TIGA LAGU, TIGA SUARA, SATU MISI | EJEN ALI THE MOVIE 2 KEMBALI DENGAN AURA LUAR BIASA!
Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) kembali menggegar layar perak dengan aura luar biasa dan kejutan tanpa henti! Kali ini, penonton bukan sahaja bakal disajikan dengan aksi yang lebih hebat dan jalan cerita yang semakin matang, malah dimensi filem ini turut diperkayakan dengan tiga lagu runut bunyi (OST) epik, hasil kolaborasi bersama tiga nama besar industri muzik iaitu Dato’ M. Nasir, Nidji, dan Hael Husaini!
Ketiga-tiga lagu ini bukan sekadar pelengkap filem, tetapi memainkan peranan penting dalam membina emosi, momentum dan nilai-nilai positif yang menjadi nadi kepada penceritaan EATM2. Daripada semangat perjuangan peribadi, persahabatan sejati hinggalah semangat untuk bangkit menyahut cabaran, setiap lagu mencerminkan pelbagai lapisan tema yang menjadikan filem animasi yang dinanti ramai tahun ini lebih bermakna dan berkesan.
Hanya Kamu - Dato’ M. Nasir
Menampilkan legenda muzik tanah air, Dato’ M. Nasir, lagu ini dicipta oleh Azri Yunus dengan gandingan lirik oleh Azri Yunus, LunaAyla dan Dato’ M. Nasir sendiri. Lagu penuh semangat ini menyeru generasi muda untuk meneguhkan keyakinan diri dan bangkit menjadi versi terbaik diri mereka. ‘Hanya Kamu’ disampaikan menerusi alunan muzik elektronik yang berpadu dengan vokal penuh jiwa Dato’ M. Nasir. Lagu ini mengangkat tema perjuangan peribadi dan ketabahan yang waja sebagai sumber kekuatan dalam kegelapan, sejajar dengan konflik emosi yang dilalui oleh Ejen Ali, watak utama dalam filem ini.
Teman Sejati - Nidji
''Teman Sejati’ merupakan sebuah lagu yang disumbangkan sebagai runut bunyi EATM2 oleh band terkenal Indonesia, Nidji, dari album mereka Manifestasi Hati yang telah menemui peminat pada bulan Januari lalu. Pemilihan lagu ciptaan Andi Ariel Harsya dan terbitan Petra Sihombing ini mendukung mesej yang universal dan menepati tema penceritaan yang diolah dalam EATM2. Dengan irama pop yang mesra telinga dan lirik yang menyentuh perasaan, lagu ini menjadi anthem kepada ikatan tulus yang menyatukan para ejen dalam menghadapi cabaran besar dan membawa maksud yang mendalam tentang ertinya sebuah persahabatan.
Penjuara - Hael Husaini
Penuh semangat dan inspirasi, ‘Penjuara’ karya Hael Husaini dan Iqie Hugh bukan sekadar lagu, tetapi satu pernyataan jiwa. Menggabungkan elemen electro pop moden dengan lirik yang membakar semangat, lagu ini menggambarkan perspektif Ejen Ali sebagai seorang ‘penjuara’, iaitu seorang pejuang yang tidak pernah akan mengalah dan tampil berani menyahut cabaran permainan mental dari Neonimus, antagonis utama dalam filem EATM2. Dengan beat yang catchy dan mesej tentang keyakinan diri, lagu ini bakal menjadi siulan peminat Ejen Ali yang sentiasa bersedia untuk ‘lari’ ke hadapan. Lagu ini akan diputarkan di Radio Hot FM dan Kool 101 bermula hari ini dan akan tersedia di platform digital mulai minggu depan.
Gabungan tiga irama melodik dalam satu pengalaman sinematik yang epik! Dengan kolaborasi muzik lintas negara dan barisan penyanyi berprofil tinggi, Ejen Ali The Movie 2 bukan sahaja menjanjikan visual yang memukau, tetapi turut menyuntik dimensi emosi lebih mendalam melalui kekuatan lagu-lagu temanya.
Satria Bangkit! Bersiap sedialah untuk merasai ledakan muzik yang menghidupkan semangat heroik Ejen Ali! Filem Aksi Animasi Mempesona, Meledakkan Emosi!
Gunakan #EjenAli #EjenAliTheMovie2 #EATM2 #AniMY untuk kongsikan pengalaman anda dan hangatkan lagi perbualan di media sosial!
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.