PERINCIAN MIKRO SEPERTI TEKSTUR KULIT, RAMBUT, BULU MATA & BULU ROMA MEMBAWA ANIMASI TEMPATAN KE 'NEXT LEVEL!'

Thursday, 15 May 2025

PENINGKATAN KETARA DALAM EJEN ALI THE MOVIE 2! | PERINCIAN MIKRO SEPERTI TEKSTUR KULIT, RAMBUT, BULU MATA & BULU ROMA MEMBAWA ANIMASI TEMPATAN KE 'NEXT LEVEL!'

Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) bakal tampil dengan peningkatan ketara dalam aspek visual dan teknikal, menandakan lonjakan besar dalam dunia animasi tempatan ke arah kualiti antarabangsa. Hal ini dapat dilihat menerusi video pendedahan terbaharu Kapsul Eksklusif Di Sebalik Tabir EATM2 terbitan Majalah 3, yang memperlihatkan sejauh mana usaha telah dicurahkan oleh pasukan produksi WAU Animation dalam menghasilkan sekuel yang bukan sahaja menarik dari segi jalan cerita, tetapi juga membawa impak yang lebih tinggi dari segi visual.

Antara peningkatan paling ketara dalam EATM2 adalah pada cara tekstur kulit dan rambut dipaparkan. Watak-watak yang lebih berusia seperti Dato’ Othman dan Ejen Dayang kini dilihat lebih realistik dengan kedutan wajah yang lebih halus dan mendalam. Setiap garis dan tekstur pada kulit, termasuk kesan penuaan pada wajah, telah direka dengan penuh perhatian. Langkah berani ini bukan sahaja mempertingkatkan kesan visual, tetapi juga memperkukuh penghayatan watak dengan ekspresi emosi yang lebih meyakinkan dan dekat dengan realiti.

Filem kedua ini dikatakan turut memperkenalkan perincian mikro seperti bulu mata dan bulu roma yang lebih nyata pada rekaan watak-watak, yang bertujuan untuk menggambarkan watak dengan lebih hidup . Berbanding dengan teknik animasi filem pertama lima tahun lalu yang terhad, sekuel ini memanfaatkan teknologi 3D terbaharu seperti sistem render Unreal Engine dan kerangka rigging dengan lebih dinamik untuk menghasilkan pengalaman menonton yang lebih imersif.

Selain aspek teknikal, pasukan produksi memberikan perhatian mendalam kepada konsistensi visual, terutamanya melalui pengendalian kontras dan warna dalam setiap babak. Proses color grading dilakukan dengan teliti untuk menyampaikan emosi yang tepat, sama ada dalam adegan yang menyentuh hati, mendebarkan, atau menggembirakan. Setiap elemen visual diselaraskan mengikut konsep yang diolah dalam skrip warna untuk memastikan mood yang diinginkan dalam babak tersebut tercapai.

Dengan gabungan teknologi terkini, perhatian terhadap perincian mikro, dan sentuhan sinematik yang lebih hebat, EATM2 membuktikan bahawa animasi Malaysia mampu bersaing di pentas global. Filem ini bukan sahaja bersedia meneruskan legasi yang dibina oleh siri dan filem terdahulu, tetapi juga bersedia mencipta penanda aras baharu dalam dunia animasi tempatan.

Tonton Kapsul Eksklusif Di Sebalik Tabir EATM2 Majalah 3 di sini:



Jangan sekadar mendengar cerita, alami sendiri evolusi epik dunia Ejen Ali di layar perak bermula 22 Mei 2025 ini! Sebuah filem animasi penuh aksi untuk semua lapisan umur! Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman menonton luar biasa Ejen Ali The Movie 2.

Filem Animasi Penuh Aksi Mempesona, Meledakkan Emosi! Gunakan #EjenAliTheMovie2 #MisiPawagam #AksiAnimasi #EATM2 #AniMy untuk kongsikan pengalaman anda dan hangatkan lagi perbualan di media sosial!

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.