FIAN ALI BAWA ‘SETIA’ DALAM DUA RASA

Wednesday, 7 May 2025

CINTA PUN ADA VERSI! | FIAN ALI BAWA ‘SETIA’ DALAM DUA RASA

Penyanyi, Fian Ali kini kembali dengan buah tangan terbaharu berjudul Setia, sebuah balada menyentuh hati ciptaan pemenang Anugerah Juara Lagu ke-38, Amir Jahari, dengan lirik ditulis bersama Datuk Ayu Puteh. Menariknya, lagu ini bukan sahaja dipilih sebagai runut bunyi (OST) untuk drama bersiri TV3, Bukan Sekadar Lafaz 2, malah hadir dalam dua versi, iaitu versi perlahan yang penuh emosi dan versi rancak yang membawa jiwa tersendiri.

Setia mengangkat tema pengorbanan dan kesetiaan tanpa syarat, meskipun diuji dengan pelbagai cabaran. Bagi Fian, lagu ini bukan sekadar luahan kesedihan, tetapi juga lambang kekuatan jiwa yang tetap teguh walaupun terluka. “Sedih tak semestinya menangis, kan? Lagu ni lebih real,” ujar Fian dengan jujur.

Namun proses penghasilan Setia bukan tanpa cabaran. Fian mendedahkan bahawa beliau terpaksa menangguhkan sesi rakaman pada percubaan pertama kerana kurang sihat. “Amir pesan, suara tak semestinya kena perfect. Kalau dah ada rasa, itu yang penting. Baru sedap dan sampai,” jelas Fian, yang menganggap pengalaman bekerjasama dengan Amir Jahari sebagai sesuatu yang sangat bermakna. “Dia sabar, kreatif dan banyak beri panduan serta nasihat. Saya banyak belajar daripada dia.”

Amir Jahari pula mengakui lagu ini memang direka khas untuk Fian Ali. “Saya nampak dia sebagai seorang yang sopan, beradab dan tegas. Lagu ni memang ‘tailor-made’ untuk dia. Bila dengar suara dia, saya terus rasa lagu ni mesti ada dua versi,” kata Amir yang mendapat ilham semasa berada di Yogyakarta, Indonesia.

Sebagai antara bakat muda yang semakin menyerlah dalam industri hiburan tanah air, Setia dilihat sebagai satu langkah penting dalam memperkukuh portfolio muzik Fian Ali. Lagu ini kini boleh didengari di semua platform digital termasuk Spotify, Apple Music dan YouTube Music. Dua versi, dua rasa, satu cerita, tentang cinta yang ikhlas, cinta yang bertahan, dan cinta yang setia.

Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Alternate Records & Talents di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok.

**********************************
Mengenai Alternate Records & Talents

Alternate Records & Talents merupakan sebuah agensi mencungkil bakat muzik dan lakonan bakat yang mantap dan serba boleh. Ditubuhkan pada tahun 2006, Alternate Records and Talents (dahulunya dikenali sebagai Monkeybone) telah meningkatkan industri hiburan dan artis berasaskan muzik di Malaysia dengan mempamerkan portfolio luar biasa dengan bakat bakat  memenangi anugerah, muzik yang menduduki carta teratas, Pemilikan IP dan banyak pengedaran. Artis mereka berjaya secara komersial telah menjadi trend di YouTube, Twitter dan Tiktok dan sebagainya. 
 
Untuk maklumat lanjut tentang Alternate Records Sdn Bhd, lawati YouTube rasmi kami dan Instagram @alternate.my_

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.