lah sebab ramai ahlinya. Lepas dah selesai, kitorang bergerak ke rumah pertama tapi tak lama pun dekat sana sebab orang yang ditunggu tak balik kampung tahun ni. Bergerak ke rumah kedua boleh borak lama. 


Dekat bahagian tepi rumah atok ni ada sangkar angsa tapi kitorang selamat sebab angsa dia kena kurung. Semua tengah sibuk makan tengahari masa tu, sebab tu lah berani tengok dekat-dekat. Kalau angsa dia bukak kepak, kitorang dah lari dulu balik rumah. 


Masa beraya ni atok dengan anak lelaki dia je ada dekat rumah tapi tak ada hal pun sebab nenek dah masak menu raya untuk tetamu sebelum pergi beraya. Makan bertambah sebab nenek masak paru masak kicap tapi versi cukup rencah dan pedas. Paru pun lembut sebab tu bertambah sampai habis yang dihidang atas meja. 

Sembang punya sembang dapat tahu anak atok kerja dekat depoh MRT lepastu teringat yang Kapten Hairi pindah dekat situ lepas viral. I bagitahu pasal tweet viral tu sebab tak sangka pun boleh ubah nasib hidup orang lain. Sebab tweet tu dapat award lepastu dapat naik pangkat. But I don't take much credit pun sebab itu sepenuhnya usaha dan budi Kapten Hairi sendiri. Rancak lah menyembangnya pasal RapidKL dan MRT since kitorang pengguna tegar public transport. Dari tak kenal jadi kenal dengan anak jiran sendiri. 


Lepas habis beraya dekat rumah atok kitorang balik sebab dah mengantuk. Tengahari adalah waktu yang wajib tidur lepas kekenyangan macam ular sawa. Disebabkan panas tak boleh nak tidur makanya buka peti ais ambil aiskrim Farm Fresh. Not bad lah sebab coklat dia tak greasy dan melekat dekat tekak. 


Habis makan aiskrim, layan movie seram which also a must to do tradition bila raya. Dalam banyak-banyak movie mesti genre seram. Nak sambut kepulangan hantu mungkin lepas sebulan kena ikat. Lepas Asar pergi beraya ke rumah ketiga pulak tapi pergi bertiga je sebab yang lain tak bangun tidur lagi. 


Tuan rumah ketiga ni selalu menjala dekat sungai Sabak. Rezeki kitorang pergi beraya dekat rumah diorang sebab suami isteri baru balik dari sungai. Banyak sangat udang diorang dapat masa ni sebab udang tengah pening gara-gara gempa bumi dekat Mnyanmar dan Thailand. Sauk je dapat sampai 12 kilo. Diorang tak ambil banyak sebab peti ais dekat rumah tak besar mana. Takut nanti udang rosak, dah satu hal jadi membazir. Langkah kanan dapat udang galah satu kilo. 

😅: Eh susah-susah je bagi sampai sekilo udang ni. 
😏: Alah ambik je, saja nak bersedekah sebab selalunya jual sekilo ni 30 ke 50 ringgit tapi yang aku bagi ni saiz kecil lah. 
😅: Eh kecil pun takpe, benda dapat free memang seronok. Betul ke ni nak bagi?
😏: Kalau tak nak aku ambik balik. 
😅: Eh jangan jangan saja je tanya. 


Lepas simpan udang dekat rumah, pergi beraya rumah keempat pulak. Tak plan pun rumah yang ni tapi saja menyinggah. Tak sangka pulak tuan rumah buat makan-makan sebelum balik ke Sabah esoknya. Menariknya rumah ni ada rendang daging rusa sebab suami dia kerja dekat kandang rusa. Boss dia bagi semua pekerja bawa balik daging rusa sempena hadiah raya. 

Kitorang boleh kata tetamu batch last so kalau boleh habiskan je menu yang ada sebelum tuan rumah basuh pinggan. Dah la dapat rendang daging rusa, ada pulak sup tulang. Nak beria melantak pun tak boleh jugak sebab malamnya pergi beraya lagi. 


Lepas Maghrib terus gerak keluar pergi rumah Nek Pah dekat pekan Sabak. Selalunya kalau pergi beraya dekat sini dapat makan mee goreng signature dia tapi tahun ni dia dah tak larat masak. Masa makan tu Nek Pah bagitahu ada orang nak beli koleksi pinggan mangkuk yang lama sebab sekarang dah banyak restoran yang buat konsep Melayu klasik. 

Pinggan yang dulu beli murah sekarang dah boleh jadi investment sebab jual lagi mahal harganya. Habis yang dekat dalam stor dia jual dekat orang sebab harga diorang offer tu menarik. Nak simpan pun tak guna sebab tak pakai, baik jual sementara tengah musim. Ada juga yang pujuk supaya jual lampu pelita minyak tanah zaman dulu sebab susah nak jumpa. Dekat Pasar Karat Sabak Bernam pun dah ramai yang bawa keluar koleksi masing-masing untuk dijual. 


Cadangnya lepas habis makan nak singgah beli kopi dekat Zus Coffee tapi tengok gaya diorang menyembang macam tak ada harapan. Nasib baik ada satu keluarga datang beraya rumah Nek Pah masa tu, boleh lah balik awal sikit. Masa nak balik tu, ternampak kunang-kunang dekat pokok kelapa belakang rumah Nek Pah. 

Dalam gambar tak nampak sangat sebab ada lampu. Bila buat video nampak lah kantung api diorang menyala. Ada dua pokok kelapa yang jadi rumah sementara kunang-kunang tapi tengok sekejap je lah sebab nak pergi beli kopi. 


Tak sangka pula ZUS Coffee buka dari jam 8 pagi sampai 12 malam bersempena Hari Raya tapi tak syoknya bila pergi masa raya sebab stok banyak habis. Bean BOSS dah habis tinggal Lydia tapi sebab nak satisfy craving beli jugak lah mana ada. Ambil yang 1L supaya yang dekat dalam rumah tak berebut. 


Doodles ZUS Coffee sempena Raya ni comel lah jugak walaupun crowded lukisannya. Simpan buat kenangan lah paper bag dia sebab menarik di mata. Masa ni sampul raya dah habis sebab tu simpan ppaer bag je. Anyway done with 1st day Raya diary. 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.