Astro Lancar Misi Pencarian ‘INNOVATHON’ Berbakat Musim 3

Wednesday, 7 May 2025

Astro Lancar Misi Pencarian ‘INNOVATHON’ Berbakat Musim 3 | Lokasi Terpilih Untuk Para Innovator Tampil Hadir Uji Bakat Musim Baharu

‘INNOVATHON’ sebuah rancangan realiti TV hasil usaha sama Astro, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) kini kembali mencari bakat-bakat Innovator yang kreatif untuk musim ke 3. Pencarian bakat baru ‘INNOVATHON’ musim 3 akan bermula pada 10 Jun sehingga 5 Ogos 2025.

Telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah ContentAsia 2024 dalam kategori program realiti original dan/atau Pertandingan Terbaik, ‘INNOVATHON’ telah membuktikan bahawa program seumpama ini semakin mendapat sambutan yang memberangsangkan. Pencapaian ini menggambarkan dedikasi Astro dalam menghasilkan program yang ilmiah dan pelbagai yang bukan sahaja menepati citarasa para penonton di Malaysia, tetapi juga di seluruh Asia.

Uji bakat bagi ‘INNOVATHON’ musim 3 dijadualkan berlangsung di lokasi berikut:

Tarikh & Lokasi Uji Bakat

10 & 11 Jun: Sarawak Digital Economy Corporation Berhad (SDEC), Kuching, Sarawak

24 & 25 Jun: Digital Penang, George Town, Pulau Pinang

1 & 2 Julai: Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah

15 & 16 Julai: Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu

29 & 30 Julai: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor

4 & 5 Ogos: Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Agnes Rozario, Ketua Pegawai Kandungan, Astro, berkata, “Astro teruja dapat kembali bekerjasama dengan Kementerian Ekonomi dan juga Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) untuk ‘INNOVATHON’ musim 3. Kami mengalu-alukan kesemua Innovator yang kreatif dan berbakat di luar sana untuk hadir ke sesi uji bakat yang dijalankan untuk merealisasikan idea dan inovasi mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Susulan kejayaan Musim 2 telah berjaya memperkenalkan 56 idea inovatif baharu ke pentas ‘INNOVATHON’ dan 3 daripadanya telah terpilih untuk berada di kelompok juara. Astro kekal komited untuk membawakan bakat para Innovator ini ke peringkat Kementerian. Matlamat kami adalah untuk menyediakan pentas bagi konsep-konsep mereka yang bernas dan kreatif, selaras dengan misi Kementerian untuk memajukan Sains dan Teknologi dalam kalangan masyarakat Malaysia.

YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI), berkata Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menyahut cabaran ini. Menyumbang idea, mengasah kreativiti, dan membudayakan inovasi dalam kehidupan seharian demi masa depan negara. Inisiatif seperti INNOVATHON mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasa bakat tempatan dan memacu inovasi rakyat. Melaluinya, kita semakin hampir merealisasikan aspirasi Malaysia sebagai sebuah negara berteknologi tinggi dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030.

‘INNOVATHON’ musim 2 telah mengangkat Pengasas dan juga Pengarah ABA Healthcare Business & Consultancy Sdn. Bhd., Profesor Dr. Azizi Ayob sebagai juara dengan inovasi perubatan, Bioprotien Powder, sebuah teknologi baharu yang mampu menukarkan bioprotein cecair kepada bentuk serbuk yang lebih stabil secara kimia dan fizikal. Berjaya memikat juri dengan pembentangan memberangsangkan, Dr. Azizi Ayob telah membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM100.000 dan juga Dana Sokongan Pembangunan Perniagaan Terkumpul bernilai RM1 Juta.

Langkah-langkah untuk mendaftar bagi menghadiri uji bakat INNOVATHON musim 3:


1. Imbas Kod QR: Mulakan dengan mengimbas kod QR untuk mengakses borang pendaftaran atas talian. Langkah ini wajib untuk memastikan anda mendapat peluang membentangkan idea inovatif anda semasa sesi uji bakat utama.

2. Isi Borang Penyertaan: Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dalam borang penyertaan dengan tepat dan jujur.

3. Simpan dan Cetak Borang: Setelah mengisi borang, simpan salinan borang pendaftaran tersebut dan cetak untuk kegunaan semasa uji bakat fizikal.

4. Sesi Uji Bakat Fizikal: Hadirkan diri ke lokasi uji bakat fizikal yang akan diumumkan di gempak.com.my.   

5. Bawa Dokumen Semasa Uji Bakat:
Sila bawa bersama:
  • Salinan borang pendaftaran yang telah dicetak
  • Salinan kad pengenalan
  • Dokumen berkaitan (jika diperlukan) Semuanya perlu dibawa semasa anda hadir ke sesi uji bakat fizikal.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai uji bakat bagi pencarian Innovator kreatif dan berbakat musim ini di lokasi-lokasi terpilih bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 3.00 petang. Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman strim anda dengan naik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9543 3838.

*Tertakluk kepada terma dan syarat, Durasi Promosi tertakluk kepada Astro.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.