TOMOK KEMBALI ‘LARUT’ DENGAN SINGLE TERBAHARU. LUAR BIASA, BEREMOSI & BERGAYA POP ROCK!

Thursday, 29 May 2025


TOMOK KEMBALI ‘LARUT’ DENGAN SINGLE TERBAHARU. LUAR BIASA, BEREMOSI & BERGAYA POP ROCK! | Gabungan dua lagu jadi satu karya segar – hasil magis Tomok, Amylea, A.R.T & Fai, khas untuk OST drama “Aku Bukan Ustazah 2”

Selepas beberapa ketika menyepi dari melancarkan karya baharu, penyanyi berkarisma Tomok kini kembali bersama single terbaharu, ‘Larut’ – sebuah karya yang sarat emosi dinamik dan penuh jiwa  yang menampilkan sisi paling matang dan jujur dalam karier seninya. Dengan sentuhan pop rock yang segar dan lirik yang menyentuh, lagu ini bukan sekadar buah tangan biasa.  Diterbitkan di bawah label Alternate Records, ‘Larut’ bukan sekadar sebuah lagu cinta, tetapi manifestasi kematangan seni seorang artis yang telah mengharungi pelbagai fasa dalam industri hiburan.

Dengan kekuatan vokalnya yang tersendiri dan penyampaian yang menyentuh rasa, Tomok membuktikan bahawa beliau masih kekal relevan, mash berbisa dan masih punya magis tersendiri dalam menyampaikan lagu-lagu yang dekat di hati pendengar. Menariknya, sesi rakaman lagu ini hanya mengambil masa dua jam sahaja, menampilkan kerjasama mantap bersama trio komposer dan penulis lirik berbakat besar – A.R.T, Fai dan Amylea – yang turut menjalani proses “pembedahan kreatif” untuk menghasilkan susunan muzik dan emosi terbaik buat lagu ini.

‘Larut’ merupakan single kelima Tomok bersama Alternate Records dan menandakan sebuah kemunculan semula yang sangat dinanti-nantikan oleh para peminat. Lagu ini juga menjadi lagu tema  untuk drama “Aku Bukan Ustazah 2”, dan cabaran utama bagi Tomok adalah menyampaikan emosi yang seimbang dengan intensiti cerita dalam drama tersebut.

Sebagai penyanyi yang telah beraksi lebih dua dekad dalam industri muzik Malaysia, Tomok dikenali kerana kekuatan vokalnya yang mantap, kawalan nada yang kemas serta penyampaian emosi yang mengesankan. Setiap lagu yang dibawakan olehnya memiliki sentuhan peribadi yang mampu menyentuh perasaan pendengar, menjadikan setiap persembahannya terasa tulus dan ikhlas.

Bukan sekadar menyanyi, Tomok mempunyai kebolehan untuk "menghidupkan" sesebuah lagu – sesuatu yang tidak dimiliki oleh semua penyanyi. Itulah keistimewaan Tomok – suara yang bukan sahaja sedap didengar, tetapi juga ‘hidup’ dan penuh cerita.

‘Larut’ merupakan hasil ciptaan unik tiga nama besar – A.R.T, Fai dan Amylea – yang mempersembahkan satu pendekatan segar dalam gubahan muzik. Lagu ini sebenarnya berasal dari dua lagu berbeza yang ditulis 17 tahun lalu, namun melalui “pembedahan major” oleh Amylea – dari susunan muzik, melodi hingga ke lirik – akhirnya lahirlah satu karya baharu yang begitu indah dan menyentuh jiwa.

Menurut Amylea, “Saya satukan dua lagu, ubah keseluruhan flow, dan sesuaikan untuk suara dan gaya Tomok.  Saya mahu lagu ini ada karakter dia sendiri – balada yang dibalut elemen pop rock yang segar.”
Amylea juga bertindak sebagai penerbit, dan mengakui proses rakaman bersama Tomok adalah antara pengalaman paling lancar sepanjang 18 tahun kerjayanya sebagai produser. “Tomok sangat komited, sangat mudah bekerja dengannya. Proses ini memang cepat kerana kami kejar tarikh akhir masa bulan puasa, tapi hasilnya tetap berkualiti tinggi,” tambahnya.

Bagi Tomok sendiri, ‘Larut’ adalah sebuah karya yang dekat dengan jiwa. “Lagu ni ada emosi yang saya sendiri rasa dalam dan kuat. Saya harap peminat semua akan dengar dan hayati lagu ini seperti mana saya hayatinya ketika merakamkan,” katanya.

Tomok juga menyatakan harapannya agar dapat bekerjasama lagi dengan team komposer ini kerana mereka sangat memahami proses menghasilkan lagu berkualiti.

‘Larut’ menceritakan tentang seorang lelaki yang menyimpan cinta terhadap seseorang yang tidak mungkin menjadi miliknya. Namun dalam hatinya, dia tetap ingin “melarutkan” dirinya dalam angan-angan seolah cinta itu benar-benar wujud.

Dengan susunan muzik oleh Bajai, disokong oleh strings, gitar dan bass mantap daripada pemuzik-pemuzik berbakat, serta mixing & mastering oleh Huzai, ‘Larut’ membawa aura segar dan emosional dalam genre pop rock yang tidak klise.

Bersiaplah untuk dibuai emosi, kerana ‘Larut’ kini boleh distrim di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music dan YouTube! Jangan lupa juga untuk request lagu ini di stesen radio kegemaran anda. Ini bukan sekadar comeback – ini adalah kemunculan semula yang penuh jiwa dari seorang penyanyi yang telah lama mencorak warna muzik Malaysia.



LIRIK LAGU LARUT

Artis : Tomok 
Komposer: A R.T, FAI, Amylea
Lirik: A.R.T , FAI, Amylea 
Produser: Amylea Azizan 
Publishing : Nova Music (M) 
Produser Eksekutif: Azhar Rahim Tukimin, Fairoz Baharudin
Arranger: Bajai 
Mixing & Mastering : Huzai 
Engineer: Idham Sharifudin
Vocal Editing: Hanis Azman 
Strings  : Zaiff Sharqil 
Guitar: Denny MOJO
Bass: Azim Jenk Ali
Drummer: Azim Jenk Ali


Sepi ku menunggumu
Jiwa yang resah menanti masa
Bila aku yg kecewa 
Kerna terpisah dgn dirimu

Masa berlalu .. merantai rindu
Terjerat lalu dibeban pilu hatiku

[Chorus]
Biar aku di buai rinduku
Membawaku jauh dari nyata
Dirimu.. Diriku bersatu

Dan hatimu tersimpan untuknya
Biar aku jauh dari  nyata
Di mana cintamu hanya untuk ku 

Bila aku yg kecewa 
Kerna terpisah dgn dirimu
Masa berlalu merantai rindu
Terjerat lalu di beban pilu hatiku

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.